CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1367|Reply: 0

Maryam, Suri Teladan Sepanjang Zaman

[Copy link]
Post time 15-6-2021 12:57 AM | Show all posts |Read mode
Maryam, Suri Teladan Sepanjang Zaman




Semasa Hannah isteri Imran hamil beliau telah berdoa dan bernazar agar zuriat yang dikandungnya itu menjadi “muharrara”.

Al-Sya’rawi menjelas maksud muharrara – seorang yang bebas dari penghambaan manusia, material dan sosial.

Ekosistem pada zaman tersebut, Bani Israel sangat menyanjung anak lelaki sehingga ia dianggap boleh mengangkat darjat sesebuah keluarga.

Anak dinilai sebagai “harta” keluarga yang paling utama.

Hannah dan suaminya Imran dikenali sebagai pasangan ‘abid’. Kehidupan mereka berbeza dengan masyarakat ketika itu.

Di sisi mereka pengabdian sebenar seorang hamba ialah mengabdikan diri kepada Allah secara total dan menyumbang bakti untuk orang lain (pengabdian sosial)

Mereka mahu anak mereka “bebas” dari belenggu penghambaan darjat dan harta. Sebaliknya anak itu mesti dibesarkan untuk berbakti untuk agama.


Bayt Maqdis ialah lokasi pengabdian dan hanya lelaki dibenarkan berada di rumah suci itu.

Hannah melahirkan Maryam selepas Imran meninggal dunia. Sekalipun tinggal hanya dia dan anaknya, Hannah tidak lupa akan nazar.

Demi menyempurnakan nazar itu Hannah mencabar kelaziman menghantar puterinya untuk berbakti di Bayt al-Maqdis.

Maryam menyambung legasi ibunya sebagai “abidah”. Bahkan Maryam dalam bahasa Ibrani merujuk kepada seorang abidah yang taat kepada Tuhan. Nama Maryam itu sendiri diabadikan sebagai nama Surah al-Quran.

Bayangkanlah kita berada di era itu sedang melihat lokasi yang dianggap “sacred space” @ the holiest of holy yang hanya boleh dimasuki oleh pendita yahudi lelaki terpilih sahaja telah dimasuki oleh Maryam seorang wanita muda, yatim piatu pula.

Maryam menghadapi cabaran gender dan sosial sepanjang berada di Bayt Maqdis.

Kedudukannya sebagai “Mentee” kepada Nabi Zakaria yang sering mempertahankannya cuba diambil -alih & dirampas oleh pendita yang lain.

Mereka merancang komplot demi komplot mendapatkan hak jagaan ke atas Maryam.

Nabi Zakaria diaibkan sebagai tiada zuriat demi menjatuhkan kredibiliti sebagai penjaga Maryam. Alangkah dukanya Nabi Zakaria. Rayuannya dinukilkan dalam surah Maryam.

Al-Quran juga merekod kisah komplot tersebut yang berakhir dengan sesi “pilihanraya” (undian). Pena terakhir bertahan itulah yang berhak menjaga Maryam. Pena itu milik Zakaria.

Kisah Hannah dan Maryam adalah kisah seorang ibu dan seorang anak yang mencabar kelaziman.


Sisi kehidupan mereka keluar dari zon kehidupan selesa.

Menunjukkan kepada kita untuk melakukan sesuatu yang luar biasa kita harus keluar dari rutin dan zon selesa serta meneroka cabaran-cabaran baharu.

Itulah Maryam – yang akhirnya menjadi seorang ibu kepada seorang Nabi Ulil Azmi – Nabi Isa AS

Bacaan lanjut – Surah Ali Imran
Researchgate

Najah Nadiah Amran et al. 2018.
Pengabdian Sosial Keluarga Imran. (Bab dalam Buku).
Penulis juga merupakan AJK Pengumpulan Buku di Pusat Sumber Sayyidatina Hafsah (PSSH)

Lebih lanjut berkaitan Pusat Sumber Sayyidatina Hafsah

Sumber:http://wanitakelantan.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.465815 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list