CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BicaraHatiku

[Tempatan] TASIK CHINI | Pemangku Raja Pahang Titah Aktiviti Dihentikan.

  [Copy link]
Post time 14-6-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
nirman replied at 14-6-2021 10:45 AM
I agree with you 100% semoga ramai yang buka mata pasal geng kayangan ini. kalau you baca thread H ...

Wujud lagi ke azmee06 tu tu kat forum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Agong tu tak rasa useless ke negeri habis kena tarah tapi diam tak berkutik? Lainlah kalau memang tangan dia yang luluskan. Kalau betol kerabat tu yang bolot semoga pupus ya kerabat pahang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 14-6-2021 05:41 PM
nak harapkan jabatan hutan??hutan banat sebelah pejabat dorg pun habis licin kena tarah



Ada lesen tak tu

tokey cina mana
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 14-6-2021 09:49 AM
selagi naga x muncul , selagi tu la tapak sebelah tasik dirakus. cuba sekali sekala naga munculkan k ...

Silap2 naga pon kena jual
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:11 PM | Show all posts


dan dan keluar titah, suruh stop

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sky9WU6HJ_KNgfetxTQ

Kuantan: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan aktiviti perlombongan di kawasan Tasik Chini dihentikan.
Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, saranan itu selepas baginda mengadakan lawatan mengejut di sekitar kawasan Tasik Chini, semalam.
Katanya, baginda juga meneliti laporan dipersembahkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Roasdy Wan Ismail berhubung aktiviti perlombongan di kawasan terbabit serta tindakan pemulihan dan pemeliharaan yang dijalankan oleh kerajaan negeri.
"Baginda bersetuju dengan langkah kerajaan negeri yang tidak lagi mengeluarkan sebarang kelulusan baharu sejak 2019.
"Baginda selanjutnya menitahkan kerajaan negeri bersama-sama Kerajaan Persekutuan dalam bidang kuasa masing-masing dapat mengambil beberapa langkah.
"Tasik Chini merupakan permata alam sekitar di bumi negeri Pahang Darul Makmur dan merupakan Tanah Rizab Bisfera Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang pertama di negara ini.
"Justeru pengiktirafan bertaraf dunia itu hendaklah dipertahankan," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Beliau berkata, baginda mengambil berat dan akan sentiasa memantau usaha yang dijalankan oleh kerajaan negeri untuk memastikan alam sekitar di Pahang sentiasa terjaga.
Katanya, baginda menyeru semua pihak sentiasa mengamalkan prinsip alam sekitar, sosial dan urus takbir yang baik supaya khazanah alam hari ini akan terus kekal dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
"Oleh itu, kawasan bekas lombong dipulihkan semua dengan penanaman pokok hutan yang bersesuaian.
"Selain itu meluaskan lagi kawasan Hutan Simpan Chini yang sedia ada seluas 4,600 hektar kepada kira-kira 6,000 hingga 7,000 hektar bagi menjaga kepentingan flora dan fauna di kawasan Tasik Chini dan sekitarnya.
"Tasik Chini yang diberi status tapak rizab biosfera Unesco dapat diberi keutamaan dari sudut peruntukan kewangan dan pembangunan yang lestari oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Alam Sekitar dan Air," katanya.
Beliau berkata, baginda berharap aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan Tasik Chini yang sedang dilaksanakan dipergiatkan oleh kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Katanya, aktiviti penguatkuasaan diperkasakan dan dilaksanakan secara bersepadu dan berkala membabitkan agensi penguatkuasaan negeri dan Persekutuan.
"Justeru, baginda bertitah adalah menjadi peranan semua pihak tanpa mengira latar belakang sama ada kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), termasuk penduduk setempat untuk sama-sama menjaga kawasan Tasik Chini agar keindahan flora dan fauna serta penempatan masyarakat Orang Asli yang terdapat di kawasan tersebut akan terus terpelihara," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
oni313 replied at 14-6-2021 07:11 PM
dan dan keluar titah, suruh stop

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/717776/pemangk ...

Baguslah

segera hentikan penularan fitnah

2019 lagi lesen dibeku

itu pentingnya fakta
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2021 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
oni313 replied at 14-6-2021 11:11 AM
dan dan keluar titah, suruh stop

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/717776/pemangk ...

Baguslah…
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:39 PM | Show all posts
jalan start dari pam minyak sampai simpang masuk tasik chini sedap weh layan korner
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Titah cover ke ni? Depan2 concerned suruh stop.

However macam too late kot habis dah flora2 berharga yang umur ratus tahun tu mana nak dapat balik serupa usia macam tu?
Selama ni pejam mata ke sampai nak tunggu rakyat highlighted baru tahu, sampai tinggal serdak hutan tu, baru now nak titah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:53 PM | Show all posts
dizekni replied at 14-6-2021 02:33 PM
Tak payah antarabangsa pun

memang jabatan hutan ada je buat operasi banteras pembalak haram

benda ni kan...aku malas nak sokong mana2 pihak..

tapi kenyataan kau ni, aku nak tanya sikit..

kalau jabatan hutan ada buat operasi banteras, kenapa makin banyak hutan gondol?
kau nampak tak kenyataan kau ni kontra dengan situasi sebenar...?

kes ni pun, 2019 kata dah disuruh berhenti,
tapi hutan tetap gondol..

jadi celah mananya "jabatan hutan buat operasi banters blah blah blah..." yang kau kata tu?

kes jadi hangat pun sebab viral di media sosial..agak2 kalau tak viral, dah togel dah kawasan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 08:00 PM | Show all posts
Kena siasat kelulusan kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan, ulasan dari Pengarah Tanah Galian, Pegawai Daerah, Pengarah Hutan...baru tahu siapa yg salah buat keputusan meluluskan kawasan...membuat ulasan yg tidak tepat demi mengekalkan jawatan juga blh dikira sbg rasuah...blh lapor sprm.



Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak pulih pun makan berpuluh2 tahun!
Patut hutan simpan, tapak unesco jgn ditarah!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemangku Raja Pahang mahu aktiviti perlombongan di Tasik Chini dihentikan

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan aktiviti perlombongan di Tasik Chini dihentikan.
Tengku Hassanal turut mencadangkan, kawasan bekas lombong itu dipulihkan semula dengan penanaman pokok yang bersesuaian.

Baginda juga menitahkan kerajaan negeri Pahang bersama-sama kerajaan Persekutuan mengambil langkah meluaskan kawasan Hutan Simpan Chini dari, 4,600 hektar kepada sehingga 7,000 hektar bagi menjaga kepentingan flora dan fauna di sekitar kawasan Tasik Chini dan sekitar.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman, selain cadangan-cadangan tersebut, Tengku Hassanal jturut menitahkan beberapa langkah diambil dalam usaha memulihara Tasik Chini yang juga permata alam sekitar di negeri Darul Makmur itu.
“Tasik Chini merupakan Tapak Rizab Biosfera UNESCO yang pertama di negara ini. Justeru, pengiktirafan bertaraf dunia tersebut hendaklah dipertahankan,” kata Ahmad Khirrizal dalam kenyataan yang diedarkan pada Isnin.

Tasik Chini sebelum ini telah menjadi perbualan hangat di media-media sosial sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dan tohmahan sehingga menyebabkan beberapa agensi mengeluarkan kenyataan rasmi
.
Pada 13 Mac 2019, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju mewartakan kawasan seluas 4,600 hektar sebagai Hutan Simpan Chini.

Tasik kedua terbesar di Malaysia itu juga turut dianugerahkan status sebagai Tapak Rizab Biosfera yang pertama di Malaysia oleh UNESCO pada Mei 2009.

Ahmad Khirrizal juga memberitahu, Tengku Hassanal turut meneliti laporan dan gambar-gambar yang tular di media sosial berhubung aktiviti perlombongan di tasik berkenaan.

“Bagi melihat sendiri keadaan tersebut, baginda telah mengadakan lawatan mengejut pada 13 Jun 2021 di sekitar kawasan Tasik Chini.
“Baginda juga telah meneliti laporan yang dipersembahkan Menteri Besar Pahang berhubung aktiviti perlombongan di kawasan tersebut serta tindakan pemulihan dan pemeliharaan yang telah dijalankan oleh kerajaan negeri,” kata Ahmad Khirrizal lagi.

Tengku Hassanal juga, jelas Ahmad Khirrizal, memuji langkah kerajaan Pahang yang tidak lagi mengeluarkan sebarang lesen baharu sejak 2019.

Tegas Ahmad Khirrizal, Tengku Hassanal juga mengambil berat dan akan sentiasa memantau usaha yang dijalankan oleh kerajaan Pahang untuk memastikan alam sekitar di negeri itu sentiasa terjaga.

“Baginda menyeru agar semua pihak untuk sentiasa mengamalkan prinsip alam sekitar, sosial dan urus tadbir yang baik supaya khazanah alam hari ini akan terus kekal dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang,” ujar Ahmad Khirrizal.

Sumber : https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/pemangku-raja-pahang-mahu-aktiviti-perlombongan-di-tasik-chini-dihentikan-303103%3famp=1
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
~boolean replied at 14-6-2021 07:53 PM
benda ni kan...aku malas nak sokong mana2 pihak..

tapi kenyataan kau ni, aku nak tanya sikit..
...

Benda ni dah lama berlaku

dengan orang asli tak boleh buat main

jabatan hutan terhad manpower

orang yang nak ceroboh pulak ramai

hutan tak ada pagar

kenderaan 4x 4 pejabat hutan dikepung

besi tajam dibenam dalam selut laluan keluar hutan sampai tayar pecah dan terperangkap dalam hutan

semua ni kisah2 benar yang biasa dihadapi pegawai perhutanan bila berurusan dengan pencerobohan termasuk orang asli
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2021 08:57 PM | Show all posts
creep_bite replied at 14-6-2021 08:00 PM
Kena siasat kelulusan kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan, ulasan dari Pengarah Tanah  ...

sprm kena take over dah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
BicaraHatiku replied at 14-6-2021 08:57 PM
sprm kena take over dah ni.


Sprm nak mula siasat kena ada report dulu

apa kata ko ajak nirman sinkaporean tu pergi buat report

bukti dah ada banyak kan, kalo ikut cara korang sembang la

kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya aku tgk negeri kelahiran aku mcmtu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
akuchenta replied at 14-6-2021 08:21 PM
Nak pulih pun makan berpuluh2 tahun!
Patut hutan simpan, tapak unesco jgn ditarah!

Fight people fight!
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:16 PM | Show all posts
https://www.cbc.ca/news/world/du ... 2386#:~:text=World-,Dutch%20princess%20says%20she%20won't%20accept%20royal%20allowance%20at,she%20turns%2018%20in%20December.

saja nak share, puteri kafir yang tolak allowance diraja, kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:17 PM | Show all posts
naina replied at 14-6-2021 07:03 PM
Wujud lagi ke azmee06 tu tu kat forum

She is here tapi  mungkin tak guna nama yang sama. dia kan macam BFF dia tak boleh hidup tanpa social media
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.089665 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list