CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1777|Reply: 1

Hafizh akui jentera ‘lembik’ di jalan lurus

[Copy link]
Post time 1-6-2021 08:52 PM | Show all posts |Read mode

HAFIZH mengaku belum berpuas hati dengan prestasi jentera yang sedikit perlahan pada laluan lurus ketika bersaing pada GP Itali di Litar Mugello kelmarin.

Hafizh akui jentera ‘lembik’ di jalan lurus

Pelumba negara belum puas hati prestasi motosikal

AKSI pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah pada Grand Prix (GP) Itali di Litar Mu-gello kelmarin wajar diberikan pujian selepas dia menamatkan perlumbaan itu di tempat ke-sembilan.

Biarpun mencatat keputusan terbaik musim ini, namun pelumba berusia 27 tahun itu masih belum berpuas hati dengan prestasi jentera yang sedikit perlahan pada laluan lurus.

Kata Hafizh, dia terpaksa mencari peluang untuk memintas pelumba lain ketika mengambil selekoh selain menggunakan ke-lebihan semasa melakukan brek.

“Saya bersyukur dapat menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan selepas dipintas pada saat akhir oleh (Cameron) Beaubier kerana sukar untuk dapatkan kelajuan di laluan lurus.

“Sebenarnya ketika selekoh terakhir, saya sudah cuba untuk jarakkan diri dengan pelumba di belakang tetapi jentera masih kurang dari segi aerodinamik bagi mendapatkan kelajuan yang dimahukan.

“Selain itu, saya juga banyak dipintas pelumba-pelumba lain di laluan lurus sehingga menyebabkan saya mencari alternatif dengan memintas mereka ketika di selekoh,” kata bekas pelumba Yamaha Tech 3 itu.

Pada masa sama, Hafizh juga mendedikasikan perlumbaan itu kepada pelumba Moto3, Jason Dupasquier yang meninggal dunia- selepas terlibat dalam insiden ngeri ketika sesi kelayakan Sabtu lalu.

“Perlumbaan ini adalah untuk Jason yang sudah meninggalkan kita semua. Selain itu, terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan serta percaya dengan kemampuan saya,” ujarnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2021 07:56 PM | Show all posts
casis nts paling lemau...harap dpt kekal collect point setiap race
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.392687 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list