View: 38177|Reply: 455
|
[Tempatan]
81 peratus lot kediaman Lembah Klang dibeli semata-mata samada jual semula, tak
[Copy link]
|
|
81% of residential property buys in Klang Valley went to investors
09 Jun 2021 / 14:33 H.
ASYRAF RASID/ THESUN
PETALING JAYA: Investors make up a majority of residential property purchases in the Klang Valley in 2020 at 81.1%, and they are increasingly turning their attention towards sub-sale properties.
“The sub-sale residential property market in Malaysia has seen steady growth in the last few years, and this upward trend is further accelerated by the effects of the pandemic,” MyProperty Data managing director Joe Hock Thor said today.
“There is a rise in overall interest in the secondary market as some property owners are selling their assets at lower prices to maintain liquidity, creating opportunities for investors to acquire them below market value.
“The Real Property Gains Tax exemption has also driven some investors to cash in their existing assets and make a profit. This is reflected in the spike in the average number of subsale listings tracked on PropertyGuru.com.my, which grew by 21.3% between 2019 to 2021.”
MyProperty Data is Malaysia’s largest online property data company under PropertyGuru.
The economic downturn in 2020 has led to a 47.2% drop in total number of residential property transactions in Klang Valley.
However, the impact is largely seen among first-time home buyers, which used to comprise 55.5% of total property purchases in the area in 2019 but has since then dropped to 18.9% in 2020.
Meanwhile, appetite for residential properties in the area remains strong among investors, with a 36.6% YoY increase in investor activity from 2019 to 2020.
This change in trend could potentially be attributed to first-time home buyers being more wary of the current situation, with complications and challenges presented by Covid-19 spurring them to take a wait-and-see approach, as purchasing a home can be a major financial decision for this segment of buyers.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni terduduk la, ada ke org nak menyewa dgn harga 1500 setakat teres 2 tingkat dgn keadaan ekonomi yg slow ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pelabur tumpu hartanah subsale
SEBAHAGIAN besar hartanah kediaman yang dibeli di Lembah Klang pada tahun lalu dibuat oleh pelabur dengan unit sekunder atau subsale menjadi pilihan utama.
Menurut MyProperty Data, syarikat data hartanah dalam talian terbesar di Malaysia di bawah PropertyGuru, sebanyak 81.1 peratus pembelian hartanah kediaman di Lembah Klang pada tahun lalu dibuat pelabur dengan menumpukan perhatian kepada hartanah subsale.
Pengarah Urusan, MyProperty Data, Joe Hock Thor berkata, pasaran hartanah kediaman subsale di Malaysia menunjukkan pertumbuhan stabil dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan trend kenaikan ini semakin dipercepat oleh kesan pandemik.
"Minat keseluruhan terhadap pasaran sekunder meningkat kerana sebilangan pemilik hartanah menjual aset mereka dengan harga yang lebih rendah untuk mengekalkan kecairan, mewujudkan peluang bagi pelabur untuk memperoleh hartanah di bawah nilai pasaran.
"Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) juga mendorong sebilangan pelabur untuk menjual aset sedia ada dan memperoleh keuntungan. Hal ini dapat dilihat dari lonjakan jumlah purata penyenaraian subsale yang dijejaki di PropertyGuru.com.my yang meningkat 21.3 peratus antara 2019 hingga tahun ini," katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, kemerosotan ekonomi pada tahun lalu menyebabkan jumlah transaksi hartanah kediaman di Lembah Klang menurun 47.2 peratus.
"Bagaimanapun, kesannya amat ketara dalam kalangan pembeli rumah kali pertama yang merangkumi 55.5 peratus daripada jumlah pembelian hartanah di kawasan berkenaan pada 2019, namun menurun 18.9 peratus pada tahun lalu," katanya.
Sementara itu, menurutnya, permintaan hartanah kediaman di kawasan itu kekal kuat dalam kalangan pelabur dengan peningkatan aktiviti pelabur tahun ke tahun sebanyak 36.6 peratus dari 2019 hingga tahun lalu.
"Perubahan trend ini mungkin disebabkan oleh pembeli rumah kali pertama lebih berwaspada terhadap situasi semasa memandangkan komplikasi dan cabaran yang dibawa oleh Covid-19.
"Ia mendorong mereka untuk mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' kerana membeli rumah boleh menjadi keputusan kewangan yang cukup besar untuk pembeli segmen ini," katanya.
Katanya, hal ini disokong penemuan dalam PropertyGuru's Consumer Sentiment Study pada separuh pertama tahun ini mendapati 58 peratus rakyat Malaysia berusia 22 hingga 29 tahun menangguhkan hasrat membeli rumah kepada satu hingga lima tahun kerana kesan Covid-19 terhadap ekonomi, pekerjaan dan pendapatan.
Disiarkan pada: Jun 10, 2021 @ 7:30am
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sebab terlalu byk lambakan sifu hartanah yg dok probok2 beli hartanah utk pelaburan...salah satunye dr ajijul ajli |
|
|
|
|
|
|
|
tau sangat dah...
pulak tu, assumed demand ni first buyer, lepas tu cater on fake demand...
melambak sana sini...
dah terbeli, tak mampu nak bayar hidden fee bulanan JMB,
dari jenis srata dah melarat ke jenis landed..
hidden fee bulanan ke JMB ni la ramai yang sangkut..
jutawan sublet?
jutawan homestay?
jutawan property?
ownership pun >80% bank punya, gebang sana sini.
mari scammer buat lagi seminar jutawan. |
|
|
|
|
|
|
|
aemon replied at 10-6-2021 08:14 AM
sebab terlalu byk lambakan sifu hartanah yg dok probok2 beli hartanah utk pelaburan...salah satunye ...
Diorang pun terpaksa buat gitu sbb nak sustain harga properties diorang... diorg kena speculate.. |
|
|
|
|
|
|
|
Teres kat cheras bawah 1000 boleh dapat sekarang ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Huhu..ai nak padan kn muka y jenis beli rumah byk2,pstu bg sewa harga firaun..flat y nak runtuh penuh smpah sarap pn nak cekik smpai rm900..ptt laa every year boleh g melancong luar negara.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg untung
yg buat seminar pasal hartanah
yg buat seminar pasal nk bangunkan usahawan time pandemik
ni lagi bijak
|
|
|
|
|
|
|
|
Byknya duit depa nak beli reta byk2.. |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 10-6-2021 08:34 AM
Diorang pun terpaksa buat gitu sbb nak sustain harga properties diorang... diorg kena speculate..
Tapi harga property jatuh teruk kini |
|
|
|
|
|
|
|
Weco replied at 10-6-2021 08:55 AM
Tapi harga property jatuh teruk kini
Hahaha tu lah... tahun 2018 -2019 is the best time jual.. masa mula2 MCO byk waived SPA stanp duty.. mmg sesuai sgt jual hartanah... now is already too late, mereka mampu cut losses je laa now
I tengok ni precint 8 ayer 8 putrajaya ni rega market value rm 3.3 mil, launching rm 2.5 mill .. now subsale jatuh tergolek2 tinggal rm1.5 mil jurrrr... |
|
|
|
|
|
|
|
ada sample tak harga property jatuh ye?m ke subsale yg jatuh?
sbb tgk iklan new condo kat seri kembangan rm400k kecik namampus.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tauke2 tu le beli time pecah tanah...early bird sale. Lepas tu dah siap... depa jual mark up la melampau-lampau.
Diaorang tu la propa konon good investment bagai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bak kata pepatah Turkmenistan, properties syuwer gos hap wang |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 bank pon sekongkol.. soft launch sumer geng depa..
bila nak jual kat marhaen, rega dah terlampau tinggi...
giteww...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tipahketipung at 10-6-2021 02:30 AM
Iyor lah... bank nak ikat ler tu buek loan.
Bayor la sampai ke tua 500k, 1 bilik, 2-3 langkah and....
good investment katanya dekat LRT.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mengarut betul harga rumah apartment tak sampai 1000sqft tapi harga lebih rm300k.
Nasib baik ada skim macam rumah selangorku, walau tak berapa besar just 1000sqft, tapi at least tak seyahudi harga lain. |
|
|
|
|
|
|
|
pergi je tengok kt dlm ipropety klik kat condo/rumah mana2.
nanti ada graf...byk down at least 30%-40%.
|
|
|
|
|
|
|
|
tgk tmpt... dolu2, bank siap block 2-3 level apartment condo sbb nak jual kat foreigners... tapi itu jaman sblm pandemik laa.. now tak pasti.. sbb foreigners pun tak mai masuk..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|