CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1590|Reply: 15

[Tempatan] Cadangan Profesor: Beri kelonggaran keluar i-Sinar 2.0 secara bersasar sahaja

[Copy link]
Post time 14-6-2021 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Beri kelonggaran keluar i-Sinar 2.0 secara bersasar
MUHAMMAD YUSAINY MOHAMAD YUNUS | | 14 Jun 2021


SHAH ALAM - Kerajaan disaran supaya memberi kelonggaran pada pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Sinar 2.0 secara bersasar kepada golongan yang memerlukan.

Pakar Ekonomi Asia e University, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, KWSP perlu mengenal pasti golongan yang terkesan dalam pandemik Covid-19.

Kelonggaran tersebut kata beliau, perlu dilaksanakan bagi mengelakkan golongan tersebut terlibat dengan peminjaman wang haram.

“Benarkan orang yang betul-betul susah keluarkan i-Sinar ini kerana untuk menampung kehidupan masa kini dan masa depan belum tentu lagi.

“Ini kerana kita risau, kalau dia tidak dapat keluarkan duit i-Sinar mereka akan pergi cari ah long, dah tambah masalah sebab nak pinjam daripada bank tidak boleh.

“Jadinya, bagilah kelonggaran sebab tua itu belum pasti berlaku, sekarang ini yang kita tengah hadapi kesusahan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Selasa, kerajaan disaran melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 untuk tempoh tiga bulan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengeluaran caruman daripada KWSP untuk i-Sinar 1.0 dan i-Lestari 1.0 cuma membawa penurunan 1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan aset tabungan itu.

Dalam pada itu, Shazali berkata, keperluan rakyat adalah yang utama berbanding prestasi semasa KWSP.

Sehubungan itu, KWSP perlu lebih kreatif dalam mengawal prestasi untuk diagihkan kepada pencarum.

“Selama ini dividen (prestasi) disimpan, apa salahnya bagi dahulu, keluarkan dahulu di samping duit-duit yang disimpan.

“KWSP tidak perlu bagi RM10,000 seperti dahulu, hanya perlu lihat pada keadaan atau gaji yang bersesuaian,” ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 10:20 AM | Show all posts
Asal lak aku nak kena guna simpanan tua aku sebelum masanya kalau tu je pemikirannya baik xyah ada kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 10:21 AM | Show all posts
ni semua cara nak bg kerajaan lepas tangan!
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 10:22 AM | Show all posts
hello, yang i sinar 1 pn ramai dah akaun hampir kosong
celah mana lagi depa nk korek?
kesian lah kat mereka
ada yang benar2 guna duit untuk meneruskan kehidupan

kang nnt orang2 kaya ni jua meroyan
rakyat tak ada simpanan masa depan etc
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Guna duit gomen la!!  Dlu masa isinar dpt xnk lockdown
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ptt sapa yg betul2 susah
Boleh apply zakat lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2021 12:04 PM | Show all posts
Edited by Simunggu at 14-6-2021 12:06 PM

apa nak bersasar...PKP semua org kena...bukan T20 boleh ke sana sini pun...sama sama duduk rumah

bagilah monotorium 3 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 14-6-2021 12:04 PM
apa nak bersasar...PKP semua org kena...bukan T20 boleh ke sana sini pun...sama sama duduk rumah

Dengar kat zakat pun ramai pak lebai dah mencekik awal2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 12:10 PM | Show all posts
Pink59 replied at 14-6-2021 12:05 PM
Dengar kat zakat pun ramai pak lebai dah mencekik awal2.

mcm mana? boleh kita apply zakat?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 14-6-2021 12:10 PM
mcm mana? boleh kita apply zakat?

Nak apply boleh aje, ada byk bantuan. kalau chuols melepasi syarat lagi2 part kiraan kifayah, boleh je. Part proses le makan masa lama kdg2.

Ni link chuols boleh baca dulu  https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/bz
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kebanyakan yg terjejas ni tak ada epf pun, takpun sikit je, nak keluarkan apa lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kata level professor bagai
gitu je ke solution kau? alahai..level2 acik2 bawang rempit je IQ level ko
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 12:57 PM | Show all posts
Yg dulu pun ramai keluar EPF, pastu beli barang kemas, beli motor, beli basikal...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 01:07 PM | Show all posts
bagi je la semua..
buat apa nak syarat bagai..

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau ko x nak.. x yah bunyi lah... x payah tlg jawab utk orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 03:15 PM | Show all posts
gomen mesekin, mcm tu la, ujung2 suh rakyat guna duit sendiri

germany sana, gomen yg bayau gaji tau if lockdown, sini? habuk pun tarak..

pehtu bank2 tu pun satu, pikir untung jewwww, esok2 kut jadi mcm tahun 1997/98 asian financial crisis, tolong lah jgn guna duit rakyat utk bailout  bank2 lahanat ni mkayyyy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.067328 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list