CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6952|Reply: 34

[UPDATE]#18 Yah Kuchai anak pemandu bas kilang JERRKK

  [Copy link]
Post time 9-6-2021 11:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 13-6-2021 11:16 AM

Tak sangka Yah Kuchai popular



Kuala Lumpur: Dialog 'mi kari kuah laksa' dalam Kampong Pisang Bersiri-Siri tidak semena-mena membuatkan watak Yah Kuchai menjadi tular dalam kalangan peminat siri arahan Mamat Khalid itu.

Watak lakonan pendatang baharu, Area Deanna Baharudean, 21, itu kembali menarik perhatian dalam filem 18 Puasa Di Kampong Pisang dan terbaru, Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa.

Afea ketika dihubungi berkata, pada mulanya dia malu apabila diminta membawa watak itu.

Menurut gadis berasal dari Tanjung Piai, Johor ini, dia juga tidak tahu bagaimana rupa Yah Kuchai, selain sukar membayangkan watak mengikut kehendak Mamat.

"Sebelum penggambaran dibuat, abang Mamat menerangkan mengenai watak Yah Kuchai, cuma dia tak terangkan siapa sebenarnya Yah Kuchai.

"Semasa disolek pada hari penggambaran, baru saya tahu Yah Kuchai seorang gadis kampung yang memakai pakaian lama bersaiz besar.

"Sepatutnya gigi Yah Kuchai jongang tapi kerana untuk buat gigi palsu kena ambil masa agak lama, gigi saya terpaksa diconteng untuk menampakkan seperti rosak," katanya kepada Harian Metro.

  


Afea yang juga pelatih praktikal Diploma Bahasa Inggeris di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim berkata, peluang berlakon diperoleh apabila bekerja sambilan sebagai pelayan di restoran Sarang Art Hub milik Mamat.

Afea berkata, dia terkejut dan hairan apabila wataknya tular sedangkan ia bukanlah satu watak yang hebat. "Selepas itu baru saya nampak, dari segi mata orang lain Yah Kuchai ada personaliti tersendiri yang jarang orang nampak dalam filem.

"Bayangkan seorang perempuan sanggup berlakon seperti ini. Awal-awal kerjaya sudah berani bawa watak begini yang jarang dibuat pelakon lain.

"Apapun kawan-kawan tetap panggil saya dengan nama Afea. Cuma orang yang baru kenal atau peminat filem ini panggil saya dengan nama Yah Kuchai," katanya yang berhasrat menjadi guru atau penulis buku.

  


Afea mengakui ada segelintir pihak yang mempermainkannya dengan gelaran nama itu termasuk di Instagram, namun dia tidak ambil hati dan menganggapnya sebagai gurauan.
  


Ditanya sekiranya ditawarkan berlakon watak hampir serupa oleh syarikat produksi lain, Afea dengan tegas menolak.

"Kalau watak atau nama sama dengan Yah Kuchai, saya takkan terima kerana saya hormat hasil karya Mamat Khalid.

"Saya rasa seperti menghina hasil karya abang Mamat kerana dia memang bekerja keras memerah otak untuk reka watak ini. Ia sukar dan hanya dia seorang faham Yah Kuchai. Saya tak nak mempergunakan watak ini. Asalkan bukan watak tiga suku serta meniru ciri-ciri Yah Kuchai, saya akan terima," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2021 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Yah kuchai ni belakon bagus tapi intebiu tak chill pulak. Tengok kat youtube sheol kekok buat mati mood. Alahai dik, ko ingat senang ke nak buat orang ramai sayang kat kita. Dapat watak lejen lagi.
Belajor le jawab soalan lebih berisi macam geng pelawak. Untung2 org jemput ko lagi. Boleh jadi pengganti jihan
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Xblh blah bula dia try ngorat pak jabit dgn fefeling lawa dingorat oleh setaz kazimmm
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Yah punya ex-bf komunis
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 09:57 AM | Show all posts
mamat khalid ni agaknya dia bayangkan watak2 orang kampung dia kot...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 10:04 AM | Show all posts
yah kucai lagi best dia belakon dari jihan.. sekian.. jihan da bole beransur
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2021 10:08 AM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 10-6-2021 01:13 AM
Xblh blah bula dia try ngorat pak jabit dgn fefeling lawa dingorat oleh setaz kazimmm

ustaz kazim :  kamu nie bila nak bertudung?
yah kucai : ustaz kan dah kawin ...

geng kampung pisang :
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 10:13 AM | Show all posts
muka mcm jihan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2021 10:22 AM | Show all posts
Lagi lawa dari jihan dia ni, jihan masa awal2 dulu ya ampon
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 10-6-2021 02:19 AM
Yah punya ex-bf komunis

Bukan ex bf tapi tunang hahahah
Ulang2 tgk scene ni, konpiden je pak karim kata aku kenal yah kuchei ni sejak dia umur 15 tahun.
Tunang dia seorang pejuang sekali pejuang haluan kiri rupanya.

Soalnya berapa umur yah kuchei ni sbb tunannya komunis, cite ni sebenarnya berlaku tahun bila eh.
Mesti sekitar 90an kot kalau ikut stail pakaian dorang dan tepon pak din tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
msamyrazi replied at 10-6-2021 10:08 AM
ustaz kazim :  kamu nie bila nak bertudung?
yah kucai : ustaz kan dah kawin ...


Dalam muzikal raya dia terperasan ngn pak jabit plak katanya pak jabit asik ngekor dia je.
Antara 18 puasa ngn muzikal raya iols suka muzikal raya lagi sbb lebih santai dan lagu2 best nk plak pelakon2 tu sendiri yg nyanyi.
Suara bell sedap juga,awie nyanyi lagu jamal dgn stail dia sendri pun sedap.
18 puasa tu agak mendalam jd serba salah nak gelak ke nk insaf ni hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
msamyrazi replied at 10-6-2021 10:08 AM
ustaz kazim :  kamu nie bila nak bertudung?
yah kucai : ustaz kan dah kawin ...


U tgk tak dia ngorat pak jabit dlm muzikal tuh? Lagi xleh blah wehhh..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagu2 dalam kampung pisang muzikal raya semua best



Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 10-6-2021 10:43 AM
Bukan ex bf tapi tunang hahahah
Ulang2 tgk scene ni, konpiden je pak karim kata aku kenal yah kuc ...

Heheh.. Tu lah confuse umur si yah ni.. Timeline dorg ni pelik
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 10-6-2021 07:43 PM
Heheh.. Tu lah confuse umur si yah ni.. Timeline dorg ni pelik

Kalau ikut kata yah kuchei dia jd 3 suku sbb bidan jatuhkan dia masa lahir dulu.
Tp kalau tgk dlm muzikal tu pak karim mcm nak kata yah tu gitu sbb tunang dia mati kan.

Iols nk gelak org kg pisang ni hias umah kemain lawo nk raya tp ujung2 siang malam pagi ptg sampai pg raya lepak kedai pak jabit gak hahah
Malam raya pun berbuka kat kedai pak jabit, kuat betul bonding memasing.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
lavieenrose replied at 10-6-2021 10:57 AM
Lagu2 dalam kampung pisang muzikal raya semua best

Best terubat rindu raya yg meriah dikg halaman.
Nak teriak rasa tgk umah2 depa hias penuh punjut bagai pastu merewang utk sambut raya bagai tu.
Alahai rindu wehh taktau bila lagi dapat nikmati suasana gitu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2021 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Abang mamat?
Hahahaha adoi geli
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2021 11:15 AM | Show all posts
Yah Kuchai pelayan restoran, anak pemandu bas kilang



Afea Deanna Baharudean

Kuala Lumpur: Di sebalik lakonan selamba dan dialog 'mi kari kuah laksa' dalam Kampong Pisang Bersiri-Siri yang tular, tiada siapa tahu kegetiran hidup pelakon watak Yah Kuchai ini.

Afea Deanna Baharudean, 21, berkata, dia yang bergelar pelatih Diploma Bahasa Inggeris dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim memohon kerja sambilan sebagai pelayan di restoran Sarang Art Hub milik pengarah siri ini Mamat Khalid.

Afea yang turut popular menerusi filem 18 Puasa Di Kampong Pisang dan Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa ketika dihubungi berkata, dia mahu mencari duit poket sendiri dan tidak mahu membebankan kedua ibu bapanya.

"Saya anak ketiga daripada lapan adik beradik. Ayah belum pencen sebagai pemandu bas kilang. Namun disebabkan operasi kilang terjejas akibat Covid-19, pendapatan berkurangan.

"Ibu pula dulu kerja kilang tapi sudah setahun terpaksa berhenti kerja untuk menjaga adik bongsu berusia setahun lebih yang ada ekzema dan sawan.

"Alhamdulillah apabila uncle Mamat tawarkan saya berlakon, sekurang-kurangnya saya ada pendapatan dan dapat bantu mereka," katanya kepada Harian Metro.

Gadis berasal dari Tanjung Piai, Johor ini berkata, sekiranya ada tawaran daripada mana-mana penerbit selepas ini, dia akan menerimanya.

"Saya memang cari rezeki sekarang. Dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) keadaan ekonomi keluarga saya agak terjejas. Biasalah orang pun tak pandang sangat bila susah.

"Bagaimanapun saya akan terima tawaran sekiranya watak atau nama tidak sama dengan Yah Kuchai kerana saya hormat hasil karya uncle Mamat. Saya boleh bawa watak lain.

"Saya pernah terbabit dalam teater di bawah pengajian Diploma Bahasa Inggeris UPSI pada 2019. Watak saya sebagai wanita yang dicurangi. Sayangnya teater ini tak dapat dipentaskan akibat masalah kewangan," katanya.

Ditanya reaksi kedua ibu bapanya apabila dia bergelar pelakon, Afea berkata kedua-duanya mempunyai pandangan berbeza.

"Ayah tak mengharapkan saya jadi pelakon atau penyanyi kerana tahu saya bagus dalam akademik. Dia mengharapkan saya menjadi guru atau penulis.

"Manakala ibu pula suka saya menyanyi. Apabila dia tahu saya masuk filem muzikal, dia amat gembira dan menangis terharu," katanya yang turut meminati bidang nyanyian.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 11:27 AM | Show all posts
Best x kg pisang muzikal?
Ada lg ke eh kt asteruk first?

Aritu beli 18 puasa hurmmm x best sgt
Tp part yah kucai ngn ustaz kazim tu lawak la

Hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
power jugak suara Yah Kuchai nyanyi lagu Madah Berhelah.. scene lepas dia merelakan diri kena rogol dengan orang minyak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.070044 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list