View: 10854|Reply: 149
|
[Tempatan]
Najib tetap perlu bayar cukai pendapatan RM1.7 bilion, walaupun hari tu cakap be
[Copy link]
|
|
Najib tetap perlu bayar cukai pendapatan RM1.7 bilion
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini gagal menghalang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) daripada melaksanakan penghakiman terus Mahkamah Tinggi yang memerintahkan beliau membayar tunggakan cukai pendapatan melebihi RM1.7 bilion.
Perkara itu ditentukan selepas Hakim Datuk Ahmad Bache menolak permohonan beliau untuk menangguhkan penghakiman terus itu sementara rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan, Rabu ini.
Bekas Perdana Menteri selaku defendan turut diperintah membayar kos RM15,000.
Selepas lapan bulan penghakiman terus dikeluarkan pada 22 Julai tahun lalu sehingga notis kebankrapan difailkan pada 4 Februari lalu, beliau belum membayar apa-apa tunggakan sebaliknya memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu.
Dalam keputusannya yang disampaikan melalui emel, Hakim Ahmad menyatakan, Najib boleh mengadakan rundingan dengan LHDN (plaintif) untuk menjelaskan tunggakan cukai secara ansuran sementara menunggu satu lagi rayuannya di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT), dilupuskan.
Penghakiman bertulis setebal 25 muka surat itu menyatakan, kegagalan menangguhkan pelaksanaan penghakiman terus bukan satu kehilangan kepada Najib kerana beliau masih boleh berunding dengan LHDN untuk membuat beberapa pembayaran sementara menunggu rayuannya dilupuskan.
Ini kerana, Peguam Kanan Hasil telah membayangkan kepada mahkamah bahawa beliau telah membuat pertemuan dengan pegawai-pegawai LHDN untuk perbincangan, namun hingga kini tiada usaha dibuat untuk menjelaskan sebarang pembayaran dalam bentuk ansuran. – K! ONLINE
''Jangan harap nak kutip penalti cukai RM1.74 bilion dari saya - Najib''
''Jangan harap nak kutip penalti cukai RM1.74 bilion dari saya - Najib''
https://www.malaysiakini.com/news/570769
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
sorry la bossku... awak ni poyo2 kat fb konon itu ini idea nya nk bantu rakyat... TAPI cukai TAKNAK BAYAR.... klu cukai xnk bayar mcm mana kerajaan nk ada duit pastu nk bantu RAKYAT?
ini mcm ke PEMIMPIN? lantang bersuara di FB hentam itu ini... tapi diri sendiri tak nak bayar cukai.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bayarlah bossku.. bilion tau..
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa ni lah tokjib tunaikan kewajipan kepada negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari mana la najib dapat duit sampai billion billion tu? |
|
|
|
|
|
|
|
betul sgt2 tu aku sokong 1000%.
badigol punya najib dan sapoter2 dia kt forum ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku congak2 guna kalkulator.. Kalau Najib bayar ansuran 5000 sehari kat LHDN ianya memakan masa 931 tahun baru habis bayar............ |
|
|
|
|
|
|
|
Perlahan2 sumpah laknat memakan diri najib. Cash buat kaki songlap laknat! Penyembah najib @dizekni sila bersimpuh merafak sembah. Kahkahkah! |
|
|
|
|
|
|
|
Makcit gadai rantai aritu blh gadai hp plk... skrg ni la masa nk bantu najib tlg setel cukai, kata syg piem |
|
|
|
|
|
|
|
bayarla...kalau rakyat kemain kena kejar itu ini...walaupun kau bekas pm, kau pun rakyat juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
...sembang pemuliharaan konon.
|
|
|
|
|
|
|
|
X dpt bayangkan klau najib masih jd piem, 2011 -2021, tax free.....marhaen jg disesah klau x byr tax |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 15-6-2021 08:42 AM
Makcit gadai rantai aritu blh gadai hp plk... skrg ni la masa nk bantu najib tlg setel cukai, kata s ...
Seriously ada makcik yg gadai rantai utk tolong kayangan nih...aduyaii makcik |
|
|
|
|
|
|
|
disebabkan bahasa eng terus jd x sama tolong abaikan
|
|
|
|
|
|
|
|
bang jib minta derma dekat fan fan FB dia sorang 10 ringgit sebulan settle kot |
|
|
|
|
|
|
|
Raline replied at 15-6-2021 11:31 AM
disebabkan bahasa eng terus jd x sama tolong abaikan
Ada ke... |
|
|
|
|
|
|
| |
|