CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14607|Reply: 95

"Aku Kasi Kau Popular,” -Cristina Suzanne Berang, Sebar Gambar Lelaki

  [Copy link]
Post time 14-6-2021 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Gara-gara berang dan geram, pelakon Cristina Suzanne bertindak mendedahkan identiti seorang lelaki yang didakwa telah melakukan kegiatan mencuri di pasar mini miliknya, Glenn’s Grocery di Shah Alam, Selangor.


Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory, Cristina atau nama sebenarnya Cristina Suzanne Stockstill, 36, telah berkongsi gambar seorang lelaki yang dikatakan sebagai suspek kes curi di pasar mini berkenaan.


Foto: IG






“Siapa yang nak jadi popular? Orang lain tengah bersusah payah sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kau boleh pula mencuri.


“Tunggu kejap aku kasi kau popular,” ujarnya.


Dalam hantaran itu juga, pelakon yang pernah membintangi filem Jwanita itu turut meminta orang ramai yang mengenali suspek supaya segera menghubunginya kerana lelaki tersebut dikatakan telah melarikan diri selepas ditangkap.








“Siapa kena dia sila mesej saya dengan segera. Dah kena tangkap kau lari. Lepas itu kau ugut nak cederakan aku?” kata Cristina.


Berdasarkan rakaman video televisyen litar tertutup (CCTV), difahamkan suspek kes curi itu dilihat memandu kereta jenis Honda berwarna putih dengan nombor pendaftaran NDM4275.




  



Menerusi hantaran yang dikongsikan Cristina, dia mendakwa suspek bijak menjalankan kegiatan tersebut apabila memasukkan kesemua barang yang dicuri ke dalam kotak air mineral.


  





“Dia (pencuri) keluarkan air mineral dan susun dekat rak. Kemudian kotak kosong itu dia isi barang-barang yang dia ambil.


“Lepas itu kau bayar air mineral sahaja ke? Baik punya lakonan,” katanya.


Dalam pendedahan tersebut, Cristina turut memaklumkan antara barangan yang dicuri lelaki itu ialah 24 bungkus Milo 3 in 1, 26 bungkus milo biasa, 18 bungkus Nescafe 3 in 1, sembilan botol Nescafe Gold dan 14 bungkus coklat Cadbury.


  



  



Ekoran kejadian tersebut, Cristina turut berpesan kepada pemilik kedai runcit lain supaya berhati-hati dengan lelaki tersebut.


“Kedai-kedai runcit yang lain sila ambil perhatian modus operandi ini. Cara mencuri dalam kotak. Kepada yang ada kedai runcit sila berhati-hati. Periksa kotak dulu,” katanya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu kebanyakan kedai runcit letak nescafe dengan milo pack belakang kaunter..barang panas...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 02:51 PM | Show all posts
dah report polis belum?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 14-6-2021 02:51 PM
dah report polis belum?

Harap2 dh report la
Ummah skrg batak like, viral
Dh viral br nk buat report
Ummah akhir zmn
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
So itu laki yg dicareh dr Nuri*a H , pereka peshen .

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 14-6-2021 03:06 PM
Harap2 dh report la
Ummah skrg batak like, viral
Dh viral br nk buat report

sb marah(sgt)...kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2021 03:29 PM | Show all posts
bagusnya niaga kedai runcit
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
muke laki dia beshe2.. maaf lari tajuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
babynina30 replied at 14-6-2021 03:24 PM
So itu laki yg dicareh dr Nuri*a H , pereka peshen .

yg jadi suami dia ni ke? Baru nak cakap, dia curi suami org takpe plak..hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 03:36 PM | Show all posts
Baca tajuk ingatkan dia berang dengan laki sendiri...baru nak padan kan muka dia curi laki org. haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu minat beliau sebab beliyau nie antara pelakon wanita yg sgt2 berbakat..lg2 masa zaman beliyau dikatakan bercinta dgn bront palarae ,(citer lama n xtau betul ke idok)mmg iolls suka.
Tp start kontroversinya dgn suaminya skrg iolls slow2 cam x berapa nk minat dgn beliyau.
Sekian
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 14-6-2021 02:29 PM
Sebab tu kebanyakan kedai runcit letak nescafe dengan milo pack belakang kaunter..barang panas...

kan.kalau kt pasaraya besar siap letak dlm bekas lagi tiap peket. siap lock
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
babynina30 replied at 14-6-2021 03:24 PM
So itu laki yg dicareh dr Nuri*a H , pereka peshen .

macam ye je
sbb ghupe NH ex camtu la mukanya
so sahih la tu sis
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo..nie yg aku baca kat berita online td,mula2 netz nk kesian sbb curik milo,komen2 pun smua pnuh dgn brsangka baik kesian blaaa blaa blaa,sekali nek honda
Tk jdik kesian
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 04:03 PM | Show all posts
macam encek kelly kerala jer
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Yup mmg dia la caras laki nh. Kisahnya deyols bff dulu, dia ni pun jadi model utk nh. Tuptup dalam diam bercintan cintun dgn laki nh. Nh sgt tak sangka masa tu sbb yela bff kan. Makan hati sgt dok habis masa kat gym je ubat hati. Skrg dah kurus comel dah dia. Now nh pun dah bahagia ada anak sorg yg cute & nampak sgt happy dgn laki skrg.

Christina ni cousin sazzy tak silap. Dia lupa dia pun pencuri laki org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 04:34 PM | Show all posts
lawa sheols lepas dah kawen n beranak pinak.. nampak berseri2.. dulu masa anak dara macam omputeh kepam  yg jenis suka travel backpacking tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 04:37 PM | Show all posts
Banananaa replied at 14-6-2021 04:18 PM
Yup mmg dia la caras laki nh. Kisahnya deyols bff dulu, dia ni pun jadi model utk nh. Tuptup dalam d ...

ehh ye ke cousin?? tak prasan plakkk.yg cite sazzy tu pun caras gak ke? bkn kaa laki sheol msa tu dh brpisah baru dia org menikoh. sori off topic.

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 14-6-2021 02:29 PM
Sebab tu kebanyakan kedai runcit letak nescafe dengan milo pack belakang kaunter..barang panas...

Ada pasaraya kat hometown i siap berkunci & ada staff jaga lagi.. kita nk beli minta kat dia.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 04:40 PM | Show all posts
sheols sejenis sedap mata dipandang. eh comelnya anak sheols!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.102873 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list