CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1599|Reply: 7

[Sabah] Covid-19 02/06/2021

[Copy link]
Post time 2-6-2021 11:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 2-6-2021 03:01 PM

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 254 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 62,816 kes.
Dua (2) kes kematian direkodkan hari ini iaitu satu ( 1) kes di daerah Kota Kinabalu dan satu (1) kes lagi di Kinabatangan. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.
Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital/ sembuh 213 menjadikan jumlah kumulatif 60,165 orang. Seramai 1,604 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 451 orang di hospital, 1,151 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara dua (2) orang. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 75 orang dan 24 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kudat berubah dari zon jingga ke zon merah manakala
Telupid bertukar dari zon hijau ke zon kuning

Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan penurunan sebanyak 64 kes iaitu daripada 318 kes kelmarin (1 Jun 2021) kepada 254 kes (2 Jun 2021 ).
ii Daripada 254 kes jangkitan baharu hari ini, 184 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 20 kes adalah daripada saringan kluster, 36 kes adalah daripada saringan bergejala, enam ( 6 ) kes daripada saringan bersasar dan lapan ( 8 ) kes adalah daripada lain-lain kes.

iii 12 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Sembilan (9) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka manakala tiga (3) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu Tawau (-44 ), Lahad Datu (-21) dan Tuaran (-18 ).

iv Waiau bagaimanapun, terdapat 11 daerah yang mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan lapan (8) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala tiga (3) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Sandakan 29 kes (+24), Kota Kinabalu 31 kes (+14) dan Kunak 40 kes (+11). Daerah Beaufort kekal catatan kes baharu sebagaimana hari kelmarin iaitu dengan enam (6) kes.

v Pada hari ini, tujuh (7) daerah mencatatkan sitar (0) kes iaitu Beluran, Tonged, Pitas, Ranau, Kuala Penyu, Sipitang dan Nabawan.
vi Perubahan angka setiap hari bagi setiap daerah adalah tidak statik. Sungguhpun tujuh (7) daerah mencatat sitar kes pada hari ini, bilangan daerah yang berzon hijau berkurangan kepada tiga (3), menandakan terdapat kebarangkalian berlakunya ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan.

vii Keberkesanan penurunan kes dalam membendung penularan pendemik COVID-19 ini sangat bergantung kepada sejauh mana kesungguhan komuniti dalam pematuhan SOP kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini

kredit facebook
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2021 11:04 PM | Show all posts
Empat Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai Esok



KOTA KINABALU: Empat lokaliti di negeri ini termasuk tiga di Kota Belud diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 3 hingga 16 Jun 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat peningkatan kes yang ketara di tiga lokaliti di Kota Belud iaitu Taman Nikmat, Kampung Pirasan dan Kampung Dundau.


Katanya, sebanyak lapan kes positif direkodkan masing-masing di  di Taman Nikmat dan Kampung Dundau manakala tujuh kes di Kampung Pirasan.

Menurutnya, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKP), kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan PKPD di ketiga-tiga lokaliti selaras dengan keputusan kerajaan Persekutuan.

“Sebanyak lapan kes direkodkan hasil daripada 10 ujian saringan yang dijalankan membabitkan Kampung Simpangan Tuaran.


“KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes yang ketara di lokaliti berkenaan dan kerajaan negeri turut bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Kampung Simpangan Tuaran,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, pelaksanaan PKPD di lokaliti berkenaan memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes bagi tujuan pengasingan serta melaksanakan saringan bagi kontak rapat.


Sementara itu katanya, PKPD di Lorong 2, Kampung Kongsi 8 Tawau ditamatkan pada 2 Jun lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada 12 Jun 2021.

Menurutnya, berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif menerima rawatan. – Utusan Borneo



kredit : Sabahpost

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bilalah ini semua akan berakhir..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2021 01:32 AM | Show all posts
mamahadi replied at 2-6-2021 03:58 PM
Bilalah ini semua akan berakhir..

Pakar cakap kehidupan akan kembali normal jika program vaksinasi itu meliputi 70 hingga 85 peratus populasi dunia.Sentiasalah berdoa dan berharap COVID-19 hilang dari muka bumi

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 03:14 PM | Show all posts
mamahadi replied at 2-6-2021 11:58 PM
Bilalah ini semua akan berakhir..
rindu kan ...
dulu2 tak perlu rasa takut ...

mask tu takat Spital jer pakai ...



Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 3-6-2021 03:14 PM
rindu kan ...
dulu2 tak perlu rasa takut ...


Skrg nak kuar rumah,  mask yg capai dulu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2021 03:47 PM | Show all posts
mamahadi replied at 4-6-2021 03:45 PM
Skrg nak kuar rumah,  mask yg capai dulu..
hand sanitize pun tak tinggal sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 3-6-2021 01:32 AM
Pakar cakap kehidupan akan kembali normal jika program vaksinasi itu meliputi 70 hingga 85 peratus ...

Apa yg kita mampu buat,  jaga SOP and keep on duas.. InsyaAllah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.123037 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list