CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2001|Reply: 2

Meninggal Seawal Usia 24 Tahun, Ini Kisah Si Aktor Tampan James Dean

[Copy link]
Post time 10-6-2021 07:02 PM | Show all posts |Read mode
Meninggal Seawal Usia 24 Tahun, Ini Kisah Si Aktor Tampan James Dean



Sebab utama kemalangan ngeri yang melibatkan pelakon James Dean masih tidak dapat dipastikan sehingga kini. Namun apa yang pasti, pada 30 September 1955, aktor ini yang berusia 24 tahun pada ketika itu telah kehilangan nyawanya.

Pada hari berlakunya kemalangan yang meragut nyawanya itu, James Dean sedang bersiar-siar di sepanjang California bersama dengan seorang rakan, Rolf Wütherich. Rolf Wütherich juga merupakan seorang mekanik dan pelumba kereta dari German. Dikhabarkan mereka sedang dalam perjalanan ke satu acara perlumbaan kereta dan Dean sangat meminati acara tersebut.

Malang tidak berbau, terdapat sebuah kereta lain yang datang dari arah bertentangan dan memintas Porsche yang dipandu Dean. Dean, yang sudah mendapat peringatan beberapa kali daripada pihak polis, memandu terlalu laju dan beliau tidak sempat untuk mengelak.

James Dean meninggal di tempat kejadian. Impak pelanggaran terlalu kuat menyebabkan leher Dean patah.


Rakannya, Wütherich, tercampak keluar daripada Porsche Spyder berwarna perak yang dipandu Dean.  Nasib menyebelahinya, Wütherich terselamat.

Impiannya Adalah Untuk Menjadi Seorang Pelakon

James Dean, atau nama sebenarnya James Byron Dean, dilahirkan pada 8 Februari 1931. Semasa kecilnya Dean dibesarkan di kawasan perladangan di Indiana, Amerika Syarikat.



Sebagai seorang kanak-kanak, Dean sangat meminati seni dan muzik, bermain violin, menghasilkan tembikar, dan beliau juga sempat belajar tarian tap.

Namun impiannya hanya satu: James Dean ingin menjadi seorang pelakon.

Kehidupan dan Keluarga

Semasa usianya menginjak umur 9 tahun, keluarganya telah berpindah ke California dan ibunya meninggal kerana penyakit kanser yang dihidapinya.

Bapa Dean telah menghantarnya untuk tinggal bersama dengan bapa saudaranya di Indiana semula. Jauh di sudut hati kecil Dean, beliau tidak menyukainya.



Di bangku sekolah tinggi, James Dean terlibat dengan kumpulan teater sekolahnya.

Pemuda yang bakal menjadi seorang artis terkenal ini sangat suka memandu. Pada waktu itu, James Dean sangat tertarik pada lumba motosikal walaupun dia masih belum mempunyai sebarang lesen memandu.

Dean sempat memberitahu pengetua sekolahnya, “Hobi saya, atau apa yang akan saya lakukan pada waktu senggang adalah berkaitan dengan motosikal.”

“Saya ada banyak pengetahuan mekanikal tentang motosikal, dan saya suka menunggangnya. Saya pernah menyertai beberapa perlumbaan dan saya buat dengan baik.”

Permulaan Baru Di Kota New York

Selepas tamat sekolah tinggi, Dean kembali semula ke Californai dan tinggal bersama dengan bapanya. Segalanya membuatkan rasa minatnya membuak-buak – industri perfileman, filem, dan studio berhampiran Hollywood membuatnya asyik.

Pada tahun 1949, beliau telah mendaftarkan diri sebagai seorang mahasiswa di Kolej Santa Monica dengan mengambil asasi undag-undang sebagai jurusannya. Beliau tidak meminatinya, hanya saja dirinya mengikuti kehendak bapanya.

Oleh kerana itu, Dean mengambil kelas lakonan dan bengkel berkaitan lakonan di University of California, Los Angeles (UCLA) untuk meneruskan pengajiannya dalam jurusan Drama.

Diberi Kepercayaan Untuk Menyandang Watak Utama

James Dean ditawarkan untuk memegang watak utama untuk filem East of Eden oleh pemenang Oscar, Elia Kazan. Beliau adalah pengarah yang telah memilih Dean untuk melakonkan watak Cal dalam filem itu. East of Eden adalah sebuah filem adaptasi daripada novel bertajuk sama tulisan John Steinbeck.


Kazan tahu, mengambil seseorang yang tidak punya pengalaman berlakon untuk filemnya adalah sangat berisiko, tetspi tindakannya itu membuahkan hasil.

Watak yang disandangnya itu telah membuatkan Dean tercalon untuk anugerah berprestij Oscar.

Jiwanya Tetap Hidup
Dean sudah dapat membayangkan bahawa kejayaan yang diraih bakal berlaku lagi untuk filem keduanya, Rebel Without a Cause (1955). Pada tahun 1956, beliau melakukan penggambaran untuk filem keduanya, Giant.

Filem ini memaparkan sekumpulan anak muda dengan jiwa yang memberontak pada era 1950-an.

Sayang seribu kali sayang, James Dean hanya sempat merasai dan merayakan kejayaan filem pertamanya. Kemalangan yang meragut nyawanya itu berlaku sebelum sempat filem kedua dan ketiga lakonannya ditayangkan.

Dean diangkat menjadi ikon pop sepanjang zaman di usia 24 tahun. Gayanya yang kasual, cara pemakaiannya yang terlihat ‘cool’, juga gaya rambutnya seringkali menjadi tumpuan lensa kamera dan menjadi tarikan di pentas fesyen.

https://cdn.statically.io/img/i0 ... lity=100&f=auto

Jenazah Dean dikuburkan di tempat kelahirannya, Indiana.

Setelah kematiannya, watak-watak yang sepatutnya dilakonkan oleh Dean digantikan oleh pelakon Paul Newman.

James Dean telah meninggal dunia 65 tahun lalu, namun dirinya akan sentiasa diingati.

Kini, satu muzium kecil di Indiana telah diwujudkan bagi memperingati ikon terkenal dunia itu. Persimpangan di mana kemalangan yang meragut nyawanya berlaku telah dinamakan semula sebagai James Dean Memorial Junction.



Sumber:
DW
https://tehtarikgelasbesar.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2021 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Good looking, muka budak2 lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
90an ada seluar jean jenama dia..tak pasti ori ke thailand mari.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.074896 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list