CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2989|Reply: 8

Gaya Wanita Ini Goreng Ikan Bikin Terhibur, “Duyung Dalam Kuali…”

[Copy link]
Post time 7-6-2021 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Gaya Wanita Ini Goreng Ikan Bikin Terhibur, “Duyung Dalam Kuali…”


Tugas memasak memang biasanya lebih banyak dilakukan oleh kaum wanita berbanding kaum lelaki. Baru-baru ini pula, gelagat wanita ini ketika menggoreng ikan menarik perhatian ramai.

Oleh kerana gayanya yang lain daripada lain, video tersebut telah mengundang ketawa dalam kalangan netizen yang menonton. Semuanya gara-gara ikan yang digorengnya itu dikatakan sama dengan ikan duyung.

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita tersebut berkongsikan videonya sedang menggoreng ikan. Namun kemudian dia ditanya oleh ayahnya, apa benda yang digorengnya di dalam kuali itu.

Memandangkan ikan tersebut ditegakkan seperti itu, ianya sekali pandang sama seperti ekor ikan duyung sekaligus mencetuskan ketawa mereka yang melihatnya.


Menurut wanita itu, dia sengaja menggorengnya begitu supaya bahagian tengah ikan masak dengan sempurna. Namun dia tidak sangka ada yang menganggapnya pelik dan melucukan sehinggakan video itu menarik perhatian ramai.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur dengan gelagat wanita ini. Malah ada juga yang memberitahu mereka juga pernah melakukan perkara yang sama ketika menggoreng ikan terutamanya ketika minyak yang sikit.

“Ingat aku je yang selalu buat macam ni…”


“Kuali duyung…”


“Cakap dekat ayah, ikan duyung terjun dalam kuali.”




SUMBER
TIK TOK

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2021 04:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Jimat minyak goreng ikan mcm ni, tp berejam jugak la nak jimat punya psl. Kalau nak lg jimat pakai periuk paling kecik tu boleh la tenggelam ikan masa goreng.

nak kena survey air fryer gamaknya minyak dah rm35.

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 10:36 AM | Show all posts
comel je lahai
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 10:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 terpacak mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 01:26 PM | Show all posts
Itu pun nak kecoh dah bertahun ramai je yang buat macam tu tapi tak masuk tik tok je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2021 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
rogayahtop replied at 13-6-2021 04:36 AM
Jimat minyak goreng ikan mcm ni, tp berejam jugak la nak jimat punya psl. Kalau nak lg jimat pakai p ...

aku pun baru rembat air fryer dah tak tahan dgn time skrg bdk2 semua depan mata asik nak melantakkk je.... nak pulak yg grg2. senang kije aku, jimat banyak weiii duit minyak masak! beli je segala frozen food, ajaq depa mcmmana nak guna.... aman aku melayan forum
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
rogayahtop replied at 13-6-2021 04:36 AM
Jimat minyak goreng ikan mcm ni, tp berejam jugak la nak jimat punya psl. Kalau nak lg jimat pakai p ...

Ikan xsesuai grg pakai air fryer..kalo ayam xpe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2021 10:57 AM | Show all posts
ekoq ikan tu tak trim sikit pasaitu panjang sangat tak muat piyuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.590877 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list