CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1703|Reply: 2

Kareena Kapoor letak harga RM6.7 juta untuk belakon drama?

[Copy link]
Post time 14-6-2021 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Kareena Kapoor letak harga tidak masuk akal

KAREENA Kapoor.

Mumbai: Tanda pagar #BoycottKareenaKapoorKhan menjadi sohor kini dalam kalangan pengguna media sosial di India sebagai menunjukkan protes terhadap pelakon, Kareena Kapoor Khan selepas dia meminta bayaran tidak masuk akal untuk satu watak dalam filem.

Media antarabangsa melaporkan Kareena baru-baru ini ditawarkan untuk membawa watak sebagai Sita dalam filem Alaukik Desai's Sita: The Incarnation, karya K Vijayendra Prasad yang sebelum ini pernah menulis untuk karya francais, Baahubali.

Kontroversi tercetus apabila Kareena meminta bayaran sebanyak RM6.7 juta untuk watak itu sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen di India.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana Kareena seolah-olah mengguris hati dan menyentuh sensitiviti masyarakat Hindu apabila meletakkan bayaran yang tidak masuk akal bagi membawa watak itu.

Ada juga netizen berpendapat Kareena tidak layak membawakan watak itu dan ia sepatutnya lebih sesuai dibawa pelakon lain seperti Yami Gautam atau Kangana Ranaut.

Malah, ada netizen menyarankan agar dia menukarkan nama anaknya sekiranya dia berjaya diambil untuk memegang watak itu.

Bahkan, suaminya yang juga pelakon, Saif Ali Khan turut terheret dalam kontroversi itu dan didakwa tidak menjaga sensitiviti agama dalam drama bersiri Tandav lakonannya.


Sumber:https://www.hmetro.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 02:57 PM | Show all posts
take it or leave it kekdahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 03:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Berbaloi la dgn pengalaman, bakat & kecantikan dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.269554 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list