CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 797|Reply: 0

Bangkit ‘mengaum’ Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 27-5-2021 11:30 AM | Show all posts |Read mode

CHENG HOE (berdiri di tengah) memantau sesi latihan skuad Harimau Malaya di hotel penginapan di Manama, Bahrain semalam.

Bangkit ‘mengaum’ Harimau Malaya

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyeru agar anak-anak buahnya bangkit melakar keputusan positif menjelang aksi persahabatan antara-bangsa menentang Bahrain di Stadium Nasional, Riffa malam esok.

Menurut Cheng Hoe, aksi tersebut boleh dianggap sebagai ujian terakhir buat barisan pemain sebelum bayangan ke-sebelasan utama dapat diputuskan bagi aksi pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) minggu depan.

“Saya mahu barisan pemain segera melupakan kekecewaan kalah kepada Kuwait pada perlawanan ujian yang lepas dengan menganggap aksi menentang Bahrain sebagai cabaran sebenar mereka.

“Ini kerana kualiti yang ada pada pasukan Bahrain dengan UAE tidak terlalu berbeza dan ketika itulah pasukan akan di-uji dengan tekanan khususnya dalam memastikan benteng pertahanan kekal ampuh.

“Secara keseluruhan, saya juga boleh katakan bayangan ke-sebelasan utama pasukan sudah boleh dilihat berdasarkan pemain yang diturunkan pada aksi bertemu Bahrain nanti kerana kita sudah kesuntukan masa untuk membentuk kesefahaman,” katanya pada sidang akhbar secara virtual semalam.


PARA pemain skuad Harimau Malaya giat menjalani latihan menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Bahrain di Stadium Nasional, Riffa malam esok.

Sementara itu, pengendali kelahiran Kedah itu turut me-ngakui ada ‘meninjau’ aksi persahabatan antarabangsa yang diharungi oleh UAE selepas berjaya membelasah Jordan 5-1 yang berlangsung kelmarin.

“Saya lihat pasukan UAE kali ini lebih berbisa berbanding ketika pasukan hadapi pada perlawanan pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil dua tahun lalu terutama dengan kehadiran tiga pemain naturalisasi baharu.

“Malah, ketajaman penyudah yang dimiliki oleh pemain No. 7 mereka, Ali Mabkhout perlu diberikan perhatian lebih oleh barisan pertahanan kami pada pertemuan nanti,” katanya.

Selepas aksi bertemu Bahrain, Harimau Malaya akan melengkap-kan tiga baki saingan kumpulan G dengan bertemu UAE (4 Jun), diikuti aksi menentang Vietnam (12 Jun) dan Thailand (16 Jun) di Dubai.

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.048141 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list