CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 935|Reply: 0

Misi serampang tiga mata Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 10-6-2021 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Misi serampang tiga mata Harimau Malaya


Pemain skuad kebangsaan menjalani latihan di Dubai. FOTO Ihsan FAM

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya bukan sahaja memburu kemenangan ke atas Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum awal pagi Sabtu ini, malah turut mempunyai dua lagi misi peribadi yang harus dilunaskan.

Berdasarkan rekod pertemuan lalu, skuad Harimau Malaya hanya mampu melakar seri dalam lima aksi kedua-dua pasukan sejak 2016 dengan selebihnya skuad negara tumbang di tangan Vietnam.

Bukan itu saja, rekod pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe juga tidak begitu baik apabila gagal mencatat kemenangan dalam empat aksi di bawah kendaliannya sejak dilantik pada Disember 2017.

Lantas, misi serampang tiga mata itu bakal menjadi azimat terbaik buat pemain negara untuk memastikan badi buruk berdepan skuad Naga Emas berakhir di bumi Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Jelas Cheng Hoe, anak didiknya kini dalam 'mood' terbaik dan sudah bersedia sepenuhnya menghadapi pertemuan hidup mati itu.

"Kita nampak dari segi permainan setiap hari (sesi latihan), kita nampak peningkatan cukup baik dan kita harap mereka mampu mengalas tugas nanti," katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Ujarnya lagi, barisan pertahanan turut menunjukkan peningkatan dan beliau percaya gandingan empat tonggak iaitu Corbin Ong, Matthew Davies, Dion Cools dan Aidil Zafuan Abd Radzak mampu mengekang jentera serangan Vietnam.

Malah, Cools yang baharu menyertai pasukan juga sudah menunjukkan persefahaman yang baik bersama rakan sepasukan.

"Kita nampak dia (Cools) seorang yang ada karektor dalam pasukan dan dia juga boleh bagi arahan di pertahanan kerana dia sudah bermain di Eropah.

"Itu sedikit sebanyak bagi kita kestabilan dan keseimbangan dalam pasukan. Saya rasa pemain lain juga bekerja sama dengan baik, dan lawan Vietnam, kita harap dia boleh beraksi baik dengan kapten, Aidil yang pengalaman luas bersama skuad kebangsaan," katanya.

Skuad negara yang tewas 0-4 kepada UAE minggu lalu wajib melakar kemenangan bertemu Vietnam bagi menghidupkan peluang mara ke pusingan seterusnya sebelum menentang Thailand pada aksi terakhir 15 Jun ini.

Ketika ini Malaysia di kedudukan keempat Kumpulan G dengan sembilan mata, sementara Vietnam, UAE dan Thailand di depan menerusi pungutan 14, 12 dan sembilan mata.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.857754 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list