CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2176|Reply: 24

[Tempatan] Kerajaan disyor wujud pusat tahanan, pemulihan LGBT

  [Copy link]
Post time 12-6-2021 08:09 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan disyor wujud pusat tahanan, pemulihan LGBT



LAPORAN portal Harian Metro


Kuala Lumpur: Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mencadangkan kerajaan mewujudkan pusat tahanan dan pemulihan khas kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Pengerusinya Datuk Razali Idris berkata, pusat seperti itu perlu berikutan terdapat kes apabila golongan berkenaan bertindak melampau dengan menghasut dan mencabar pihak berkuasa.

Katanya, dalam kes terbaru seorang usahawan kosmetik transgender bertindak menayangkan payu dara secara langsung di platform media sosial, serta melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap kanak-kanak lelaki bawah umur.

"Perbuatan melampau sehingga mengganggu ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat, terutama di media sosial ini adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima dalam masyarakat Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Razali berkata, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara berterima kasih di atas keprihatinan rakyat Malaysia yang menegur golongan terbabit dengan membuat laporan polis.

Malah, katanya, polis juga sudah menahan reman golongan terbabit akibat perbuatan melampau yang dilakukannya.

"Masyarakat tidak boleh membiarkan kebiadapan golongan LGBT ini yang begitu terbuka dan berleluasa.

"Justeru Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mencadangkan keperluan mewujudkan pusat tahanan dan pemulihan khas LGBT bagi merawat dan membimbing golongan itu ke arah kebaikan, kerohanian dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Malah, Razali berkata, pihaknya percaya polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah mempunyai modul dan program bagi mendekati golongan LGBT supaya mereka tidak berasa terpinggir.

Justeru katanya, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara turut mengesyorkan pendidikan mengenai LGBT dimulakan sejak di peringkat sekolah.

"Ini supaya pelajar terdedah kepada gejala gaya hidup sedemikian yang menjurus kepada perbuatan seks bebas, kerosakan institusi kekeluargaan serta masyarakat dan penyumbang kepada penularan jangkitan HIV.

"Selain itu guru kaunseling juga perlu memainkan peranan menyebarkan maklumat mengenai perkara itu dan bagaimana untuk mengelak atau menangani permasalahan terbabit," katanya.

Semalam, pemilik akaun Instagram safieyillias94 yang juga pengasas kosmetik dan rakannya direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak bawah umur.


Sumber:https://www.hmetro.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2021 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jadi lgbtt dalam rumah jer, dilarang kat luar rumah. Its better this way, dari keluar bajet ratus juta. Elok duit tu buat sekolah atau bantu kanak2 remaja yang keciciran sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 08:47 PM | Show all posts
whatever projek bodoh kau just don't use our tax money boleh?

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 08:53 PM | Show all posts
apa diorang ingat lgbt ni mcm penagih dadah ke nak pulih2. facepalm.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba korang tonton...AJ and the queen...kat nefflix tu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
esprito193 replied at 12-6-2021 08:53 PM
apa diorang ingat lgbt ni mcm penagih dadah ke nak pulih2. facepalm.

Da 2021 pon ada idea lagi cmni. So, lepas ni boleh sumbat sekali bf, tunang, suami perempuan yg servis pondan senyap2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2021 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
gomen nak bayarkan kereta rumah belanja diorang ke? ala2 cuti tahunan terapi seksualiti masuk pusat lgbt.  ahli pas umno yg anti lgbt tp like gei porn kat twitter, video call dgn fonen semua masuk sekali tak? seronok la mimpi basah gitu

dlm quran pun ada sebut lelaki yg tak bernafsu dgn perempuan, takda pulak nabi buat khemah khas untuk diorang berkumpul ramai2.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Daftar kan Haziq dengan Jemin siap2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2021 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Block je banyak2 porno kat tenet ni. Berleluasa sungguh. Tpi semuanya bermula Dari rumah.. didikan tu. Klau dh besar ni nak cegah dah lain.. melentur buluh biarlah Dari rebungnya yang baru je iol makan minggu lepas
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kembali kepada fitrah melalui agama je penyelesaian tuntasnya
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow....seronok la mereka walau terpenjara
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 12:08 PM | Show all posts
agak agak siapo yng akan jadi Montri
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Punat_button replied at 12-6-2021 08:47 PM
whatever projek bodoh kau just don't use our tax money boleh?

Betul...masalahnya diaorg yg varik..kenapa tak buat mcm penagih dadah di jel dengan dirotan..baru ada aqal..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mclaren at 13-6-2021 12:16 PM

Tell me again why do I need to fund these God forbidding lifestyle followers???

I say NAY.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella replied at 12-6-2021 07:24 PM
Nak jadi lgbtt dalam rumah jer, dilarang kat luar rumah. Its better this way, dari keluar bajet ratu ...

Yup. Lantak mereka lah nak jadi apa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 12:20 PM | Show all posts
tu cuma cadangan je la bahlol..

apa cadangan yg lagi bagus bagi korang yg perasan bijak pandai ni?

nak tunggu si gay jilat ko punya kemaluan anak laki bawah umo korang depan mata korang baru nk pikir cadaangan lagi bijak ka??

kurang2 dia guna otak pikir, usaha utk btulkn /bimbing bagai. klu ada cadangan lagi bagus, utarakan ajala.

tu pun susah ka nk cakap ?..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2021 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 13-6-2021 12:33 AM
Kembali kepada fitrah melalui agama je penyelesaian tuntasnya

Lawak gila bila hang cakap camni. Bukan main lagi maki carut fitnah orang tapi nak nasihat sebut ugama.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 12:21 PM | Show all posts
maksudnya yang birah2 lah...yang muslinyah tu takpa sebab tak mengganggu komuniti gittew harus majlis fonen semalaysia tengah hangin kat bapok sekor ni yach
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Jail untuk transgender dah ada. So kalau diorang buat jenayah, ikut je la law.

Kalau diorang xbuat jenayah, lantaklah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 13-6-2021 12:20 PM
Yup. Lantak mereka lah nak jadi apa.

Itu sebaiknya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.155968 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list