View: 5603|Reply: 61
|
[Tempatan]
Pendedahan perunding sumber manusia. Ramai pekerja tertekan dgn BDR. Majikan amb
[Copy link]
|
|
Bekerja dari rumah: Sisi negatif mula kelihatan
Bernama
Jun 13, 2021 16:47 MYT
KUALA LUMPUR: Seorang perunding sumber manusia serantau mendedahkan bahawa sisi negatif daripada bekerja dari rumah (BDR) telah mula kelihatan dengan rasa tidak puas hati yang semakin meningkat, penyalahgunaan maya dan keseimbangan kerja-kehidupan yang mula terjejas.
Antara aduan yang diterima termasuklah terpaksa mengorbankan masa peribadi, majikan yang mendesak, kurangnya keseimbangan kerja-kehidupan, menyelesaikan konflik majikan-pekerja pada mesyuarat kumpulan dan keengganan pekerja untuk menyuarakan kebimbangan akan kehilangan pekerjaan mereka, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GKK Consultants Sdn Bhd, Gajendra Balasingham.
"Ramai pekerja yang memilih untuk bersabar dengan sikap majikan yang mendesak dan tidak sensitif dan ketika negara masih lagi meneruskan sekatan pergerakan penuh bagi membendung pandemik COVID-19, ramai orang yang mula mempersoalkan sejauh mana produktifnya BDR," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau, bagaimanapun menasihatkan pekerja agar bersabar dengan situasi sekarang sehingga keadaan kembali normal dan mereka dapat membuat pilihan yang lebih baik.
Namun, katanya, tidak dinafikan banyak sisi positif yang diperoleh kedua-dua majikan dan pekerja daripada norma baharu kerja ini, terutamanya dari segi penjimatan bagi kedua-dua pihak, yang mana majikan boleh menjimatkan sewa pejabat, bil utliti dan perbelanjaan perjalanan dan keraian manakala pekerja boleh berjimat kos pengangkutan, masa yang dihabiskan dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja dan bagi sebahagian malahan berjimat perbelanjaan penjagaan anak kerana mereka berada di rumah sepanjang masa.
Gajen, yang menawarkan khidmat perundingannya di sembilan negara Asia dan telah menganjur serta menghadiri beratus-ratus mesyuarat maya, menggariskan beberapa petua berguna bagi majikan dan pekerja termasuk menyarankan mesyuarat maya dihadkan dalam tempoh masa yang kondusif, sebaiknya tidak melebihi daripada 30 minit.
Beliau berkata, kedua-dua pihak harus mempunyai pengurusan masa yang teratur, majikan perlu menghormati ruang privasi antara satu sama lain dan menentukan batas-batas antara masa kerja dan elak daripada mengganggu kehidupan peribadi pekerja, manakala pekerja pula perlu berdisiplin mematuhi masa kerja dan bekerja bersungguh-sungguh menyelesaikan tugasan mereka.
Dalam situasi konflik pula, beliau menasihatkan sebarang masalah dibawa berbincang dan diselesaikan antara majikan dan pekerja dan bukannya semasa mesyuarat kumpulan.
"Nasihat kami kepada pekerja untuk mendepani masa depan dengan penuh keyakinan, adalah terus meningkatkan dan menambah baik kemahiran dalam pelbagai bidang teknologi maklumat dan bergerak seiring dengan keperluan perubahan dunia," kata Gajen. - BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Majikan i okay sangat considerate. Lepas jam 5pm senyap. Tapi meeting seawal jam 8 pagi lah. Ada laa sekali dua terlajak meeting sampai jam 6 klu urgent. Iols okay aje. Sebab sabtu ahad sangat tak dikacau. |
|
|
|
|
|
|
|
Majikan masih menerapkan work life balance wpun bekerja di rumah. Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
annadonna replied at 13-6-2021 05:19 PM
Majikan i okay sangat considerate. Lepas jam 5pm senyap. Tapi meeting seawal jam 8 pagi lah. Ada laa ...
Awalnya mtg.. haha
Uols bidang ape kerja |
|
|
|
|
|
|
|
I lebih prefer wfo.. Kalau wfh, tak kira masa, weekend, PH tiap masa bos cari mintak itu ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Byk kes yg aku tau
bosses yg cari staf tak jumpa
bila wfh
ada yg bos2 sekali hilang wfh |
|
|
|
|
|
|
|
Boss I masih bertimbangrasa tak ganggu masa kami bersama keluarga... Sabtu & Ahad tiada gangguan kecuali benar2 urgent, tapi jarang sangat berlaku urgent tu...
Kalau weekdays paling lewat 6pm dah boleh shutdown laptop dengan happy ...
|
|
|
|
|
|
|
|
boss iolls sgt ok, very flexible. disebabkan iolls from essential company, masih buat lagi rotation, at least kena ada 2 org dkt office, my bos sentiasa WFO, cuma dia nak ada at least sorg pair dgn dia kt office... so i bergilir2 dgn my colleagues... kalau WFO those yg kt office balik awal pukul 4, kalau WFH still maintain as usual tutup laptop pukul 5.30
Alhamdulilah, dia takde nak kacau2 ke apa or after working hour dia text ke apa, unless kalau benda yg betul2 emergency i.e. kes covid office / latest SOP announcement by pak ismail sabri |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Friska at 13-6-2021 06:14 PM
Iya ada benarnya, suami saya dari pagi, siang, sore dan malam terus-terusan di depan laptop dan HP, ngecek whatsapp sama telegram. Makannya saya hantar ke meja kerja. Kasian saya sama suami. Tapi dia bilang harus koordinasi sama bawahannya dan baca report dan ngasih instruksi. Sesekali harus ke kantor dan outstation. Suami ndak kasi saya ikut dia kalau ke outstation karena instruksi PKP 3.0, katanya hotel ditutup. Jadi sedih saya di rumah sendirian. |
|
|
|
|
|
|
|
Friska replied at 13-6-2021 06:13 PM
Iya ada benarnya, suami saya dari pagi, siang, sore dan malam terus-terusan di depan laptop dan HP, ...
Dh ko x leh ikut laki ko, ko pegi la layan Pakistan pulak. Apa barang dok umah sorg2. |
|
|
|
|
|
|
|
My boss x kira masa la pulak asyik text pasal keje sesejak bdr ni...bkn urgent ponnn |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by gekkou at 13-6-2021 06:41 PM
majikan aku tak masuk kerja kalau tak ada meeting
email tidak akan dibalas selagi kau tak text dia untuk check email
dia x kan reply email kau kalau dia reti nk bagi jawapan untuk segala soalan kau
so dia hanya goyang telur
dapat gaji puluh ribu sebulan
keputusan, kerja, tindakan kita fikir sendiri macam mana nk buat
kau terlingkup ke, kau mampus ke dia tak peduli
hujung dia nk report cantik je nk tunjuk ke top management
present ke top mgt pn dia suruh kau
sbb dia bodoh tatau apa2 pasal projek, pasal kerja
dah dua tahun lead project, masih bebal
4 staffs hantar suart resign within 3 months dia kerja
3 staffs minta internal transfer tapi dia hold
dia pernah maki 'you guys are so fuck up' dekat staffs
dia pernah cakap 'your works are nothing. I can do everything without you'bagi bad kpi dekat staffs yang tak sekepala dengan dia
sampai staffs tak dapat upgrading
and he is hired to lead a very big project dekat GLC
HR tutup mata, management tutup mata dengan apa berlaku
atas alasan 'projek is on track'
aku doa dia kena covid 19 dan mampus
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku x mo gi office. Aku buat kerja kat umah, happy je. Boss kacau!?? Berani ke? After 7pm, wknd and holiday aku x lyn ye. Walaupun aku ada office phone n kena on 24/7 but after office hr is a me me time. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti bahawa banyak boss hanya pandai cakap dan bagi arahan serta bad decision making... Tai chi kerja pada pekerja bawahan.. kalau dah resolve nak tukar itu ini... Mungkin trying to look important or just don't care about workers...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hepi2 wfh kerja hanya 3-5 jam sehari, bos juga kerja 3-5 jam. Jimat petrol, internet x byk pakai, internet slow babi petang2. Pagi x mandi on pc sambil breakfast n kerja, tghr mandi tidur, 3 ptg on pc x byk kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Bos aku x kira masa, pukul 1 pagi, 3 pagi, weekend dok anto emel.
Staf lama mmg bolayan je emel bos. Smpai waktu keje baru respon.
Staf baru, nak tunjuk boleh buat keje, nak mengipas summore, dok melayan bos.
Ko nak mengipas bos lantak kau, tapi tak x payah heret anak buah sekali.
Sendiri serah tengkuk |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 13-6-2021 08:10 PM
Kalau call tu dah biasa , tak kira BDR ke ofis ke, pukul 7pm ke 8pm ke, boss call je kalau urgent. Maybe sebab iols ni single, iols pun tak kisah. Asalkan tak melarat sampai nak kena bukak laptop pulak malam2.
Bab emel tu, big boss iols takde life, maklum PJJ dgn wife. Weekends ke, malam2 buta ke kalau dia nak send emel dia send je, ada jugak yg rajin melayan tapi mostly bolayan je, tunggu office hr. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jugalah dapat email pukul 1.00 pagi tanya pasal kerja tapi esok lah baru jawab and dapat tel seawal jam 7 pagi tapi x angkat sebab pukul 8 pagi baru tel balik |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullillah company aku still ok. Takde sapa kacau lepas ofis hour . Kalau still nak sambung kerja lepas pukul 5, tukar status offline. Kadang2 ada je meeting waktu malam tapi still ok. Esoknya masuk ofis lambat sikit takde saper marah. Kalau stress sgt ambik la annual leave relaxkan minda sekejap. |
|
|
|
|
|
|
|
gekkou replied at 13-6-2021 06:40 PM
majikan aku tak masuk kerja kalau tak ada meeting
email tidak akan dibalas selagi kau tak text dia ...
Senang betul.kerja makan gaji buta
Adakah dia dpt.kerja melalui kabel? |
|
|
|
|
|
|
| |
|