CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 789|Reply: 0

Keputusan Aguero bergantung pada Messi

[Copy link]
Post time 31-5-2021 04:31 PM | Show all posts |Read mode

AGUERO dilaporkan enggan terburu-buru untuk menyertai Barcelona kerana mahu memastikan Messi kekal bersama kelab itu terlebih dahulu. – AFP

Keputusan Aguero bergantung pada Messi

BARCELONA – Penyerang Manchester City, Sergio Aguero mengakui tidak akan menandatangani kontrak bersama Barcelona sehinggalah dia pasti Lionel Messi akan terus kekal bersama kelab itu.

Laporan sebelum ini menyebut, Aguero akan menyertai Barcelona secara percuma selepas kontraknya dengan City berakhir musim ini dan dija-dual menjalani ujian kesihatan minggu ini untuk mengesahkan perpindahan tersebut.

Bagaimanapun, Aguero mahu memastikan situasi Messi terlebih dahulu di Barcelona sebelum membuat sebarang keputusan kerana faktor utama dia memilih untuk ke Camp Nou adalah kerana hubungan rapat-nya dengan kapten Argentina berkenaan.

Presiden Barcelona, Joan La-porte mengakui bahawa run-dingan kontrak baharu bersama Messi berjalan lancar tetapi tiada sebarang keputusan dibuat ketika Manchester City dan Paris Saint-Germain berminat untuk mendapat pemain bintang itu.

Barcelona menamatkan kem-pen musim ini dengan agak mengecewakan apabila sekadar menjulang gelaran Piala Raja Sepanyol sekali gus menyaksikan jurulatih mereka, Ronald Koeman mungkin tersingkir dan Aguero pula bakal menjadi pencetus kebangkitan pasukan itu untuk musim depan.

Biarpun Barcelona yakin mereka mampu mendapatkan khidmat penggempur City itu dan memujuk Messi untuk kekal, namun Aguero dikatakan enggan terburu-buru dan mahu mengambil sikap tunggu dan lihat.

Selain Barcelona, beberapa pasukan lain di Liga Perdana Inggeris serta jaguh Itali, Juventus turut menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat Aguero. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.119376 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list