CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1851|Reply: 3

Tak Kisah Job Apa, Semua Andi Bernadee Terima

  [Copy link]
Post time 14-6-2021 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk negara kita mengubah 360 darjah sisi kehidupan.


Dari kebiasaan menjadi normal baharu yang perlu patuh segala prosedur operasi standard (SOP) dalam apa juga perkara.


Tidak terkecuali penggiat seni tanah air sehingga kebanyakan aktiviti kreatif perlu ditangguh dan dibatalkan.




Foto: IG




Kesannya ada antara mereka yang terjejas teruk sehingga memaksa untuk mencari alternatif lain bagi meneruskan kehidupan.


Perkara sama juga dilalui penyanyi Andi Bernadee, 30, atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile. Ternyata apa yang terjadi juga mengubah dimensi kariernya.


Sentiasa ingin mencari ruang memajukan diri, Andi menyifatkan ketika ini kerjaya penyanyi bukan sesuatu yang mudah.


Namun, dia tetap bersyukur apabila rezeki masih berpihak pada dirinya selepas diberi peluang mencuba bidang lakonan.




  



"Apabila bergelar anak seni, apa sahaja tawaran yang masuk saya akan terima. Memang dalam tempoh ini dunia nyanyian agak suram. Tidak dinafikan dalam keadaan sekarang jemputan untuk mengadakan persembahan memang tidak boleh dilakukan.


"Tetapi siapa sangka dalam rezeki itu datang dalam pelbagai cara, bila dapat peluang untuk mencuba nasib sebagai pelakon saya terima. Ikutkan ia masih dalam bidang seni.


"Saya terharu bagaimana rakan artis lain banyak membantu. Persahabatan yang terjalin ini saya hargai, memandangkan sebagai orang baharu kita memang memerlukan banyak tunjuk ajar," katanya.




  



Antara drama yang sudah dibintangi Andi adalah Melastik Ke Hatimu lakonan bersama Janna Nick, telefilem Korban Penunggu Hospital, siri Jom Mak Raya bKL dan banyak lagi.


Terlanjur bercakap soal Covid-19 dan SOP, golongan artis antara yang sering menjadi sasaran netizen ekoran beberapa insiden pelanggaran SOP sebelum ini.


Melihat ini sebagai satu tanggungjawab bersama, Andi berkata sepatutnya tidak wujud sikap pentingkan diri.




  



"Semua pihak perlu menggalas tanggungjawab yang sama. Macam saya sendiri, memulakan norma baharu dalam kehidupan bukan sesuatu yang sukar mana pun. Jika ada peminat mahu bergambar, saya akan cakap jaga jarak.


"Selepas itu jika kita mahu ke mana mana, patuhilah SOP, orang lain boleh patuh kenapa kita tidak? Sama-sama kita ikut SOP tak kira apa darjat kita pun, sebab virus ini tak memilih mangsa," katanya.


Sesekali mengusik dirinya berkenaan status diri, menurut Andi tiada apa yang perlu disembunyikan kerana dia masih solo.


"Status kini masih lagi solo, ikutkan tidaklah sibuk mencari. Mungkin sebagai seorang lelaki normal untuk memberi tumpuan kepada kerjaya dahulu dalam memastikan kita bersedia ke arah itu.


"Cuma bila ada yang mencuba berkenalan melalui laman sosial itu memang ada. Bagi saya perkara biasa agaknya," katanya.


Dalam masa sama, Andi yang baru sahaja menjalani pembedahan kini berada dalam fasa pemulihan.




  



"Selain memenuhi jadual lakonan, antara yang menjadi fokus saya kini adalah untuk mempromosikan lagu terbaharu saya berjudul Kais Pagi Kais Petang yang dilancarkan Januari lalu juga. Bagaimanapun sesibuk mana kerja tidaklah sampai mengabaikan kesihatan.


"embedahan tempoh hari semakin pulih cuma tidak boleh lasak sangat. Buat masa ini memang saya ada ambil makanan tambahan untuk tenaga, bekerja dalam bidang ini memang tidak tentu masa tetapi bukanlah alasan untuk mengabaikan kesihatan,"katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 03:01 PM | Show all posts
Hahahaha,
kalau job yang bermula dgn huruf b tu terima ke?
Kerja tiup?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga sentiasa Dimurahkn rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:42 PM | Show all posts
yelah bukan kau sorang aje yg struggle.. ramai lagi yg struggle.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.183657 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list