Kosmetik beracun dijual berleluasa
RAJA NUR FAZNIE AIDA | | 13 Jun 2021
SHAH ALAM - Walaupun telah diumumkan mengandungi bahan kimia terlarang, namun sembilan produk kosmetik didapati masih bebas dijual di pasaran ketika ini.
Berdasarkan tinjauan Sinar Ahad, produk kosmetik tersebut dijual secara berleluasa terutama di sekitar bandar raya ini.
Antara produk tersebut ialah krim pemutih wajah dan sabun yang dipercayai mengandungi bahan kimia terlarang termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan seperti merkuri, hidrokuinon dan tretinoin.
Hasil carian di portal rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati sembilan produk berkenaan tersenarai dalam produk yang telah diharamkan.
Menurut portal itu, produk yang tersenarai tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini dan pihak kementerian telah pun mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan dikeluarkan dari pasaran kerana ia boleh memberikan kesan serius kepada pengguna.
Seorang penjual yang ditemui mendakwa dia tidak mendapat sebarang pemberitahuan daripada mana-mana pihak mengenai produk yang dijual itu telah diharamkan.
“Semua produk di sini memang tidak ada masalah, saya tidak tahu kalau ada yang telah diharamkan oleh mana-mana pihak,” katanya kepada Sinar Ahad.
Dalam pada itu, dia berkata, produk kosmetik yang dijualnya mampu memberikan kesan drastik kepada pengguna dengan pemakaian dalam masa dua minggu sahaja.
“Kalau pakai produk ini muka akan terus cantik. Jerawat makin kecut, muka jadi lebih licin. Ini pun dah ramai orang beli, tinggal berapa sahaja lagi,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi penjual mendakwa kesemua produk yang terdapat di kedainya itu selamat kerana masing-masing mempunyai kelulusan daripada pihak KKM.
“Semua produk di sini bagus dan ada kelulusan KKM. Boleh digunakan tanpa sebarang keraguan dan waswas,” katanya.
Post time 13-6-2021 01:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Abis tuh.. dah masyarakat ada stigma terhadap org2 yg berjerawat, hitam berkerak dsb.. nak wat camne..
Kalau blek is beautiful pun, depa tetap tamau kulit berjerawat..
Post time 13-6-2021 02:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tinot7 replied at 13-6-2021 01:16 PM
Abis tuh.. dah masyarakat ada stigma terhadap org2 yg berjerawat, hitam berkerak dsb.. nak wat camne ...
Sori. Tak dapat menjiwai.. Aku bersyukor takde tekanan nak jadi tepong gomak ney sume. Kecik2 lagi aku heran nape tapak tangan aku pink. The lines are not dark. They are juz indent8ions. Aku pon tingin nak mata biru, bulat, double eyelid ape sume. Aku ponah research juge tentang sume tu. Ade salon buad eyelid RM900+ je. Tapi aku dah terlepas rege tu. Tengok gambor staf dia sendiri buad jadi cantek. Dia kata visiting doktor buad. In the salon.. Mampos aku tak caye. Bior la mata aku sepet selamenye..
Post time 13-6-2021 04:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tinot7 replied at 13-6-2021 03:38 PM
Tak payah menjiwai laa.. hang pi jahh utube tgk baper ramai yg pakai mekap tutup jerawat.
Jerawat pon 4 generasi aku takde.. Opah aku sampai la ke anak aku. Seumor idop tak ponah beli Oxy.. Kitorang cuci muke dengan sabun mandi je. Thank U Allah..
Post time 13-6-2021 04:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tinot7 replied at 13-6-2021 04:04 PM
Baguih la.. tapi empati terhadap org yg berjerawat, muka kepam, kulit hitam legam, ada tak?
Ke st ...
Kan aku dah share. Mata aku bukan le biru, bulat, galak.. Rambut pon tak blonde. So aku idak le rase diri aku cantek. Tapi dalam nak mencantekkan diri tu jangan la sampai sanggop buad ape saje.. Kita semua akan tuwe kerepot la.
Ade je kazen aku yang bini kulit gelap macam aci tapi muke manes. Ce letak amoi muke penyek kat sebelah dia, dia jugak yang orang nampak cantek..
huhu..
da laa bekas kecik tp harga tel aviv, besar lagi krim kecantikan safi rm8 tu...
rm39, rm49 selalunya..
clennser pun sama, takde nyer rega belas, semua puluh..
muju laa tak smp rega la mer..
tp x tahu laa kalo ada skrg timbang kilo harga la mer..
Post time 13-6-2021 04:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pastinya nak cantik cepat, harga yahudi pun takdehal.
Yg kat drugstore tu tak berkesan katanya.
Yelah, ko baru tepek tiga hari dah nak terus licin..
Authorities tlgla publish besar2 brand haram yg guna bahan terlarang.
Ni ko publish senyap2 dlm kelambu..
Bila orang dah lupa ko pun buat senyap je sampai la ada new report.
Founder dan pengguna pulak boddoe2 alang semuanya..
Post time 13-6-2021 04:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tumpanglalu74 replied at 13-6-2021 04:12 PM
Kan aku dah share. Mata aku bukan le biru, bulat, galak.. Rambut pon tak blonde. So aku idak l ...
Dikk.. stigma masyarakat terhadap org yg muka tak ploles berbeza dikk.. tak tgk ka utube iols tepek? Kan minah tuh habaq, i wud prefer to buy an expensive concealer than to face the judgemental looks of society.. lebey kurang mcm tuh la...
Sbb tuhh citer beauty and the beast laku.. sbb tuhh produk timbang kilo yg menjanjikan kulit ploles, jadi rupa mcm miss universe, jadi kuyus.. sumer tuhh laku.. sbb stigma masyarakat, if not puteh, kuyus, ploles, maka harus dikecam. Ramai org ada isu konpiden sbb nihh.. lama2 jadi isu sakit mental.
Kalau hang dok bg cth mata biru rambut blond, kaki hang tak terpacak atas tanah. Benda2 mcm tuh voley dibuat dgn kaler rambut, pakai kontek lensa. Nak mata besaq, pi operate. Tapi nih psl produk2 yg voley memudaratkan sbb ada merkuri bagai. Hang kena pikiaq apa mentaliti masyarakat sampaikan ada org sanggup beli produk2 sebegitu...
Post time 13-6-2021 05:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tinot7 replied at 13-6-2021 04:48 PM
Dikk.. stigma masyarakat terhadap org yg muka tak ploles berbeza dikk.. tak tgk ka utube iols tepe ...
Hello kawan, aku dok UK mase umor aku baru 17 taon memang aku la yang paling gelap celah2 anak omputih tu. Aku takde rase inferior pulak dengan kaler kulit dorang. Udah depe genes kulit putih aku nak menyalak pasaipa?