CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2269|Reply: 17

Are U Lizzy Bennet atau Jane Bingley nee Bennet

[Copy link]
Post time 12-6-2021 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum warahmatullah

wahai pembaca yg dihormati.

Hmm bebaru ini panas  tentang  frasa 'bodoh-boboh'yang kita telahpun sedia maklum akan konteksnya. Hmm,  faham kan .

It 's about : do u want to be Elizabeth Bennet or  just enough as Jane Bennet.

Or Do u want Mr Darcy or Just "JUST mr Bingley "tu je
ahem terbatuk pulak , i petik Jane Austen - hmm  sowwy ( i am smiling hehehehe sapa yg faham fahamlah kan heeee)

Maka ada soalan yang dilontarkan ke pejabat Mufti akan hal ini pulak, Wow banyak ye masa mufti as part of his duty untuk menjalankan tugasnya iaitu untuk membuat pencerahan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2021 02:32 PM | Show all posts
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-577: JODOH TAK LEKAT; SILAP SIAPA?
Butiran
Dimuatnaik oleh Natasya Noh
Diterbitkan: 12 Jun 2021

pautan asal:

https://www.muftiwp.gov.my/artik ... CrpESO0hp5jI7qoLjj4
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2021 02:33 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 12-6-2021 04:12 PM

Jawapan ringkas:
Matlamat hidup kita di dunia adalah untuk mengejar reda Allah. Perkahwinan bukanlah penanda aras kualiti hidup seseorang di sisi Allah. Namun, perkahwinan boleh menjadi wasilah menggapai reda.

Hakikatnya, tiada sedikit pun ancaman atau kekurangan buat kedua-dua pihak lelaki mahupun perempuan apabila golongan perempuan menjadi semakin terpelajar atau terkedepan kerana sifat قَوَّامَة qawwamah (kepimpinan) seorang lelaki tetap mendahului wanita dalam perkahwinan.

Jodoh adalah urusan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ia tidak berkait dengan perwatakan seseorang individu. Namun, seorang hamba perlu berusaha dan berikhtiar serta tidak lekang untuk terus berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik. Dalam usaha ini juga, tidak menjadi satu kesalahan bagi seorang wanita untuk memulakan langkah dengan cara yang terhormat seperti yang dibuktikan oleh Saidatina Khadijah R.Anha ketika beliau meminang Baginda SAW.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2021 02:34 PM | Show all posts
Soalan:

Assalamualaikum. Ustaz, saya ada satu soalan. Saya sudah mencapai umur 33 tahun dan masih belum berjumpa jodoh. Kemudian, saya diberitahu bahawa antara sebab jodoh saya lewat ialah kerana saya seorang wanita yang agak pandai berdikari dan tidak bersifat ‘bodoh-bodoh’. Tapi, bukankah jodoh ini soal takdir? Mohon pencerahan daripada pihak ustaz.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2021 02:35 PM | Show all posts
Jawapan ringkas:
Matlamat hidup kita di dunia adalah untuk mengejar reda Allah. Perkahwinan bukanlah penanda aras kualiti hidup seseorang di sisi Allah. Namun, perkahwinan boleh menjadi wasilah menggapai reda.
Hakikatnya, tiada sedikit pun ancaman atau kekurangan buat kedua-dua pihak lelaki mahupun perempuan apabila golongan perempuan menjadi semakin terpelajar atau terkedepan kerana sifat قَوَّامَة qawwamah (kepimpinan) seorang lelaki tetap mendahului wanita dalam perkahwinan.
Jodoh adalah urusan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ia tidak berkait dengan perwatakan seseorang individu. Namun, seorang hamba perlu berusaha dan berikhtiar serta tidak lekang untuk terus berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik. Dalam usaha ini juga, tidak menjadi satu kesalahan bagi seorang wanita untuk memulakan langkah dengan cara yang terhormat seperti yang dibuktikan oleh Saidatina Khadijah R.Anha ketika beliau meminang Baginda SAW.

Huraian Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Terlebih dahulu, penting untuk kita tahu bahawa perkahwinan bukanlah penanda aras kualiti hidup seseorang di sisi Allah. Ia juga bukan tujuan akhir hidup seorang wanita mahupun lelaki. Namun, perkahwinan boleh menjadi wasilah menggapai reda Allah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2021 02:36 PM | Show all posts
Benarkah Wanita Memiliki Kerjaya Stabil Menyebabkan Jodoh Menjadi Lambat?

Isu ini berkait rapat dengan sifat قَوَّامَة qawwamah (kepimpinan) bagi seorang lelaki dan suami. Firman Allah SWT:

ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٰلِهِمۡۚ

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”

Surah al-Nisa’ (34)

Menurut Imam al-Qurtubi (5/169) di dalam tafsirnya, perkataan qawwam (قَوَّامٌ) bermaksud mengetuai sesuatu dan memiliki kuasa penentu dalam suatu keputusan serta bertanggungjawab menjaganya dengan penuh kesungguhan. Maka, seorang lelaki atau suami memiliki sifat qawwam dalam suatu rumahtangga kerana nafkah yang telah dibelanjakan buat isterinya. [1]

Ayat ini juga menunjukkan keharmonian hubungan antara suami dan isteri dapat dikekalkan melalui pelaksanaan tanggungjawab oleh suami selaku ketua keluarga dan ketaatan daripada pihak isteri. Apabila hubungan ini dijaga sebaiknya, suatu rumahtangga akan menjadi harmoni. Ini lah yang ditekankan dalam Islam.

Namun, tiada sebarang halangan bagi wanita atau isteri untuk bekerja, mengejar cita-cita dan memiliki karier apabila dia mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan oleh syarak. Malah, gaji dan perolehan harta itu adalah milik isteri secara mutlak. Jika dia dengan ihsan berkongsi lebihan hartanya bersama suami, pastinya Allah akan menguatkan lagi kasih sayang antara mereka. Perbincangan lanjut boleh dirujuk di artikel kami bertajuk: IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-304: HUKUM WANITA BERKERJAYA.

Kita dapat lihat di sini bahawa tiada sedikit pun ancaman atau kekurangan kepada kedua-dua pihak lelaki mahupun perempuan apabila golongan wanita menjadi semakin terpelajar atau terkedepan kerana sifat qawwam seorang lelaki tetap mendahului wanita dalam perkahwinan.

Rasulullah SAW juga menegur isteri yang tidak berterima kasih kepada suami melalui sabdanya:

لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى امْرَأَةٍ لَا تَشْكُرُ لِزَوْجِهَا وَهِيَ لَا تَسْتَغْنِي عَنْهُ

Maksudnya: “Allah SWT tidak memandang kepada seorang wanita yang enggan berterima kasih kepada suaminya sedangkan dia memerlukan suaminya”

Riwayat al-Nasa’ie (9086) dan al-Baihaqi (7/294)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-6-2021 02:36 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 12-6-2021 02:45 PM

Jodoh Itu Takdir Atau Pilihan?

Jodoh merupakan perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ini berdasarkan hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud:

إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَبْعَثُ اللهُ مَلَكًا فَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ، وَيُقَالُ لَهُ: اكْتُبْ عَمَلَهُ وَرِزْقَهُ وَأَجَلَهُ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ

Maksudnya: "Sesungguhnya setiap dari kalian akan dihimpunkan kejadiannya di dalam perut ibunya selama 40 hari kemudian menjadi segumpal darah dalam tempoh yang sama. Kemudian menjadi segumpal daging dalam tempoh yang sama. Kemudian Allah mengutuskan malaikat dan diperintahkan (malaikat tersebut) dengan empat kalimat. Dikatakan kepada malaikat: tuliskan amalannya, rezekinya, ajalnya, adakah dia bahagia atau derita...”

Riwayat al-Bukhari (3208)

Walaubagaimanapun, kita dituntut untuk tetap berusaha dan berdoa dalam pencarian jodoh. Setiap individu mempunyai hak untuk memilih pasangan hidup dalam membina rumahtangga. Nabi SAW meraikan fitrah manusia yang memiliki kecenderungan untuk memilih menerusi sabdanya:

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Maksudnya: "Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka peganglah dengan yang mempunyai agama. Engkau akan bahagia.”

Riwayat al-Bukhari (5090) & Muslim (3708)

Jodoh merupakan rencana Allah SWT sebagai sebaik-baik perancang. Allah SWT menetapkan waktu yang tepat bersesuaian dengan individu. Tiada yang namanya cepat atau lambat. Dalam usaha ini, tidak menjadi satu kesalahan bagi seorang wanita memulakan langkah dengan cara yang terhormat seperti yang dibuktikan oleh Saidatina Khadijah R.Anha ketika beliau meminang Baginda SAW. Sabdanya:

إنِّي قدْ رُزِقْتُ حُبَّها

Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah direzekikan dengan cinta Khadijah”

Riwayat Muslim (2435)

Informasi tambahan, rujuk pautan artikel berikut:

Sekufu dalam perkahwinan (https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3201-al-kafi-1153-maksud-sekufu-dalam-perkahwinan)
Benarkah bernikah boleh mendatangkan kekayaan (https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2258-al-kafi-696-bernikah-boleh-mendatangkan-kekayaan)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2021 02:39 PM | Show all posts
Penutup

Kesimpulannya, jodoh adalah urusan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ia tidak berkait dengan perwatakan seseorang individu. Namun, seorang hamba perlu berusaha dan berikhtiar serta tidak lekang untuk terus berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik. Buat individu yang masih dalam usaha mencari pasangan hidup, teruskanlah berusaha serta amalkanlah doa-doa berikut:

قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ ‎‏

Maksudnya: “Katanya, ‘Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan’"

Surah Ali Imran (38)

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ ‏

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

Surah al-Anbiya’ (89)

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

Surah al-Furqan (74)

Wallahu a'lam.

[1] Syamsuddin al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Quran (Tafsir al-Qurtubi) pentahkik: Ahmad al-Bardouni dan Ibrahim Atfisy, cetakan kedua, (1964M), Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyyah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2021 02:44 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 12-6-2021 02:46 PM

cer tanya awat mr Darcy set his eyes on Lizzy not Jane , when hesaid to Bingley during their first ball at   Longbourne :
“Which do you mean?” and turning round, he looked for a moment at Elizabeth, till catching her eye, he withdrew his own and coldly said, “She is tolerable; but not handsome enough to tempt me; and I am in no humour at present to give consequence to young ladies who are slighted by other men.

but then what did he see in her ? later...??hmm

novel je - yes Jane Austen is a feminist juga dan ini dimaklumni cuma idea dia tentang role and capacity of a lady tu lain dan cara dia menangappi persepsi kaum lelaki dalam memilih pasangan tu , she wished like Darcy in a way.   Of course Elizabeth ada prejudis dia and dia silap judging character darcy
tapi  pokoknya - apa yg artikel mufti tu cakap - betullah. seperti yg dihighlight.
dan kita ade pun suber Sirah yg memaparkan personaliti wanita Ummu Mukminin ni kan - so back to basic balik. They were strong , firm, intelligent ladies.


Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
iols pun suke buat bodoh2 ni..nganjeng orang bagi dia rasa diperbodohkan sikit. Buli2 sikit. Bagi melopong sikit, muka loading dan tak hadam.
Sebelum sempat org jawab, terpaksa gelak dulu sebab kena hanjeng. Itupun cara2 beramas mesra khuenn..

Cuma tak sampai bodoh sangat masa taaruf. Langsung tak cek background, hutang, adik beradik, anak, income, habit. Kena bodo2 dengan laki orang. Terkena dengan matpet, syabu, 420, kaki pukul.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2021 04:09 PM | Show all posts
KIM.K replied at 12-6-2021 02:55 PM
iols pun suke buat bodoh2 ni..nganjeng orang bagi dia rasa diperbodohkan sikit. Buli2 sikit. Bagi me ...

Ooo, your bodo bodo tu i think is mre of you being tactical , kot  ataupun helah ...

yang taaruf tu -  memang betullah  tu itis a serious discussion actually taaruf ni , ni segala yg honest memang kena discuss.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 04:55 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 12-6-2021 04:09 PM
Ooo, your bodo bodo tu i think is mre of you being tactical , kot  ataupun helah ...

yang taaru ...

iols bodo2 cerdik pun konfiden je mantap selalu. cuma beringat2 lah sebab kita bukan berjaya sangat, takut kena gulai pasal polos.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2021 04:57 PM | Show all posts
KIM.K replied at 12-6-2021 04:55 PM
iols bodo2 cerdik pun konfiden je  mantap selalu. cuma beringat2 lah sebab kita bukan be ...

polos?hmm...what is that ?

yeah true2 true..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 05:11 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 12-6-2021 04:57 PM
polos?hmm...what is that ?

yeah true2 true..

polos = naive
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2021 05:31 PM | Show all posts

oh. i see. i pun.

Allah will be our protector Wali.

u see ilham you nak check , your intuition tu pun part of knowledge jugak

so yes in a way Allah is protecting you.

the fact you think nak buat bodo2 is a way of Allah gives you His helps. Kalau tak u wont be here pun talking about it.

so yes.


Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 01:42 AM | Show all posts

Waalaikumussalam...

[AceHand SPECTaceLAR]

Kebetolang pulak baru lepas layan Pride And Prejudic dan terjumpa topik ni... Hah! Hah! Hah!


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2021 09:53 PM | Show all posts
AceHand replied at 14-6-2021 01:42 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Kebetolang pulak baru lepas layan Pride And Prejudic dan terjumpa topik ni. ...

hahahaha

Rosamund Pike nice and sweet ape.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 02:01 AM | Show all posts


salam

hoho ..
itz all abt Mr Darcy Pride cos by Miss Elizabeth Bennet Prejudice
both have a strong character .. but likeable ..
Why everyone loves Mr. Darcy (Pride and Prejudice Character Analysis)



====

those yang dont like to read ..
can hear from story teller here ..


wassalam


p/s ..
one of these days .. someone will catch your eye ..
and then you'll have to watch your tongue ..

haha ..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.284542 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list