CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3379|Reply: 2

SIRI MISTERI: Langsuir serang kampung

  [Copy link]
Post time 12-6-2021 08:21 PM | Show all posts |Read mode
SIRI MISTERI: Langsuir serang kampung



MANUSIA tidak boleh melihat jin tapi makhluk itu boleh bertukar rupa dikenali sebagai jelmaan yang mewujudkan hantu seperti pontianak, pocong, langsuir dan sebagainya.

SEKITAR November, dua tahun lalu, penduduk Kampung Penaga Putar di Jerteh, Terengganu mendakwa terserempak dengan hantu langsuir yang terbang merayau sambil mengilai dengan suara menyeramkan di kawasan mereka.

Cerita kewujudan hantu itu pantas mencetuskan ketakutan dan rasa seram dalam kalangan masyarakat setempat sehingga menyebabkan mereka tidak berani keluar rumah pada waktu malam.

Penduduk yang melihat sendiri kelibat hantu itu menggambarkan makhluk halus terbabit dengan tinggi separas pinggang, berambut panjang, memiliki dua taring di bibir bawah dan badan berwarna merah serta menampakkan isi daging manusia. Hantu itu juga mampu terbang terawang sambil mengilai sehingga menyebabkan bulu roma sesiapa yang mendengarnya meremang.

Selain Kampung Penaga Putar, kelibat langsuir itu turut menakutkan penduduk Kampung Tasek dan tiga kampung daerah sempadan Pasir Puteh, Kelantan iaitu Kampung Gong Pasir, Kampung Gong Tinggi dan Kampung Gong Lapang.

Selepas beberapa hari cerita mistik itu mencetuskan rasa takut dan seram dalam kalangan penduduk, akhirnya akhbar tempatan melaporkan seorang bomoh berjaya menangkap empat langsuir terbabit. Menurut laporan, semua makhluk halus itu akan dihantar kembali ke alam mereka selepas 40 hari dipasung.

Kisah kewujudan langsuir di Jerteh itu bukanlah kali pertama diceritakan di negara ini kerana kepercayaan masyarakat terhadap pelbagai jenis hantu sudah berakar sejak ratusan tahun lalu. Malah, pegawai British di Tanah Melayu suatu ketika dulu, Sir William Maxwell, pernah merekodkan kepercayaan masyarakat Melayu silam terhadap langsuir dan kaedah khurafat untuk menanganinya seperti catatan beliau (terjemahan):

"Jika seorang wanita mati akibat melahirkan bayi sama ada sebelum atau selepas bayi itu dilahirkan dan sebelum tamat 40 hari tempoh pantang, dia akan menjadi langsuir iaitu hantu terbang berupa wanita putih atau roh perempuan.

"Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, beberapa biji tasbih kaca diletakkan dalam mulut jenazah, telur ayam diletak di celah ketiak dan jarum diletak di telapak tangan. Perbuatan itu dipercayai dapat mengelakkan jenazah wanita itu menjadi langsuir kerana dia tidak dapat membuka mulut untuk mengilai atau menggerakkan lengan dan tangannya untuk terbang".


Pontianak.
Dalam kepercayaan lama masyarakat Melayu, hantu langsuir berbeza dengan pontianak kerana pontianak atau turut disebut sebagai `matianak' atau `kuntilanak' adalah jelmaan hantu bayi perempuan yang mati ketika dilahirkan. Dengan erti kata lain, langsuir adalah hantu ibu kepada pontianak.

Pontianak dapat berubah daripada makhluk halus kepada jasad kekal dengan memaku lehernya dan ia berubah menjadi hantu sundel bolong yang berupa seperti gadis.


Pocong.

Selain langsuir dan pontianak, masyarakat Melayu lama turut mempercayai kewujudan pelbagai lagi jenis hantu, antaranya penanggal (hantu kepala perempuan yang menghisap darah wanita bersalin); pocong (hantu mayat berbalut kain kafan); toyol (hantu janin bayi), hantu air, hantu galah, hantu kumkum, hantu kubur dan pelbagai lagi. Ada juga hantu menjadi `makhluk suruhan' bomoh atau dukun ilmu hitam seperti polong, saka, pelesit dan hantu raya.

Pengasas Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Ladzim AlAzhari, berkata hantu dalam alam Melayu sememangnya wujud tetapi hakikat sebenarnya, makhluk itu adalah jin.

"Tiada manusia boleh melihat wajah jin yang sebenar tapi jin boleh bertukar daripada rupa asal mereka untuk muncul di hadapan manusia. Ia dikenali sebagai jelmaan dan jelmaan inilah mewujudkan hantu seperti pontianak, pocong, langsuir dan sebagainya," katanya.


Toyol.

Mengulas kepelbagaian jenis dan bentuk hantu, beliau berkata, jin diberikan kelebihan oleh Allah SWT untuk berubah kepada pelbagai bentuk mengikut tanggapan manusia.

"Jin pun ikut peredaran zaman, zaman dulu orang takut hantu kubur, maka jin menjelma sebagai hantu kubur tapi zaman sekarang di atas kubur pun sudah ada tempat berehat. Sebagai contoh, wujud hantu pocong sebab dulu banyak hutan. Sekarang jarang sangat kes nampak hantu macam dulu. Sekarang jin ganggu macam lain pula seperti histeria atau sihir," katanya yang menubuhkan pusat rawatannya di Alor Setar, Kedah.

Katanya, hantu di negara Barat misalnya digambarkan berbeza dan tidak seperti gambaran hantu Melayu disebabkan jin terbabit menjelma mengikut budaya dan pandangan masyarakat di sana.

Beliau berkata, tujuan jin menjelma sebagai hantu sebenarnya supaya manusia lebih takut kepada mereka melebihi Allah SWT dan ia boleh menyebabkan seseorang itu syirik.

Beliau bagaimanapun berkata, terdapat gangguan hantu atau jin yang memudaratkan manusia, malah ada beberapa kes sehingga menyebabkan kematian terutamanya membabitkan sihir.

Katanya, gangguan hantu atau jin sebenarnya dapat diatasi manusia jika seseorang itu mempelajari ilmu perubatan Islam dan mengetahui hal ehwal makhluk halus.

"Nasihat saya, tuntutlah ilmu perubatan Islam sebagai pendinding dan jangan biar gangguan sudah terkena kepada anak dan isteri kita, baru hendak belajar. Ramai yang membaca al-Quran tetapi masih kena gangguan. Membaca al-Quran saja akan dapat pahala tetapi untuk menjadikan ayat al-Quran sebagai pendinding, kita perlu berguru. Guru dapat mengajar kita petua, cara baca, kaifiat dan tatacara untuk tujuan itu," katanya yang berpengalaman mengubati pesakit gangguan makhluk halus selama 15 tahun.


Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2021 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang kerja hantu setan la nak menyesatkan kita umat manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
penah terserempak dengan makhluk ni. Time tu balik oncall jam 4 pagi

Tengok benda putih bergantung atas jalan separas pokok

Bila makin dekat, rupa2nya tengok akak tu rambut kembang merenung tajam ke kereta iolss

Sempat tengok kaki kain tu, comot2 kelabu lalu atas kereta

Tapi dah standby incase tetiba akak tu melayang ke cermin kereta ke apa.

Masa lalu kat bawah akak tu memang rasa jantung nak terkeluar dari dada ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.055104 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list