SHAH ALAM – Gara-gara isu tanaman dan masalah meletakkan kenderaan menyebabkan sekumpulan jiran bergaduh dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Seksyen 24 di sini semalam.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 petang itu tular dalam video berdurasi 4 minit 4 saat menerusi aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya telah menerima dua laporan berkaitan isu tersebut daripada kedua-dua belah pihak.
Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada isu tanaman serta masalah meletakkan kenderaan oleh kedua-dua jiran sehingga mencetuskan insiden pertengkaran dan pergaduhan.
“Kesemua yang terlibat telah dipanggil untuk dirakam percakapan dalam membantu siasatan.
“Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk berdamai dan telah membuat penarikan semula terhadap laporan polis yang dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menambah, bagaimanapun polis masih meneruskan siasatan secara adil dan saksama meskipun kedua dua pihak telah menarik semula laporan polis itu.
Kes disiasat dijalankan mengikut Seksyen 269, Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam kadar segera untuk tindakan lanjut.
“Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang tindakan secara melulu dalam apa jua situasi yang boleh menyebabkan pelanggaran undang undang,” jelasnya. – K! ONLINE
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 13-6-2021 02:36 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sarah82 replied at 13-6-2021 01:46 AM
Aku x faham.. Rumah yg dia tanam pokok tu rumah Abg tu.. Jadi kenapa dia melangkau kawasan org lain? ...
Pari pari mmg perangai macam ...
Anak jiran aku buang sampah cikedis , coklat kat rumah aku .. bila aku tegur dia kata nak pukul aku .. sekali dia aku jeling and stare .. terus start kete lari .... Apa punya manusia laa ... Tu belum kes anjing dia menyalak non stop .. nak online meeting pon x senang