CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1634|Reply: 0

5 Bandar Rahsia Yang Dahulunya Disembunyikan Daripada Umum

[Copy link]
Post time 10-6-2021 07:17 PM | Show all posts |Read mode
5 Bandar Rahsia Yang Dahulunya Disembunyikan Daripada Umum



Jika sesebuah negara itu perlu menjalankan ujian rahsia atau untuk memastikan mereka mempunyai tempat yang selamat bagi melaksanakan sesebuah misi besar, mereka kebiasaannya akan membina pangkalan yang tidak diketahui oleh orang awam.

Kebanyakkan pangkalan atau bandar rahsia ini dibina di kawasan yang terpencil atau di bawah tanah. Ia bagi memudahkan projek yang hendak dilaksanakan supaya terhindar daripada segala ancaman.

Konsep sebegini sangat terkenal suatu ketika dahulu dan jika dilihat pada waktu ini, ia sudah tidak relevan kerana teknologi yang canggih serta kepantasan internet pasti akan mengesan setiap pelusuk bandar rahsia ini.

Ini lima bandar rahsia yang pernah disembunyikan daripada orang awam:

5. Oak Ridge – Amerika Syarikat


Pada tahun 1943, Perang Dunia II berada di kemuncak dan tentera sekutu berusaha untuk menghasilkan sesuatu untuk mengakhiri perang iaitu dengan menghasilkan bom atom.

Bandar rahsia Oak Ridge yang terletak di barat Knoxville, Tennessee dipenuhi dengan ribuan pekerja, tentera dan juga saintis.

Namun, semua pihak tidak dapat mengesan bandar ini dalam mana-mana peta kerana mereka sangat bekerja keras untuk Projek Manhattan iaitu merupakan salah satu rahsia yang disimpan erat ketika Perang Dunia II.

Para pekerja tidak diberitahu perkara sebenar tentang projek yang dijalankan itu.

Kira-kira 60,000 ekar tanah di sekitar Oak Ridge telah dibeli oleh kerajaan persekutuan untuk memastikan bahawa mereka mempunyai ruang yang cukup untuk memastikan matlamat projek tercapai tanpa diketahui oleh pengintip.

Oak Ridge dibina untuk menapis bijih uranium bagi menghasilkan senjata nuklear yang akan menguasai abad ke-20.

4. 404 – China


Bandar rahsia ini juga dirahsiakan dari dunia luar dan digunakan untuk membuat senjata nuklear.

Beberapa laporan mengatakan bahawa bandar itu mempunyai hampir sejuta penghuni dan ada juga sumber mengatakan hanyalah 100,000 orang.

Walau bagaimanapun, disebabkan penduduk China pada waktu itu melebihi 600 juta penduduk, anggaran sejuta orang penghuni bandar rahsia itu mungkin benar.

Bandar yang mula dibina pada tahun 1954 ini terdiri daripada seluruh pelusuk masyarakat yang semuanya dipilih sendiri oleh kerajaan China. Ia bagi membolehkan negara itu bersaing dengan negara kuat seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet untuk dominasi global.

Lokasinya terletak di wilayah Gansu di pinggir Gurun Gobi, bandar ini hanya mengambil masa empat tahun untuk siap dibina dan enam tahun lagi untuk mencapai matlamat untuk menjadikan China sebagai kuasa nuklear.

Sekitar tahun 1964, China berjaya melakukan ujian senjata pertama di padang pasir sekitar bandar itu dan ia telah mengubah wajah politik global selama-lamanya.

3. Wunsdorf – Jerman Timur



Dengan nama samarannya seperti “Little Moscow” dan “Kota Terlarang”, Wunsdorf menjadi ibu pejabat Tentera Merah di Jerman Timur selepas perang tamat.

Bandar ini pada asalnya digunakan sebagai pangkalan Nazi.

Wunsdorf menjadi tempat tinggal kepada lebih kurang 60,000 hingga 75,000 orang dan kebanyakkan daripada mereka merupakan askar.

Bandar ini menyediakan keretapi ke Moscow dan membantu dalam pembentukan kuasa ketenteraan besar-besaran sekiranya Perang Dingin menjadi semakin besar.

Ia diasaskan oleh Empayar Jerman pada tahun 1871, tapak ini merupakan lokasi kepada masjid pertama Jerman yang digunakan untuk tahanan Muslim.

Kemudian, menjadi ibu pejabat Angkatan Bersenjata Jerman pada tahun 1935.

Kini, bandar ini kian hancur dan musnah.

2. Burlington Bunker – England


Di bawah bandar Corsham, terdapat sebuah lagi bandar rahsia.

Tetapi, ia bukan bertujuan untuk menghasilkan nuklear, tetapi untuk bertahan daripada serangan nuklear.

Sewaktu perang nuklear sedang berlangsung, 4,000 anggota kerajaan berpangkat tinggi menyembunyikan diri dalam kompleks yang berkeluasan 35 hektar yang dikenali sebagai Burlington Bunker ini.

Ia mempunyai kelengkapan penuh dari stesen penyiaran radio ke hospital hinggalah ke tasik bawah tanah yang menyediakan bekalan air yang mencukupi.

Kompleks ini juga mempunyai laluan keretapi sendiri untuk membenarkan akses yang cepat dan mudah sekiranya berlaku ‘amaran empat minit’ yang merupakan tempoh masa yang diperlukan oleh peluru berpandu balistik antara benua Rusia untuk sampai ke United Kingdom.

Tapak ini telah dihentikan pada tahun 2014 dan telah dibuka kepada orang ramai beberapa kali. Bahkan, ia dijual pada harga yang agak rendah iaitu RM8 juta pada tahun 2016.

1. Sarov – Rusia



Sarov merupakan satu lagi kota rahsia Rusia yang terkenal sebagai salah satu pengeluar utama bagi penghasilan senjata nuklear negara itu sehingga hari ini.

Bandar rahsia yang sebelum ini dikenali sebagai Arzamas 16 sangat unik kerana ia terletak bersebelahan dengan satu tapak keagamaan yang paling terkenal di negara ini iaitu gereja abad ke-18.

Disebabkan ini, ia telah menarik perhatian Gareja Ortodoks Rusia pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Mereka berusaha untuk membina semula gereja itu walaupun terdapat sekatan yang menghalang jemaah daripada melawat tapak ini.

Gereja ini merupakan rumah kepada salah seorang paderi Rusia yang terkenal iaitu St. Seraphim, yang terkenal dengan ajarannya berdasarkan kasih sayang dan kebaikan.

Perkara ini sangat bertentangan dengan tujuan moden kota Sarov iaitu sebagai pangkalan nuklear.

Kesimpulannya, kebanyakkan bandar-bandar rahsia yang wujud pada dahulu kala merupakan tempat penghasilan bahan nuklear dan untuk menghasilkan sesuatu misi besar bagi sesebuah negara tersebut. Penghasilan nuklear penting bagi beberapa negara untuk menjadi kuasa besar pada ketika itu. Oleh sebab itu, mereka merahsiakan tempat penghasilkan bahan nuklear dan kawasan untuk menjalankan ujian rahsia daripada umum.

Sumber:
Iluminasi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.053270 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list