CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7572|Reply: 0

Panasonic cipta peti ais bergerak sendiri apabila dipanggil, “Malas macam ni sek

[Copy link]
Post time 25-5-2021 07:19 PM | Show all posts |Read mode
Panasonic cipta peti ais bergerak sendiri apabila dipanggil, “Malas macam ni sekali?




Peti ais adalah salah satu destinasi dalam rumah yang paling kerap dituju terutamanya ketika orang ramai sedang bersantai di rumah. Peti ais menyimpan pelbagai sumber kebahagiaan, daripada minuman dalam tin, pencuci mulut, aiskrim dan makanan ringan.

Bagi mereka yang kerap membuka peti ais untuk mencari snek ketika menonton televisyen mahupun bermain game mungkin kadang kala rasa leceh untuk berulang alik dari bilik ke dapur.

Tetapi nampaknya sebuah ciptaan baru oleh syarikat elektrik Panasonic ini dapat memudahkan golongan berkenaan untuk mendapatkan snek mereka dari peti ais tanpa membazirkan tenaga.



Peti ais bernama Ku yang sedang diuji oleh syarikat tersebut berupaya untuk memandu sendiri apabila ‘dipanggil’. Peti ais berkenaan menggunakan teknologi LIDAR dan sensor kedalaman untuk memetakan kawasan rumah pengguna dan mengelak halangan sama ada objek, kanak-kanak mahupun haiwan peliharaan.

Selain itu peti ais tersebut juga diaktifkan melalui suara dengan menyebut ayat seperti, “Hi Ku, tolong datang ke meja makan”. Selepas pengguna mendapatkan makanan yang mereka inginkan, Ku akan kembali ke tempat asalnya di dapur.

Di samping berguna untuk individu yang pemalas, Panasonic berkata peti ais itu juga dapat membantu orang kurang upaya.

“Ni bukan jalan cerita dalam Wall-e ke…”





Sumber:https://himpunanceritalawak.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.197789 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list