CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

Suami, isteri dapat PhD ketika umur 26 tahun

[Copy link]
Post time 9-6-2021 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini memang betul2 cerdik ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2021 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.. harap satu masa nanti boleh berbakti bpd tanahair pulak
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
rizalra75 replied at 9-6-2021 12:17 AM
Saya berusia 46 tahun. Baru habis ijazah sarjana dari UITM. Kejayaan mereka memberikan sumber inspir ...

Semuga berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 9-6-2021 01:41 AM
Bagusnya.. Aku dulu selalu gak berangan nk sambung belajar tinggi2 ni.. Tapi sudah nya....

Laa tahzan......

Allah dah tetapkn rezeki masing masing
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 08:41 AM | Show all posts
printercomel replied at 9-6-2021 02:06 AM
Berguna ke berita macam ni. Belaja under scholarship yang memang dari tax payer money and gov funds  ...

tahniah diucapkan
rasa kene bayar balik kot...ntahlah kalau MARA..
tapi if convert dgn duit NZ msia...rilek je dia nak bayar balik seribu lebih sebulan.


tp tak fhm kenapa msian ni taksub sgt dgn umur...
sedangkan dekat UK tu...umur yg amik phd 21 tahun, if ko dpt 1st class degree...tamat phd time umur 23-24 tahun...xde plak masuk paper
tak kisah lahhh kau habis phd umur berapa ponnn...


Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 09:43 AM | Show all posts
powernya umur 26 dah ada phd.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2021 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ape masalahnyer deyols nk keje obersi?..rmai jer student obersi terus smbung keja sane...dh ckup pengalaman deyols blik lar msia...sumbang kt negara sndiri pulak...peluang kt msia ni luas mane pun nk rasa dpt keja best kalo bru grad?? Ujung2 jd pensyarah jah
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 11:41 PM | Show all posts
maybe terikat dengan kontrak tajaan NZ kot, biasanya 5-7 tahun. Lepas habis tu boleh je diorang balik ke mesia. semua benda nak dipersoalkan ye nok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2021 11:44 PM | Show all posts
bellaa replied at 9-6-2021 04:09 AM
ada sorang branch manager title dokterrr phd jugak..
kata nya ex surgeon.

seorang lulusan PhD hanya pakar dalam bidang yang diceburi sahaja. Semakin tinggi tahap pendidikan seseorang, semakin mengecil skop pembelajarannya. Dan semakin banyak benda yang dia rasa dia tak tahu. Jadi, tak perlu pun anggap seorang doktor PhD tu bijak dalam semua segi. Diorang pun manusia juga sama je macam orang lain, tapi dia ada sedikit kelebihanlah. Macam tahap pemahaman yang lebih baik, blablabla lagi. Bergantung pada latar belakang dia lah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. tgk famili semua jenis belajo tak terkezut pun, dr kecik dah exposed kepentingan pendidikan.

kalau yg mak bapak tak sekolah, anak org asal, anak pertama masuk U, tu mmg dahsyat.. cabaran dioramg lain,  bila mak bapak adik beradik kena dibantu, ada yg sacrifice education nak tolong parents financially

itulah kenapa education perlu free, tax je lah lebih sikit. tp kat malaysia ni education antara lubuk kapitalis, berlumba2 vip bukak kolej private. dah la ipta banyak tu je lah dah berdekad pun.



Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 11:38 PM | Show all posts
Tahniah, rajin kome berdua blajo...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya.. bila pencen, akhirat jugak dikejar. Baru beria2 nak belajar  yg bergulung2 sijil dihadap berpuluh tahun hanya simpan sebagai kenangan saja … itulah yg saya alami skrg, ada master pun simpan aje skrg.. dah back to basic kejar la utk yg sana pulak
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:19 AM | Show all posts
diorg ni dulu mesti kuar dating sembang soklan kuiz je..
i soal you
you soal i
berlumba2 nk jawab full mark

hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 10:59 AM | Show all posts
woweee..hebatnya..

sebenarnya mmg terbaik mcm ni, fokus terus amik PhD muda2..

agaknya sebab bond biasiswa NZ tu kot diorang kena kerja dulu kt sana..

lagipun kalau balik sini pun x jamin ada kerja sekarang..maybe later boleh balik jd lecturer..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2021 11:23 AM | Show all posts
kongsi info lagi

Pensyarah IIUM Ini Siap PhD dalam 2 Tahun 8 Bulan Sahaja. Rahsianya Ialah…
08/23/2018

Assalamualaikum semua warga DSG,
Sebelum itu saya ingin meminta maaf kepada admin DSG dan warga DSG kerana menggunakan Bahasa Melayu (BM). Saya lebih selesa berkongsi dalam BM (mungkin juga rindu sangat dengan Tanah Air tercinta). Alhamdulillah thumma alhamdulillah saya selesai perjalanan PhD saya di Cranfield University, UK dalam bidang ‘Aerospace Engineering’ pengkhususan ‘Aero-gas Propulsion’ (Gas Turbine) dalam bulan Julai yang lalu (VIVA Voce). Saya salah seorang Academic Trainee UIA dibawah Biasiswa SLAB/SLAI. Perjalanan PhD saya mengambil masa 2 tahun dan 10 bulan (sampai siap Surat Senat). Saya menyiapkan thesis 2 tahun 8 bulan, sebulan selepas itu VIVA, dan kemudian pembetulan sehingga terima surat senat. Berbekalkan 4 ‘publication’ dalam ‘high-impact journal’ dan 2 kertas konferen antarabangsa telah banyak membantu saya.

Walaubagaimanapun, ini BUKANLAH bermakna kita cerdik atau pandai. Setiap pelajar PhD mempunyai perjalanan masing-masing yang UNIK dan setiap pelajar haruslah menikmati saat-saat indah menjadi seorang pelajar. Perlu diakui juga, perjalan PhD ini bergantung kepada REZEKI dan ‘LUCK’ masing-masing. Jangan pernah rasa malu atau rendah diri jika PhD anda mengambil masa yang lama. Nikmatilah saat-saat indah membuat penyelidikan. PhD juga bukanlah seperti suasana ijazah sarjana muda kita, dimana ada persoalan ‘right’ atau ‘wrong’ dalam setiap jawapan dalam kertas soalan anda. Ianya perjalanan dan penilaian oleh penyelia dan pemeriksa yang sama-sama manusia.

Suka saya berkongsikan beberapa perkara supaya kita mengambil pengajaran dan tauladan:

1. Persiapan awal dan rapi sebelum memulakan pengembaraan PhD anda.
Saya ‘apply’ lebih kurang 35 buah university seluruh dunia. Sehinggalah tapisan dan saringan (oleh Department, UIA, dan KPT) yang ketat dilakukan dan hanya 5 buah university sampai peringkat akhir iaitu ‘conditional offer letter’ diterima. Kenapa 5 buah university? Ianya adalah Plan A, B, C, D & E. Bukan senang menghadapinya kerana kita dibawah biasiswa dan hanya university pilihan sahaja yang dipilih mereka. 3 university yang akhir, saya membuat risikan yang lebih rapi lagi. PASTIKAN, ‘potential’ penyelia anda mempunyai kriteria-kriteria (yang saya rasa penting) seperti berapa ramai pelajar Masters/PhD nya yang pernah beliau menyelia, kadar kelulusan, ‘publication’ beliau, geran yang beliau pegang, ‘expectation/inclination’ beliau pada jantina, umur, keluarga, mahupun agama (terutama mereka yang belajar di luar negara). Ini adalah penting seperti memilih jodoh tapi berkontrak. Untuk menyelami lebih dalam lagi ‘potential’ penyelia tersebut, cuba merisik bekas-bekas pelajar beliau. Ini melalui ‘publication’ beliau. Saya juga mengakui kita mempunyai citarasa dan tajuk penyelidikan kita sendiri. Namun begitu, saya nasihatkan simpan dahulu citarasa itu dan ambil tajuk penyelia itu cadangkan asalkan ada kena mengena sedikit dengan citarasa kita. Pendek kata, kita minta bantuan orang untuk menyelia kita, kita beralahlah sikit-sikit. Jika sambung diluar negara, kenal pasti mereka yang belajar dan menetap disitu dari sudut menyewa rumah, kesihatan, pendidikan anak-anak, suasana tempat belajar, kos sara hidup, lesen kenderaan, pekerjaan sambilan, VISA ‘dependent’ dan sebagainya. Kita nak berhijrah, perlu persediaan yang sangat rapi. Lagi cepat kita ‘settled down’ lagi mudah kita belajar in sha Allah.

2. Sikap-sikap yang positif
• Berlapang dada: Terima segala bentuk ujian, cabaran baru, dan dugaan dengan hati yang terbuka. Jangan kita membanding-bandingkan apa yang orang lain perolehi dengan apa yang kita dapat terutamanya membandingkan sikap penyelia kita. Ini adalah kerana, kita yang memilih penyelia tersebut, maka hadapilah apa jua kerenahnya. Tuhan akan menguji kita kerana Dia tahu kita mampu in sha Allah. Ingat, ilmu itu cahaya, hanya hati yang bersih ilmu boleh memasukinya.
• Berani: Beranikanlah diri untuk menulis dan hantar ke jurnal-jurnal. Tiada salahnya jika jurnal anda ditolak dan bangkit balik untuk cuba baiki lagi. Lagi banyak kita menulis lebih mudah kita menyiapkan thesis kelak.
• ‘Be fair on every judgement’: Setiap argumen yang kita tulis dalam thesis perlulah lebih diplomatik dalam erti kata jangan kita berlebih-lebih dan buat ‘generalization’. Jika sekadar sebahagian dapatan, kita letak sebahagiannya sahaja tanpa menyebut keseluruhannya.
• Banyakkan menghulurkan bantuan: Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerimanya. Ini bukanlah sekadar wang ringgit, tetapi masa dan tenaga! Kita dah cuba sehabis baik, akan tetapi, pertolongan Tuhan yang sebaik-baik pertolongan. Tolong, bantu, dan mudahkanlah orang sekeliling supaya Tuhan bantu memudahkan kita kelak.
• Mendisiplinkan masa: Bahagikanlah masa anda sewajarnya. Saya memperuntukkan dari jam 8.30pg-15.30ptg di perpustakaan setiap hari untuk menyiapkan penulisan saya. Lain dari masa tersebut, habiskanlah masa dengan keluarga dan anak-anak. Mereka juga berhak untuk diberikan layanan yang sewajarnya. Bawalah mereka berjalan-jalan agar terpancar senyuman di wajah-wajah mereka. Keluarga gembira, hati kita senang untuk belajar.
• Sentiasa ‘ahead of schedule’: Jangan lengah-lengah untuk menyiapkan sesuatu. Kita tidak tahu apa akan jadi masa hadapan, mungkin kita jatuh sakit, keluarga kita sakit dan lain-lain perkara yang tak diingini.
• Memaafkan dan mendoakan orang lain: Ini amatlah penting supaya jiwa kita lapang dan mampu menyerap apa jua dugaan.
• SMART: Tidak semua orang memiliki ini. Ianya suatu ‘skill’ yang perlu diasah. Kenali diri anda betul-betul pada masa bilakah anda lebih produktif melakukan kerja dan membaca. Bagaimanakah cara anda belajar? Bagaimanakah anda mudah tangkap? Bagaimanakah anda menulis ‘literature review’ dengan mudah? Bagaimanakah anda ‘tackle novelty’? Bagaimanakah anda membaca jurnal dengan lebih cepat? Ya, anda boleh perolehi segala bentuk teor-teori ini dalam buku dan internet, tapi anda lebih kenal diri anda sendiri.

3. Pertolongan Tuhan
Dalam kita menelusuri perjalan PhD, ‘support system’ anda sangat memainkan peranan. Keluarga, jiran tetangga, dan rakan-rakan haruslah saling memberikan sokongan. Saya amat bersyukur, nenek dan kedua ibubapa saya setiap hari tidak pernah tinggal tahajjud dan solat hajat untuk anak-anak mereka. Walaupun itu diluar kemampuan kita, kita cuba perlahan-lahan untuk beristiqamah melakukan amalan-amalan kecil tapi memberikan impak. Contohnya, mengamalkan doa-doa pada waktu mustajab untuk berdoa (antara dua khutbah, antara azan dan iqamah, dan sebagainya), solat dhuha dan juga solat hajat. Setiap doanya itu, haruslah lebih spesifik pada apa yang kita hajati, in sha Allah. Seperti yang saya sebutkan diatas, tolong dan mudahkanlah manusia lain, ianya umpama magnet untuk menarik pertolongan Tuhan.

Itu sahaja sedikit perkongsian dari saya. Best of luck on your studies, research, and please enjoy every moment of your studies!!! In sha Allah.

Terima kasih DSG kerana banyak memberikan input-input yang berguna selama ini.

Sekian.

Hanafi Azami, PhD
.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2021 11:26 AM | Show all posts
kongsi info lagi

remaja.my
Terima PhD Pada Usia 25 Tahun, Dr Farah Kongsi Rahsia Belajar
Almaswa Haji Che Ros
6-7 minutes

Menjadi orang bijak tak perlu sampai masuk rancangan realiti popular. Rahsia orang bijak, boleh dilihat pada IQ (Kecerdasan Intelektual), EQ (Kecerdasan Spritual) dan SQ iaitu (Kecerdasan Emosional). Jika ketiganya digabungkan, barulah terserlah nilai diri seorang individu itu.

Ternyata, dengan kesungguhan, kita boleh mencapai apa yang dihajatkan. Tak ada apa yang mampu menghalangnya. Inilah yang berjaya dibuktikan oleh Dr Farah Hannan Anuar, yang menerima pengijazahan Doktor Falsafah (PhD) termuda dalam negara dari universiti luar negara.

Dr Farah berjaya memperoleh PhDnya pada usianya 25 tahun 7 bulan dari  University Collage Dublin (UCD), Ireland dalam bidang  Polymer Synthesis. Hebatkan!

Biar kenangan itu sudah lima tahun berlalu, Dr Farah yang kini berusia 31 tahun, berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan, Fakulti Sains Dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sudi berkongsi rahsia caranya belajar.

Sebenarnya bukan mudah menyiapkan kajian tesis peringkat PhD namun hanya dengan kesungguhan, Dr Farah berjaya membuktikan anak Melayu boleh berjaya.
Dr Farah menerima PhD ketika usianya 25 tahun, fantastic..

Apa rahsia kejayaannya?

Saya menjadikan ayah, Brig. Jen (B) Dato Anuar sebagai inspirasi. Sejak sekolah, saya tengok ayah tak pernah berhenti belajar sehingga beliau menggenggam ijazah dan berada pada kedudukannya.

Selain itu, kita kena yakin pada diri sendiri. Saya selalu berkata di dalam hati,  ingin memperoleh PhD sebelum usia  25 tahun. Ya saya berjaya mencapainya biarpun sebenarnya saya mampu menerimanya lebih awal tetapi pensyarah telah menetapkan saya mesti menghabiskan kajian tesis selama empat tahun,” katanya memulakan bicara dalam satu pertemuan di UKM.

Untuk berjaya, saya sendiri agak santai orangnya tetapi hidup saya setiasa mempunyai jadual atau perancangan. Contohnya dalam sesuatu semester (di sekolah dan di universiti) saya sentiasa ada  jadual mingguan.

    “Tak kira saya patuh atau leka dengan jadual tersebut tetapi yang penting perancangan mesti ada. Sekurangnya kita sedar bila “terleka” dan saya akan kembali.

    “Dan saya sentiasa “target” melebihi daripada apa yang diingini kerana itu akan memotivasikan saya untuk berusaha lebih. Jangan sesekali berputus asa kerana Allah sebaik-baik perancangan.

    “Untuk berjaya juga, komunikasi dengan mereka yang lebih matang selain menjaga hubungan dengan keluarga, guru dan pensyarah adalah rahsia saya,” katanya memaklumkan dia kerap bertemu kaunselor dan para pensyarah.

    Awalnya hanya bual-bual biasa  tetapi akhirnya saya berkongsi stres yang dialami dan kemudian menerima nasihat yang diberikan oleh mereka dengan hati terbuka,”katanya mengukir senyuman.

Dr Farah berjaya buktikan anak Melayu memang bijak

Susah tak habiskan PhD pada usia muda?

Memegang ijazah PhD pada usia 25 tahun ada cabarannya. Dari aspek kerjaya ada yang tak yakin dengan potensi untuk saya melakukan sesuatu tugasan kerana usia muda. Tetapi pada masa yang sama, saya mempunyai jangkaan yang tinggi.

Semasa penyelia menyatakan dia memperuntukkan  empat tahun untuk saya menyelesaikan penyelidikan, saya mula risau. Kerana ini bermakna saya mungkin tak berpeluang menggenggam PhD sebelum usia 25 tahun.

    “Saya berusaha bersungguh-sungguh  untuk mengubah fikiran penyelia dengan menyelesaikan kerja dengan segera sehingga pulang lewat malam.

    Tetapi semakin cepat kerja saya, semakin banyak pula tugas lain diberikan (sehingga akhirnya tesis PhD saya mengandungi dua projek penyelidikan) iaitu Part 1: Triblock an Multiblovk Copolymers Polylactide and Polysiloxane Segments dan Part 2 Polymerization Of 3- Methyl -# tertbutylcyclopropene using Palladium (11) Catalysts.

Tapi kata orang, kematangan akan datang seiring dengan perkembangan usia. Dan saya sudah berani melakukannya kerana menyedari potensi diri sendiri,” katanya penuh semangat.

Berjaya mencapai impiannya mahu ada PhD pada usia 25 tahun, Dr Farah juga ada impian berkahwin pada usia itu tetapi ternyata perancangan Allah buatnya berbeza. Selepas bekerja di UKM, ternyata jodohnya ada di situ. Kini beliau mempunyai anak seorang.

Bidang kerjaya dan penyelidikan terkini

Saya mengajar subjek Kimia Polimer selain bidang seperti instrumentasi dan teknik pencirian. Dari segi penyelidikan, saya gemarkan penyelidikan yang fundamental iaitu sistesis polimer baharu.

Terkini, kajia saya banyak menggunakan Poli (asidlaktik) iaitu polimer berasaskan bio dan boleh urai dan poli (etilena glikol) iaitu polimer yang serasi dengan kegunaan tubuh badan manusia.

Oleh kerana latar belakang saya sintesis polimer (pembuatan polimer baharu), saya banyak bekerjasama dengan penyelidik lain untuk mengaplikasikan polimer  yang disintesis.

Ahli sains berperanan penting untuk mengkaji masalah semasa, mencadangkan penyelesaian dan memberi kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat untuk lebih peka terhadap persekitaran mereka.

Sedikit latar belakang Dr Farah

    Anak ke dua dari enam beradik.
    Bapanya Brig. Jen (B) Dato Anuar bin Sabtu dan ibunya, Datin Asmah Ab Ghani. Semasa sekolah rendah banyak berpindah randah sebab bapanya tentera.
    Masa darjah 3, Dr Farah lompat kelas ke tahun 5 selepas lulus Peperiksaan Tahap Satu (sistem ini sudah dimansuhkan oleh Kementerian Pendidikan).
    UPSR (1998):- 5A
    PMR (2001) :- 8A
    SPM  (2003): 8A1, 1A2
    Sebelum SPM diumumkan, dirinya diterima masuk ke  Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia selama 6 bulan.
    Jun 2004, mendaftar masuk sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kimia) pada usia 17 tahun.
    Graduasi pada usia 20 tahun (2007) dengan Kepujian Kelas Pertama UTM.
    Seminggu selepas graduasi, dirinya ditawarkan sebagai Tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan seterusnya melanjutkan pengajian ke University Collage Dublin (UCD), Ireland pada April 2008 atas biasiswa dari UKM.
    Oktober 2012, mesyuarat Senat UCD mengesahkan pengijazahan  Doktor Falsafah dalam bidang Polymer Synthesis pada usianya 25 tahun 7 bulan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 10:13 AM | Show all posts
hebat dua2
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.927102 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list