CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2860|Reply: 13

Pelajar kongsi keadaan rumah universiti mereka yang tidak masuk akal

  [Copy link]
Post time 3-6-2021 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Pelajar kongsi keadaan rumah universiti mereka yang tidak masuk akal



Semua yang pernah melalui zaman universiti pasti tahu betapa sukar untuk para pelajar mendapatkan keselesaan dalam pada perlu berjimat, dengan makan dan tinggal dalam keadaan yang ala kadar.

Begitu juga yang ditunjukkan oleh 2 orang pelajar dari England ini dalam sebuah video yang telah meraih 1.7 juta tontonan di Twitter.

Dalam video tersebut, 2 orang pelajar perempuan itu menunjukkan keadaan rumah yang diberikan pihak universiti kepada mereka di mana rekaan dalamannya tidak masuk akal.

Antaranya adalah kedudukan peti ais di tepi pintu yang menyebabkan orang yang sedang membuka peti ais akan tersekat apabila orang lain membuka pintu.



Selain itu lampu yang disediakan di bawah kabinet di dapur juga tidak berfungsi, manakala pintu dapur mereka terlalu berat sehingga ia menghentam orang dari belakang ketika keluar.

Mereka juga mempunyai taman kecil, namun ia hanya boleh diakses melalui bilik tidur mereka. Kabinet yang terdapat di bawah tangga pula disekat dengan perabot, manakala terdapat tingkap yang tidak boleh digunakan kerana dihalang oleh tangga.

Tandas mereka juga terlalu kecil untuk orang yang tinggi, dan lebih menarik, singki mereka digabungkan dengan mangkuk tandas.

Keadaan rumah pelajar-pelajar itu ternyata menarik perhatian ramai orang yang keliru melihat rekaan rumah tersebut.


“Tuan rumah perlu ditahan…”



“Mangkuk tandas dan singki tu sebenarnya idea yang bijak untuk jimat air…”



SUMBER
TWITTER

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg ok ada yg ko
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sinki dengan toilet digabungkan tu rasanya ramai dah yg buat...jimat air bekas basuh tangan tu digunakan untuk flush toilet
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 07:45 AM | Show all posts
inovatif pe sinki attached dgn toilet bowl tu.

jgn tahu konplen je gen Z
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 10:29 AM | Show all posts
terkenang uni house dulu kt oz ...gitu le rupa lebih kurang
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak ok ja dengan rumah ni. 10000000 better dari setinggan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2021 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua benda nak komplen
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 02:00 PM | Show all posts
Combine sink toilet tu da lama pakai kat jepun.  Dasar tak pegi oversea. The rest some are just design issues.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2021 04:06 PM | Show all posts
ok la tuhhhh compare dgan kolej kediaman ipta.... ohhhh sedehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Much2 way better dr uni2 negara kita. Nk yg helok mak pak blh la sewakan utk ank2.. dr studio house - penhouse
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
nuryakmal replied at 8-6-2021 02:00 PM
Combine sink toilet tu da lama pakai kat jepun.  Dasar tak pegi oversea. The rest some are just desi ...

yer kat apartment moden di jepun byk guna konsep ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
mohdcrow replied at 7-6-2021 11:45 PM
Sinki dengan toilet digabungkan tu rasanya ramai dah yg buat...jimat air bekas basuh tangan tu digun ...

Jepun banyak camtu. Bukan untuk cuci muka atau gosok gigi pun.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
nuryakmal replied at 8-6-2021 01:00 PM
Combine sink toilet tu da lama pakai kat jepun.  Dasar tak pegi oversea. The rest some are just desi ...

Yup. And limited space. Pepandaila hidup. Rental kat UK pun mahal. Kalau nak uni residence yg herlok banyak ada juga tapi bayaran pon baik punya.
Macam iols dulu mmg xduduk campus tp sewa sendiri je. Sbb xsuka sharing. And ada rules.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu pun nk komplen.. dia tak tau dh habis blaja nntj lagi susah nk survive
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.560425 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list