CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7659|Reply: 47

[Tempatan] Bunuh anak: Aaron Teoh Eng Wan dan isterinya, En Sit Mooi, dihukum gantung

  [Copy link]
Post time 22-5-2021 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Bunuh anak, suami isteri dihukum gantung

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... kum-gantung-metrotv

Disiarkan pada: Mei 21, 2021 @ 4:26pm

BERNAMA



Shah Alam: Suami isteri dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki mereka berusia lapan tahun di premis pusat urut tempat mereka bekerja, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin menjatuhi hukuman itu ke atas Aaron Teoh Eng Wan, 37, dan isterinya, En Sit Mooi, 40, selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

"Terdapat bukti yang banyak bahawa pasangan ini telah melakukan pembunuhan dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah," kata hakim.

Sebaik hukuman itu diputuskan, pasangan itu kelihatan kelu dan kemudiannya menangis di dalam kandang tertuduh.

Pasangan itu didakwa membunuh anak lelaki mereka, Adrian Teoh Wai Kit, yang merupakan anak sulung daripada dua beradik di sebuah premis di Regalia Business Centre, Subang Jaya antara 2 petang dan 3.30 petang pada 26 Mei 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Aaron dan En juga dijatuhi hukuman penjara lapan tahun bermula dari hari pertama mereka didakwa (5 Jun 2017) bagi pertuduhan kedua, iaitu melakukan penganiayaan sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mangsa di lokasi, masa dan tarikh yang sama.


ANGGOTA polis mengiringi sepasang Teoh dan En selepas didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam.  FOTO Muhd Asyraf Sawal

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 31 (5) akta sama yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama.

Terdahulu, peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh, Tan Teck Yew dan Tina Ong menyatakan kepada mahkamah bahawa nenek serta ibu saudara mangsa perlu dipanggil kerana pernah berada di bawah jagaan mereka untuk memberi pandangan bahawa kecederaan mangsa yang terdahulu mungkin di akibatkan oleh orang lain selain ibu bapanya.

Namun, Noorin berkata, keputusan makmal patologi telah pun mengesahkan bahawa kecederaan lama di mana terdapatnya kesan patah tulang rusuk dan kecederaan baharu yang menyebabkan kematian, sudah memadai.

Pendakwaan mengemukakan 28 saksi dan pihak pembelaan mengemukakan dua saksi iaitu pasangan suami isteri itu sendiri yang memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi, sepanjang perbicaraan yang bermula pada Julai 2019.

Semasa membacakan kenyataan pembukaan bagi perbicaraan sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya memberitahu mahkamah bahawa sebelum meninggal dunia, mangsa telah dipukul oleh ibu bapanya menggunakan rotan dan kayu.

Keterangan pakar patologi menunjukkan punca kematian kanak-kanak itu adalah akibat pendarahan di bawah kulit dan otot yang meluas serta teruk akibat daripada hentakan tumpul berganda.

Keterangan saksi pendakwaan lain seperti ahli kimia juga mengesahkan bahawa terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) milik Aaron serta mangsa pada rotan yang ditemui di tempat kejadian dan berdasarkan video rakaman litar tertutup (CCTV) di premis tersebut, En dilihat beberapa kali mengheret mangsa yang dalam keadaan sangat lemah serta tidak bermaya.

Pasangan suami isteri itu pertama kali dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 5 Jun 2017.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2021 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tergamaknya bunuh anak sendiri. Ternyata psgn laki bini ni ada binatang
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 12:35 PM | Show all posts
Whatttttt? Dah kenapa ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
hrp x dpt pengampunan
Kesian mangsa didera smp maut
jd mak pak dia pun patut mati sekali
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Gantung on the spot jah. Xdak hati perut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2021 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya anak ini....apa gila makpak budak nie!
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam vavi je nangis. Anak ko masa kena dera tk nangis ke seton? Dasar tua bodow.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2021 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru lapan tahun. Kesalahan apakah yang telah dia lakukan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 01:01 PM | Show all posts
mangsa umur berapa masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah sebab anak dia tak pandai belajar?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kememeh... Pembunuh mana boleh kememeh... Eeeee diorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa sebab diorg bunuh anak tu? Dengar suara dari langit ke? Atau budak tu cacat ke sampai diorg x blh terima?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
bru 8 tahun kot bdk tu. bt ape beranak klau xmmpu nk jd mnusia terbaik utk ank2
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ni?
Penat2 ko bela dr kecik, dah besar ko bunuh plak, why?
Tak kan xde rasa sayang kat ank sdr
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
any42 replied at 22-5-2021 01:23 PM
bru 8 tahun kot bdk tu. bt ape beranak klau xmmpu nk jd mnusia terbaik utk ank2

Comei budaknyaaa... agaknya budak ni tak pandai baca kot mgkin diakleksia kee.. mak pak especially cina ingat budak ni main main .. kat syurga dah budak.nii.. fast track to heaven sggh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2021 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
What the hell!!!!

Apa salah anak tu sampai diseksa dibunuh mcm tu?! Ibu bapa dari neraka!
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mandatori je terus

Nasib lg 2 ank x dibunuh nya
Btw kenapa 2 hanjing ni buat gitu kt ank dorg
Oku ke atau jenis hyper xdgr ckp tu
Still bkn reason utk pukul bdk tu ya
X phm iol



Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 02:39 PM | Show all posts
Jarang tgk jinjang kt Malaysia ni perangai gini..
sb kalau tgk kt mall2.. dorg ni protect btul ank dorg..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 22-5-2021 01:59 PM
Comei budaknyaaa... agaknya budak ni tak pandai baca kot mgkin diakleksia kee.. mak pak especially ...

jahat btul mnusia yg bunuh bdk2. I emo btul klau baca news mcm ni rsa nk bg pnmpar skuat hti biar kpala bpusing 360’

puas hti dua2 djatuhkn hukuman bkn tlepas mcm tu je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.064933 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list