CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 75671|Reply: 297

[Tempatan] TASIK CHINI | Pemangku Raja Pahang Titah Aktiviti Dihentikan.

  [Copy link]
Post time 14-6-2021 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by BicaraHatiku at 15-6-2021 11:43 AM



KUANTAN: Ditarik balik atau kekal?

Demikian persoalan tentang status Tasik Chini yang diisytiharkan sebagai Rezab Biosfera (BR) oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2009.

Difahamkan, proses audit berhubung status itu dilakukan 10 tahun sekali oleh UNESCO dan untuk tasik semulajadi tersebut,  ia sepatutnya pada 2019.

Melihat kepada kegiatan penerokaan di Tasik Chini yang masih berlaku, wujud kebimbangan status BR berkenaan ditarik balik oleh UNESCO.

Tasik Chini menjadi tapak pertama di negara ini yang diberikan pengiktirafan berprestij itu, selain Banjaran Crocker di Sabah yang diterima pada 2014.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang, Noor Jehan Abu Bakar berkata, adalah menjadi kerugian besar kepada negara jika status BR Tasik Chini ditarik balik oleh UNESCO.




“Status ini membolehkan kita menerima dana penyelidikan untuk membangunkan kawasan itu, termasuk mewujudkan limpahan ekonomi untuk masyarakat tempatan dan Orang Asli.

“Berdasarkan senario semasa, kita mungkin kehilangan status BR Tasik Chini jika tiada usaha pemulihan dilakukan. Aktiviti penerokaan juga perlu dilakukan secara sistematik,” katanya.

RB adalah kawasan yang telah dikenal pasti oleh UNESCO untuk membantu mempromosikan pemuliharaan dan penggunaan lestari.

Kawasan yang ditetapkan sebagai RB terdiri daripada ekosistem terestrial, laut dan ekosistem, yang merupakan “Sains untuk Tapak Kemapanan.”

Biosfera diiktiraf di peringkat antarabangsa tetapi dicadangkan oleh kerajaan dan diuruskan oleh negeri tempat rezab itu berada.

Terdapat 669 tapak mempunyai status itu yang mewakili 120 buah negara di seluruh dunia-





Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 103 Users voted View Voters

Poll is finished

45.00% (54)
0.00% (0)
55.00% (66)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayangnya khazanah alam berjuta tahun dimusnahkan. Semua sbb duit kan? Duit bnyk mn pun nak hidup brp tahun je kat dunia ni? Kdng2 nak kumpul duit seolah2 nak hidup selamanya dkt dunia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 12:12 PM | Show all posts
tuuudiaaaa luas ngkooo....aku ingat satu kawasan aje. Kesian kat hidupan2 flora dan fauna kat situ habitat diorang dah terganggu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 01:00 PM | Show all posts
taman negara tu dorang round tak?
entah-entah tengah-tengah dah botak..
agaknya nak tunggu banjir tenggelam terus negeri tu baru nak sedar..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 03:31 PM | Show all posts
kesiannya nasib2 perkampungan orang asli dekat sana... kalau banjir tengok deorang hidup teruk sangat kena hadapi, rumah tak boleh tido terus... moga ada la pembelaan kepada orang2 asli yang kena musibah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 05:41 PM | Show all posts
dizekni replied at 14-6-2021 02:33 PM
Tak payah antarabangsa pun

memang jabatan hutan ada je buat operasi banteras pembalak haram

nak harapkan jabatan hutan??hutan banat sebelah pejabat dorg pun habis licin kena tarah




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2021 07:11 PM | Show all posts


dan dan keluar titah, suruh stop

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sky9WU6HJ_KNgfetxTQ

Kuantan: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan aktiviti perlombongan di kawasan Tasik Chini dihentikan.
Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, saranan itu selepas baginda mengadakan lawatan mengejut di sekitar kawasan Tasik Chini, semalam.
Katanya, baginda juga meneliti laporan dipersembahkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Roasdy Wan Ismail berhubung aktiviti perlombongan di kawasan terbabit serta tindakan pemulihan dan pemeliharaan yang dijalankan oleh kerajaan negeri.
"Baginda bersetuju dengan langkah kerajaan negeri yang tidak lagi mengeluarkan sebarang kelulusan baharu sejak 2019.
"Baginda selanjutnya menitahkan kerajaan negeri bersama-sama Kerajaan Persekutuan dalam bidang kuasa masing-masing dapat mengambil beberapa langkah.
"Tasik Chini merupakan permata alam sekitar di bumi negeri Pahang Darul Makmur dan merupakan Tanah Rizab Bisfera Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang pertama di negara ini.
"Justeru pengiktirafan bertaraf dunia itu hendaklah dipertahankan," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Beliau berkata, baginda mengambil berat dan akan sentiasa memantau usaha yang dijalankan oleh kerajaan negeri untuk memastikan alam sekitar di Pahang sentiasa terjaga.
Katanya, baginda menyeru semua pihak sentiasa mengamalkan prinsip alam sekitar, sosial dan urus takbir yang baik supaya khazanah alam hari ini akan terus kekal dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
"Oleh itu, kawasan bekas lombong dipulihkan semua dengan penanaman pokok hutan yang bersesuaian.
"Selain itu meluaskan lagi kawasan Hutan Simpan Chini yang sedia ada seluas 4,600 hektar kepada kira-kira 6,000 hingga 7,000 hektar bagi menjaga kepentingan flora dan fauna di kawasan Tasik Chini dan sekitarnya.
"Tasik Chini yang diberi status tapak rizab biosfera Unesco dapat diberi keutamaan dari sudut peruntukan kewangan dan pembangunan yang lestari oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Alam Sekitar dan Air," katanya.
Beliau berkata, baginda berharap aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan Tasik Chini yang sedang dilaksanakan dipergiatkan oleh kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Katanya, aktiviti penguatkuasaan diperkasakan dan dilaksanakan secara bersepadu dan berkala membabitkan agensi penguatkuasaan negeri dan Persekutuan.
"Justeru, baginda bertitah adalah menjadi peranan semua pihak tanpa mengira latar belakang sama ada kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), termasuk penduduk setempat untuk sama-sama menjaga kawasan Tasik Chini agar keindahan flora dan fauna serta penempatan masyarakat Orang Asli yang terdapat di kawasan tersebut akan terus terpelihara," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Titah cover ke ni? Depan2 concerned suruh stop.

However macam too late kot habis dah flora2 berharga yang umur ratus tahun tu mana nak dapat balik serupa usia macam tu?
Selama ni pejam mata ke sampai nak tunggu rakyat highlighted baru tahu, sampai tinggal serdak hutan tu, baru now nak titah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 08:00 PM | Show all posts
Kena siasat kelulusan kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan, ulasan dari Pengarah Tanah Galian, Pegawai Daerah, Pengarah Hutan...baru tahu siapa yg salah buat keputusan meluluskan kawasan...membuat ulasan yg tidak tepat demi mengekalkan jawatan juga blh dikira sbg rasuah...blh lapor sprm.



Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak pulih pun makan berpuluh2 tahun!
Patut hutan simpan, tapak unesco jgn ditarah!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya aku tgk negeri kelahiran aku mcmtu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 14-6-2021 09:54 PM
Apa beza isu serangan tasik chini dengan serangan atas lynas dulu2

agenda siapa

Kencing pala hotak ko

bistu ko ingat hutan yg dah botak kat tasik cini tu gamba photoshop ka

Kuantan penah berdebu merah mcm kat planet marikh dulu ko dah lupa ke

Dulu bauksit..skrg tasik cini pulak

Bezanya kat cini xde lynas

Baguslah dah viral gini..skurang2nya buka sikit mata org kat istana tu

Totok cam ko x yah la nak sentap2 x tentu psl hina kayangan ke apa

Isu alam sekitar lbh penting drpd sume tu

Kalo mai banjir,bala bagai rakyat jgk yg merana.vip kayangan  sume tu bleh naik heli lari tempat lain




Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 08:50 AM | Show all posts
dizekni replied at 14-6-2021 05:13 PM
Hadap sangat dengan unesco kat tasik cini

banjir kilat kat kl dah berzaman tak setel2

Pemuliharaan apo????


Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 08:54 AM | Show all posts
cari siapa yg luluskan. tak susah kot.
dah kecoh macam ni, nanti keluar macam macam alasan bagi kelulusan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 10:36 AM | Show all posts
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
(Ar-Ruum 30:41)
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
tarik je balik
lps tu suruh je reputz and media kokesen ni tayang kat satu dunia kemusnahan chini ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
is this the main reason
knp dia deactivate her ig?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 14-6-2021 09:32 AM
tarik je balik
lps tu suruh je reputz and media kokesen ni tayang kat satu dunia kemusnahan chini n ...

Aku setuju...patut tayang pada semua org...betapa rakusnya mereka ini
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
belacan_gurl replied at 14-6-2021 09:38 AM
Aku setuju...patut tayang pada semua org...betapa rakusnya mereka ini

kdg2 biar tekanan tu dtg dr pihak luar
sbb if local people yg bg tekanan,depa x pedulik sbb katanya ketuanan la bagai
musnah khazanah negara di tangan puak2 ni semua sbb depa zalim dgn makhluk Tuhan yg lain yg menghuni area situ
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:46 AM | Show all posts
jagong pujaan ummah x komen ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 14-6-2021 09:32 AM
tarik je balik
lps tu suruh je reputz and media kokesen ni tayang kat satu dunia kemusnahan chini n ...

Inform sekali siapa penyebab nya. And how can sultan negeri berkenaan diam xberkutik???
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu bergantung pada unesco

kita sendiri kena didik masyarakat supaya sayang khazanah alam negara

Tamadun Melayu di Sg Batu, antara tertua di dunia, wajar diberikan perhatian lebih serius oleh semua pihak
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 14-6-2021 09:46 AM
jagong pujaan ummah x komen ke

Jagong bapak kau

celaka bangsat tak sedar diri

tak ada raja2 Melayu kau tu tak ada kewarganegaraan bahlol

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 10:38 AM | Show all posts
OsHiN_hOnEy replied at 14-6-2021 01:34 AM
is this the main reason
knp dia deactivate her ig?

Rasanya sebab isu amek vaksin kot..dengkike?

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 10:44 AM | Show all posts
Golongan istana yg masih kekal releven tu xramai.


Ramai golongan istana semakin hari semakin marhaen bawaan diri mereka.


dengan rakyat pun boleh diungkap kata-kata dengkike???  manusia mcm ini apabila berlaku chaos dia lari dulu.



patutlah Tuhan tu bagi bughit dia  tak subur
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 10:45 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 14-6-2021 09:42 AM
kdg2 biar tekanan tu dtg dr pihak luar
sbb if local people yg bg tekanan,depa x pedulik sbb katan ...

I agree with you 100% semoga ramai yang buka mata pasal geng kayangan ini. kalau you baca thread Haflin kat board kenamaan punya la ramai yang bodek si@azmee06, despite all that is happening ramai yang masih tak sedar.




Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 10:48 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 14-6-2021 01:42 AM
kdg2 biar tekanan tu dtg dr pihak luar
sbb if local people yg bg tekanan,depa x pedulik sbb katan ...

Kesian kat orang asli... hopeless no voice. Imagine kalau kampong kita orang tarah camtu.
NGO Malaysia kena berkutik la.

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 10:56 AM | Show all posts
so what kalau tarik balik???
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 10:59 AM | Show all posts
dizekni replied at 14-6-2021 10:00 AM
Jagong bapak kau

celaka bangsat tak sedar diri

Aaa salah.
Takde fed constitution dan peraturan kewarganegaraan malaysia takde warganegara.

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
abes...Naga Tasik Chini...nak pindah mana
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
tipahketipung replied at 14-6-2021 10:38 AM
Rasanya sebab isu amek vaksin kot..dengkike?

no after fiasco dengkiker
dia ada lagi on her ig
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 11:13 AM | Show all posts
Simunggu replied at 14-6-2021 10:56 AM
so what kalau tarik balik???

Status ini membolehkan kita menerima dana penyelidikan untuk membangunkan kawasan itu, termasuk mewujudkan limpahan ekonomi untuk masyarakat tempatan dan Orang Asli.
tak dapatlah dana dari UNESCO tapi dapat dana dari pemusnahan alam... lagi masyuk


Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 11:13 AM | Show all posts
tarik ja balik pa hal.janji suku sakat kami kaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.180615 second(s), 67 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list