CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1661|Reply: 4

[Sarawak] Pencari umbut hilang 3 hari dan masih di cari

[Copy link]
Post time 12-6-2021 11:48 PM | Show all posts |Read mode
JULAU: Pasukan mencari dan menyelamat masih gagal mengesan seorang wanita yang dipercayai sesat ketika mencari umbut di Nanga Lijan pada Rabu lalu.

Mangsa yang dilaporkan hilang dikenali sebagai Ijjah Lassa berusia 54 tahun dari Rumah Banyang, Nanga Lijan, Julau.

Pasukan SART disertai Bomba dan Penyelamat, Unit K9 JBPM Serian, Unit K9 PDRM Sibu, PDRM Julau, Pasukan Gerakan Am, JPAM serta  bersama-sama dengan penduduk rumah panjang.

Mangsa dipercayai sesat selama dua hari dan operasi mencari dengan radius 5km dari kawasan terakhir mangsa dilihat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin dalam kenyataan berkata, mangsa dilaporkan hilang ketika mencari umbut dan hasil hutan lain di kawasan hutan di  Bukit Tugung, Nanga Lijan di Julau pada Rabu.

Menurutnya, dalam kejadian tersebut mangsa dilaporkan pergi ke hutan berkenaan bersama dengan dua orang rakannya yang juga berusia dalam lingkungan 50an pada jam 10 pagi.

Katanya, setelah mendapat beberapa hasil hutan, dua rakan mangsa telah mengajak mangsa untuk berehat sebentar sebelum pulang ke rumah panjang mereka.

"Bagaimanapun, mangsa telah dilaporkan pulang seorang diri dahulu dan tidak menunggu untuk pulang bersama dengan dua orang rakannya tersebut," katanya.

Ketika dua orang rakan mangsa tiba di rumah panjang sekitar jam 3 petang, mereka mendapati mangsa masih lagi belum sampai di rumahnya.

Risau dengan keselamatan mangsa, dua orang rakannya itu telah memaklumkan berita kehilangan mangsa kepada penduduk rumah panjang yang lain.
Katanya, sejurus menerima berita berkaitan dengan kehilangan mangsa, penduduk dari rumah panjang mangsa bersama dengan beberapa penduduk dari rumah panjang yang lain telah melancarkan usaha mencari mangsa.

Usaha tersebut gagal menemui mangsa dan menyebabkan Tuai Rumah Banyang membuat laporan polis berkaitan kehilangan mangsa di Balai Polis Julau pada Khamis.

Sarawak Update

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2021 12:00 AM | Show all posts
JULAU 10 Jun 2021, Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) serta penduduk kampung masih gagal menemui seorang wanita yang dikhuatiri hilang di dalam hutan berdekatan rumah panjangnya Rumah Banyang, Ng Lijan, Julau.

Mangsa, Ijah anak Lasa, seorang wanita Iban berusia 54 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, operasi hari pertama disertai 12 anggota dari pelbagai agensi termasuk 30 penduduk rumah panjang.

Katanya, pasukan SAR memulakan pencarian di sepanjang denai serta sekitar kawasan bukit Tunggong dengan radius pencarian 2 kilometer. Manakala di sebelah petang pasukan SAR membuat pencarian di sekitar belakang rumah panjang Banyang.

Katanya, operasi pada Khmais ditangguh pada 6 petang dan akan disambung pagi Jumaat.

Sumber DayakDaily



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 07:59 PM | Show all posts
masih belum jumpakah?

ada baca berita ni tadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2021 04:57 PM | Show all posts
Vellfire replied at 13-6-2021 07:59 PM
masih belum jumpakah?

ada baca berita ni tadi
sampei arituk lom jumpa ...
tedah ... apa la nasib nya ...


Pencarian hari ke-7 ditamatkan, wanita hilang dalam hutang masih belum ditemui

BINTANGOR, 16 Jun: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita yang dikhuatiri hilang ketika mencari hasil hutan berdekatan rumah panjang Banyang, Nanga Lijan ditamatkan hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata operasi SAR yang memasuki hari ketujuh hari ini bagaimanapun masih belum menemui mangsa Ijah Lasa yang berusia 54 tahun.

Komander Operasi Nicholas Belulin berkata pencarian hari ini meliputi kawasan kaki bukit Tugong dalam radius 1 kilometer dari bukit dan di kawasan kebun getah serta lada.

Katanya, setelah berbincang dengan tuai rumah Banyang dan ahli keluarga mangsa, operasi SAR ditamatkan jam 4.30 petang.

Penduduk rumah panjang diminta untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang petunjuk atau penemuan mangsa.
Kes dalam siasatan polis.

Dalam kejadian 10 Jun lepas, mangsa dikatakan bersama dua rakannya masuk ke hutan seawal jam 6 pagi.

Berdasarkan maklumat daripada dua rakannya, mangsa sempat memaklumkan bergerak balik awal, namun setelah dua rakan sampai di rumah didapati mangsa masih belum pulang.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2021 04:58 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.284682 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list