CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9493|Reply: 45

Dihalau bekas suami waktu malam lepas suami kantoi curang. Mujur si isteri ada b

  [Copy link]
Post time 3-6-2021 12:36 PM | Show all posts |Read mode
mstar.com.my
Dihalau waktu malam, wanita bawa 3 anak dan ibu tua duduk hotel bajet! Mujur diam-diam beli rumah sendiri selepas suami kantoi curang
Khamis, 03 Jun 2021 12:00 PM
5-6 minutes

VIDEO yang dikongsi seorang wanita menunjukkan barangan peribadinya berselerakan didakwa diletakkan suaminya di luar rumah yang berkunci mengundang sebak netizen.

Berkongsi kisahnya kepada mStar, Norfaezah Mansor berkata peristiwa hitam itu berlaku pada tahun lepas apabila dia bersama tiga anaknya, termasuk seorang bayi serta ibunya yang berusia 70 tahun dihalau keluar oleh suaminya.

"Saya kena halau tu waktu malam, bayangkan dia umpama tak ada perikemanusiaan, dia halau saya dengan mak umur 70 tahun serta anak saya yang kecil masa tu umur tak sampai setahun.

"Saya rasa sedih sangat terutama sekali bila memikirkan tentang mak, saya rasa sangat terkilan dan tak akan maafkan dia sampai bila-bila sebab buat mak saya macam tu," katanya yang berkongsi video menunjukkan barang-barang peribadinya diletakkan di luar rumah di aplikasi TikTok.

Menurut Norfaezah selepas diusir, dia terpaksa tinggal di hotel bajet di Kluang, Johor selama seminggu sementara mencari rumah sewa untuk didiami mereka berlima.


Norfaezah membeli rumah ini sebagai persediaan sekiranya rumah tangganya tidak dapat diselamatkan dan ia akhirnya benar-benar berlaku.

"Saya, ibu dan tiga orang anak saya terpaksa tinggal sementara waktu di hotel bajet, RM100 satu malam.

"Kemudian saya jumpa sebuah rumah yang disewa RM500 sebulan di Kluang juga. Saya pilih rumah tu sebab dekat dengan sekolah anak saya," katanya.

Norfaezah berkata, rumah tangganya mula berantakan apabila suaminya 'kantoi' bersama wanita lain sewaktu dia dalam pantang selepas melahirkan ketiga.

Bercerita tentang apa yang dialaminya pada masa itu, Norfaezah yang bertugas sebagai pegawai bank berkata dia pada mulanya cuba memperbaiki serta mempertahankan rumah tangga yang telah dibina selama tujuh tahun.

"Mak memang pada mulanya tak bagi berpisah tapi malam tu saya ceritakan segala-galanya pada dia, masa tu baru dia terima.

"Masa saya dengan suami bergaduh besar mak memang sedih sangat sebab dia memang percayakan lelaki tu," katanya.

Norfaezah bagaimanapun bertindak bijak kerana sebaik mengetahui bahawa suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain, dia membeli rumah secara senyap-senyap sebagai persediaan sekiranya rumah tangga yang dibinanya benar-benar tidak dapat diselamatkan.

"Tak lama lepas dia kantoi tu saya tuntut fasakh tapi dia tak nak. Masa dalam tempoh tu kami masih bersama, tak nak berpisah sebab fikirkan keluarga dan anak-anak.

"Tapi senyap-senyap saya ada membuat persediaan beli rumah. Saya bekerja tapi saya tambah pendapatan saya dengan buat bisnes sendiri.

"Cuma masa saya dihalau rumah tu masih belum siap, dalam lebih kurang enam bulan jugalah saya tinggal di rumah sewa sebelum pindah ke rumah sendiri.

“Suami saya sebelum ni pun memang tak ada bagi saya nafkah satu sen pun, saya survive sendiri dengan anak-anak, ” katanya.

    Saya kena halau tu waktu malam, bayangkan dia umpama tak ada perikemanusiaan, dia halau saya dengan mak umur 70 tahun serta anak saya yang kecil.
    NORFAEZAH


Setelah hampir setahun, dia kini meneruskan kehidupan seperti biasa sebagai ibu tunggal kepada tiga anak yang kian membesar.

Norfaezah berkata sebaik-baiknya, golongan wanita perlu memastikan mereka mempunyai pendapatan mahupun aset sendiri.

“Pesanan untuk wanita, sebahagia mana pun kita cuba pastikan ada aset atas nama sendiri supaya tak dibuang macam sampah.

“Sebagai wanita, kalau suami tak bagi kerja cuba cari jalan untuk ada pendapatan sendiri. Saya cakap sebab dah banyak kes begini berlaku, ” katanya.

Norfaezah tabah membesarkan tiga anaknya selepas berpisah dan dihalau oleh bekas suami.

Dia yang mula berkecimpung dalam bidang perniagaan turut mengajak ibu tunggal lain untuk sama-sama menjana pendapatan bersamanya.

“Saya memang minat sejak kecil, dulu saya rajin tolong mak saya jual nasi lemak tepi jalan, masa saya kerja dulu pun, lepas kerja saya jual makanan sikit-sikit.

“Saya pernah buka spa dekat rumah dulu dan sejak tahun lepas saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan produk penjagaan kulit, ” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2021 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
syabas Norfaezah
anda berfikiran jauh
jgn jd mcm certain pompuan..konpiden sgt laki x buat hal,pastu mencebik and mengata tgk org pompuan lain beli rumah sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 01:02 PM | Show all posts
punca penceraian rumah tangga kt malaysia banyak berlaku seperti friska madu jusa C minus akibat suami baru dapat duit lebih dah pandai curang.

sebab tu kaka habisan berperang dengan friska demi keamanan wanita malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..semoga murah rezeki..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 01:07 PM | Show all posts
good job kak faezah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk gambar kat mstar, dia ni mmg cantik la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2021 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
little_sis replied at 3-6-2021 01:17 PM
Tgk gambar kat mstar, dia ni mmg cantik la..

Ha ah betul...cantik body n muka pon lawa....apooo laaa yg laki dia buta sgt dah lah halau isteri sendiri keluar...patut dia yg keluar...xde otakkk!!!

Ada chances ex laki nak rujuk balik tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar berpatah arang
Jantan buat gitu..tak mustahil nnt dia buat lagi
Elok lah berpisah..
Harap jantan tu.tak gigih sangat.menagih kasih sayang anak nnt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2021 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga aku juga dapat beli rumah sendiri..amin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2021 02:03 PM | Show all posts
ramai jugak perempuan yg kuat semangat bila berdepan saat getir mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
good job kak..memang ramai jantan haprak ingat pompuan takleh hidup kalau tanpa dorang

lagi satu pompuan yang belum kawen tu, usahakan beli rumah sendiri sebelum kawen..jangan nak harap kat bakal laki je..rumah atas nama sendiri takkan rugi sesen pon
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 02:15 PM | Show all posts
dah cerai ke?
nanti bewak tu tuntut harta sepencarian pulak, nak claim umah ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Well done sisturr.. Berani keluar dari toxic relationship mcm ni. Sebab tu penting sgt2 utk perempuan zaman skrg ada kerja n harta sendiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2021 03:22 PM | Show all posts
dlm program pengurusan harta pun
memang si isteri disaran simpan sendiri resit/transaksi byr loan rumah, kereta
ni sebab bukti kalau ada kes harta pencarian
walaupun si suami
suami mithali ka
suami penyayang ka
suami yg selalu pegang tangan gi sana sini ka
suami yg selalu join time update gambar dlm sosial media ka
whatever la
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 03:25 PM | Show all posts
muka cantik pun kne halau, laki tu xdilayak buat laki.. nafsu semata2..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 03:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2021 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 3-6-2021 01:32 PM
Ha ah betul...cantik body n muka pon lawa....apooo laaa yg laki dia buta sgt dah lah halau isteri  ...

Hope dia dpt laki baru yg terbaik dari ex-laki yg tagune tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
little_sis replied at 3-6-2021 03:54 PM
Hope dia dpt laki baru yg terbaik dari ex-laki yg tagune tu

Kannnnnnn.,,at least cerai awal...kalau dah tua lagi stress memendam rasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2021 05:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dpt 1 info sahih dri seorg kenalan yg mngnali mereka b2 ni...ktanya org ni pn pnh mrampas x lelaki dia dri org lain...Bla dh dpt, kong2 laki dia serba serbi x blh bt itu ini x kena...kononnya oleh krn c suami x than d kong2 dia pn main kayu 3
Plg x blh trma akal...kot ye pn nk main kayu 3 jgn dhalau anak2 skli...diorg slah apa dgn Korg b2...mrah kt bini ank2 jdi mgsa...
Netizen hanya judge based on one side story tmsuk la Sya...Bla Sya tau knp laki dia halau dia...Sya ttap dgn pndirian Sya c lelaki ttap x ptut halau skli dgn anak2 nya hnya krn nk bbini baru  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.366731 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list