CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10737|Reply: 149

[Tempatan] Najib tetap perlu bayar cukai pendapatan RM1.7 bilion, walaupun hari tu cakap be

  [Copy link]
Post time 15-6-2021 12:11 AM | Show all posts |Read mode
Najib tetap perlu bayar cukai pendapatan RM1.7 bilion



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini gagal menghalang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) daripada melaksanakan penghakiman terus Mahkamah Tinggi yang memerintahkan beliau membayar tunggakan cukai pendapatan melebihi RM1.7 bilion.

Perkara itu ditentukan selepas Hakim Datuk Ahmad Bache menolak permohonan beliau untuk menangguhkan penghakiman terus itu sementara rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan, Rabu ini.

Bekas Perdana Menteri selaku defendan turut diperintah membayar kos RM15,000.

Selepas lapan bulan penghakiman terus dikeluarkan pada 22 Julai tahun lalu sehingga notis kebankrapan difailkan pada 4 Februari lalu, beliau belum membayar apa-apa tunggakan sebaliknya memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu.

Dalam keputusannya yang disampaikan melalui emel, Hakim Ahmad menyatakan, Najib boleh mengadakan rundingan dengan LHDN (plaintif) untuk menjelaskan tunggakan cukai secara ansuran sementara menunggu satu lagi rayuannya di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT), dilupuskan.

Penghakiman bertulis setebal 25 muka surat itu menyatakan, kegagalan menangguhkan pelaksanaan penghakiman terus bukan satu kehilangan kepada Najib kerana beliau masih boleh berunding dengan LHDN untuk membuat beberapa pembayaran sementara menunggu rayuannya dilupuskan.

Ini kerana, Peguam Kanan Hasil telah membayangkan kepada mahkamah bahawa beliau telah membuat pertemuan dengan pegawai-pegawai LHDN untuk perbincangan, namun hingga kini tiada usaha dibuat untuk menjelaskan sebarang pembayaran dalam bentuk ansuran. – K! ONLINE


''Jangan harap nak kutip penalti cukai RM1.74 bilion dari saya - Najib''
''Jangan harap nak kutip penalti cukai RM1.74 bilion dari saya - Najib''
https://www.malaysiakini.com/news/570769


Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2021 12:13 AM | Show all posts
sorry la bossku... awak ni poyo2 kat fb konon itu ini idea nya nk bantu rakyat... TAPI cukai TAKNAK BAYAR.... klu cukai xnk bayar mcm mana kerajaan nk ada duit pastu nk bantu RAKYAT?


ini mcm ke PEMIMPIN? lantang bersuara di FB hentam itu ini... tapi diri sendiri tak nak bayar cukai....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bayarlah bossku.. bilion tau..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa ni lah tokjib tunaikan kewajipan kepada negara.

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 12:40 AM | Show all posts
Dari mana la najib dapat duit sampai billion billion tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Byknya duit tok jib..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2021 08:16 AM | Show all posts
Raline replied at 15-6-2021 12:13 AM
sorry la bossku... awak ni poyo2 kat fb konon itu ini idea nya nk bantu rakyat... TAPI cukai TAKNAK  ...

betul sgt2 tu aku sokong 1000%.

badigol punya najib dan sapoter2 dia kt forum ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 08:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2021 08:23 AM | Show all posts
Aku congak2 guna kalkulator.. Kalau Najib bayar ansuran 5000 sehari kat LHDN ianya memakan masa 931 tahun baru habis bayar............
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 08:33 AM | Show all posts
Perlahan2 sumpah laknat memakan diri najib. Cash buat kaki songlap laknat! Penyembah najib @dizekni sila bersimpuh merafak sembah. Kahkahkah!
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Makcit gadai rantai aritu blh gadai hp plk... skrg ni la masa nk bantu najib tlg setel cukai, kata syg piem
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 09:03 AM | Show all posts
bayarla...kalau rakyat kemain kena kejar itu ini...walaupun kau bekas pm, kau pun rakyat juga..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 09:05 AM | Show all posts
...sembang pemuliharaan konon.


Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
X dpt bayangkan klau najib masih jd piem, 2011 -2021, tax free.....marhaen jg disesah klau x byr tax
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknyaa… kami rakyat biasa2 ni tiap tahun kena bayar, pd hal income bkn la byk mcm pak2 menteri dan org kaya2 semua. Apasal mereka lari dr bayar cukai?? Yg polisi selalu saman dan denda,  asik rakyat yg bayar cukai ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 15-6-2021 08:42 AM
Makcit gadai rantai aritu blh gadai hp plk... skrg ni la masa nk bantu najib tlg setel cukai, kata s ...

Seriously ada makcik yg gadai rantai utk tolong kayangan nih...aduyaii makcik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2021 11:31 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 15-6-2021 08:20 AM
berita sama ka nihh??
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1255414&extra=page%3 ...

disebabkan bahasa eng terus jd x sama   tolong abaikan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2021 11:32 AM | Show all posts
G-Pitts replied at 15-6-2021 12:40 AM
Dari mana la najib dapat duit sampai billion billion tu?

amanah KISS kut
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 11:35 AM | Show all posts
bang jib minta derma dekat fan fan FB dia sorang 10 ringgit sebulan settle kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 15-6-2021 11:31 AM
disebabkan bahasa eng terus jd x sama   tolong abaikan

Ada ke...   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.332042 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list