CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7128|Reply: 36

Suami, isteri dapat PhD ketika umur 26 tahun

[Copy link]
Post time 8-6-2021 11:10 PM | Show all posts |Read mode
Suami isteri genggam PhD usia 26 tahun, berkahwin dan ada anak bukan penghalang
June 5, 2021
Oleh Azma ML



MENGGAPAI gelaran ‘Doktor Falsafah’ bukanlah senang. Tentu perjalanannya tidak mudah dan perlu segala cabaran perlu dilalui dengan hati membulat tekad.

Perkongsian daripada Eksekutif Persatuan Kaunseling & Psikologi MARA Malaysia, Dr Zulkifli Hussain menceritakan bagaimana pasangan anak muda ini melaluinya sebelum mereka berjaya menggapai peringkat tertinggi dalam bidang akademik ini.

Dr Siti Nadjiha Mohd Rozali dan suaminya, Dr Mohamad Aiman Jamsari adalah bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang menunjukkan kecemerlangan sejak bangku persekolahan lagi dengan meraih keputusan cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Dr Mohamad Aiman Jamsari dilahirkan di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Dr Mohamad Aiman adalah anak pertama daripada tiga adik beradik. Dia telah melanjutkan pelajaran menengah rendah di di MRSM Gerik, Perak dan tingkatan empat dan lima di MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka dan meraih keputusan 6A+ 3A dalam SPM 2010.

Manakala isterinya, Dr Siti Nadjiha Mohd Rozali anak kelahiran di Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik. Dia bersekolah tingkatan satu hingga tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak manakala meneruskan tingkatan empat dan lima di MRSM PDRM, Kulim. Sama seperti suaminya Dr Siti Nadjiha turut meraih keputusan cemerlang 6A+ 3A dalam SPM 2010.

Menurut Dr Zulkifli, kedua-dua bekas pelajar MRSM itu kemudiannya mendapat tempat di universiti luar negara dalam bidang kejuruteraan.

    “Menggunakan keputusan percubaan SPM, Aiman dan Nadjiha berjaya mendapatkan tempat di Kolej MARA Kuala Nerang untuk peringkat foundation pada 2011 sebelum menyambung pengajian diperingkat Ijazah.

    “Aiman melanjutkan pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di UniKL MFI manakala Nadjiha dalam bidang Kejuruteraan Kimia di UniKL MICET untuk tahun pertama pada 2012 dan tahun kedua-keempat di The University of Auckland, New Zealand (2013-2015) dengan tajaan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA),” tulis Dr Zulkifli.

Lebih manis lagi apabila kedua-duanya memperoleh Ijazah Kelas Pertama dengan Kepujian. Dr Mohamad Aiman memperolehi Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Bachelor of Engineering in Mechanical) manakala bagi Dr Siti Nadjiha menerima segulung ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Chemical and Materials). Turut membanggakan apabila Nadjiha terpilih untuk menerima Anugerah Kepujian Dekan (Dean’s Honours Award).

Setelah tamat pengajian ijazah sarjana muda, mereka melangsungkan perkahwinan sebelum menyahut cabaran pengajian pascasiswazah dalam menggapai peringkat tertinggi akademik iaitu doktor falsafah (PhD).

“Aiman dan Nadjiha pulang ke Malaysia dan berkahwin selepas selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda dan kedua-duanya pulang semula ke New Zealand untuk menjalani pengajian PhD dengan tajaan kerajaaan New Zealand.

“Mereka berdua berjaya menghabiskan PhD dalam tempoh masa tiga tahun. Aiman kini bekerja di Plant & Food Research di mana dia mengetuai tim kejuruteraan dalam mengendalikan beberapa projek manakala Nadjiha kini bekerja sebagai jurutera di Fonterra, New Zealand iaitu syarikat pengeluaran tenusu terbesar di dunia,” tulisnya.

PhD adalah ijazah tertinggi dalam dunia akademik. Sudah tentulah prosesnya agak sukar. Persiapan dan persediaan amat penting untuk melepasi segala proses dan halangan.

Dr Zulkifli turut berkongsi tip daripada Dr Mohamad Aiman dan Dr Siti Nadjiha berkaitan pengajian PhD yang mungkin dimanfaatkan untuk korang semua.

    1. Fokus

    PhD boleh dihabiskan dalam tempoh masa yang singkat sekiranya betul-betul fokus. Kebiasaannya kami mula berkerja pada jam 9 pagi dan pulang ke rumah pada jam 5 petang.

    Pastikan betul-betul produktif antara jam 9 pagi dan 5 petang. Jadi waktu malam boleh digunakan untuk berehat dan masa untuk keluarga. Hujung minggu boleh digunakan untuk bercuti bagi merehatkan minda dan mengecas semula energi.

    Bercuti, rehat dan beriadah penting untuk memastikan kita sentiasa bersemangat untuk memulakan hari Isnin yang mendatang.

      2. Pimpin hala tuju PhD

    Perlu ambil inisiatif sendiri dalam banyak perkara. PhD ialah tentang cara korang berfikir, jadi banyakkan usaha berfikir dan laksanakan apa yang dirancang. Kemudian berbincang bersama penyelia. Penyelia akan memberikan komen dan maklum balas mereka tentang apa yang perlu diperbaiki. Bukanlah hanya menunggu arahan ataupun idea daripada penyelia.

     3. Hubungan baik dengan penyelia

    Sentiasa adakan perjumpaan dan perbincangan bersama penyelia sekurang-kurangnya sekali seminggu. Melalui cara ini, pertukaran idea dengan penyelia berjalan lancar dan membuatkan kita lebih produktif kerana mereka tahu dan faham tentang ideologi atau hala tuju PhD kita.

         4. Mulakan penulisan tesis seawal mungkin

    Kami mulakan penulisan tesis pada akhir tahun kedua dan penyelia mula membacanya pada awal tahun ketiga. Ini membolehkan kami menghabiskan PhD dalam tempoh masa yang singkat.

    Kadang-kadang penyelia sangat sibuk sehingga tidak sempat membaca tesis dalam masa yang ditetapkan. Jadi kami ambil inisiatif untuk mulakan penulisan awal untuk memberi ruang kepada penyelia untuk menyemaknya.

    5. Semangat dan doa

    PhD ialah perjalanan yang sukar dan korang perlu lalui sendirian, jadi sangat penting untuk berinteraksi dengan kawan-kawan yang lain atau ahli keluarga supaya mereka boleh memberi semangat. Selalu lah mengharapkan doa daripada kedua ibu-bapa dan kawan-kawan.

Kejayaan mereka menggenggam PhD di usia muda tentunya bukan calang-calang. Semoga ia menyuntik semangat dan inspirasi kepada ramai belia yang lain.
Nyata terbukti perkahwinan dan memiliki cahaya mata bukan penghalang untuk menggapai kecemerlangan akademik sehingga ke peringkat tertinggi. Syabas dan tahniah buat Dr Mohamad Aiman dan Dr Siti Nadjiha.

Sumber: Dr Zulkifli Hussain

Foto: Dr Siti Nadjiha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2021 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniahhh... deme keje kat new zealand selama2nya ka?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniahla....tp knapa nak kena berkerja di luar negara..msia pon duk taja jugak..habis duit kat depa..end up dah bjaya..duduk selesa kt luar negara berbakti pd negara yg dah mmg maju...msia dpt nama ja..negara xmaju2..org bijak pandai lari dr keja sini..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 11:50 PM | Show all posts
Tahniah. Jarang phd 26thn ni, biasa 30-35thn. Elok la masih muda ada tenaga nak multitask, more focus. Geng2 tua amik phd ada lemau sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2021 11:54 PM | Show all posts
dulu ada pasangan suami, isteri pensyarah UIA
kepakaran dlm finance
berhijrah ke Timur Tengah
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Macamana la moDal insan malaysia nak ramai kalau dah yg cerdik pandai semua lari luar negara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2021 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
negara dah taja...lps tu keje luar pulak...kacang lupakan kulit
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Wowww  muda2 dah dpt phd..terernya  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2021 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 8-6-2021 11:50 PM
Tahniah. Jarang phd 26thn ni, biasa 30-35thn. Elok la masih muda ada tenaga nak multitask, more focu ...

I buat phd dr muda smpai ke tua xabis last2 i quit..muahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 12:17 AM | Show all posts
Saya berusia 46 tahun. Baru habis ijazah sarjana dari UITM. Kejayaan mereka memberikan sumber inspirasi untuk saya membuat PHD.

Disebabkan saya ada masalah mendapatkan pekerjaan, maka utk sambung PHD ditangguhkan dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 12:19 AM | Show all posts
Cece1234 replied at 9-6-2021 12:05 AM
I buat phd dr muda smpai ke tua xabis last2 i quit..muahahaha..

Biasa gitu iols pon tak lepas sis. Senior iols 10 tahun amik phd saja. Nasib tak gila, fac bagi gak dia grad.

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu phd tu laku kat syurga .. perghhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2021 12:33 AM | Show all posts
sebelum ni semua pensyarah IPTA mesti ada PhD sebelum umur 40 tahun
aku tak sure sekarang mcm mana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2021 12:41 AM | Show all posts
laluan2 dlm akademik
Degree > Master > PhD > Prof Madya > Prof
lagi kemas kalau ada anugerah
Datuk etc

ex-boss aku dulu

Prof Dato' Dr xxxx
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Syabas dan tahniah! Kagum betul

Hebat time management ni. Harap suatu hari nanti boleh tabur bakti di tanah air pula
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya klu hasben n wife sama2 org alademik atau sama2 belajar dorang faham n sgt supportive..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2021 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
lebih kureng le baya sedara aku.. dpt phd..
boleh pulok dikatanya.. org yg lom berjaya sbgai..x da masa depan...
x tau nk kata la..

moto aku..kejayaan bkn utk dibanggakan.. jd sombong sb rasa ianya atas usaha sdri.. sepatutnya, lebih insaf..dan beri sokongan, dorongan serta doakan kejayaan org lain pula...

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya.. Aku dulu selalu gak berangan nk sambung belajar tinggi2 ni.. Tapi sudah nya....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Berguna ke berita macam ni. Belaja under scholarship yang memang dari tax payer money and gov funds tapi endup keje dekat negara orang disebabkan phd ditaja kerajaan sana?

Takde sekelunit rasa guilty ke pada rakyat dlm negara sendiri dan penaja dlm negara? Just asking.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 04:09 AM | Show all posts
ada sorang branch manager title dokterrr phd jugak..
kata nya ex surgeon.

tapi lompat bidang office management sebab nya dah ada anak kecik.
nk fully kosentrek kat family, dpt work 8-5.

tapi bimbo nak mampos bila handle branch sendiri.
staff pom sama bimbo. dah advice byk kali ikot company guideline  pom still xda improvement.

bodoh sombom pom iyerr jugakk.
sejenis pandai atas kertas je kot. real life, hampehh.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.385635 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list