CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30997|Reply: 331

[Tempatan] Kisah sebenar?Utusan lapor Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Md. Rawi Mahmud kata

  [Copy link]
Post time 15-6-2021 04:34 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 15-6-2021 04:58 PM

MELAKA: Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan membiayai pembedahan pergelangan tangan kiri Ridzuan Abd. Rahim, 26, yang kisah hidupnya menyelongkar tong sampah untuk terus hidup dilaporkan Utusan Malaysia, hari ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Md. Rawi Mahmud berkata, selain membiayai kos pembedahan itu, Ridzuan bersama isterinya, Norhidayah Mad Rabi, 26, serta anak, Nurul Siti Aisah, 5, turut menerima bantuan makanan RM200 setiap bulan.

Di samping itu, katanya lagi, keluarga tersebut turut menerima bantuan sara hidup sebanyak RM200 setiap bulan.

“Melihat kisah hidup mereka sekeluarga, MAIM juga akan menawarkan sebuah rumah tiga bilik di Rumah Pangsa Al-Ehsan untuk mereka diami.

“Jika mereka berasa lebih selesa tinggal di Sungai Udang, MAIM akan membayar sewa dengan peruntukan sebanyak RM400 sebulan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Md. Rawi sebelum itu hadir menemui pasangan suami isteri tersebut di rumah ibu Ridzuan di Kampung Permatang, Pulau Gadong dekat sini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Mohd. Asri Abdul.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, kisah Ridzuan yang nekad menyelongkar tong sampah untuk mencari apa sahaja barang terpakai yang boleh dijual untuk meneruskan hidup.

Ridzuan yang sebelum ini bekerja di Batu Berendam, berhenti kerja selepas pergelangan tangan kirinya patah akibat terjatuh dari pokok kelapa.

Mengulas lanjut, Md. Rawi berkata, keluarga terbabit akan mula menerima bantuan daripada MAIM dengan kadar segera.

“Apa yang paling penting, pembedahan pergelangan tangan kiri Ridzuan akan dibuat di Hospital Melaka dalam masa terdekat.

“Ini penting kerana apabila pergelangan tangan kirinya pulih, dia sudah boleh bekerja seperti biasa dan tidak lagi menyelongkar sampah menjadi sumber rezeki menyara keluarga mereka,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/2021/06/maim-bantu-keluarga-ridzuan/
Cerita sblm

MELAKA: Selongkar tong sampah untuk mencari apa sahaja barang terpakai yang boleh dijual menjadi rutin sepasang suami isteri serta anak mereka yang berusia lima tahun untuk meneruskan hidup.

Demi sesuap nasi, Ridzuan Abd. Rahim, 27, dan isterinya, Norhidayah Mad Rabi, 26, yang kini sarat mengandung anak kedua nekad ketepikan rasa malu.

Setiap hari, Ridzuan akan menaiki motosikalnya dan singgah di mana-mana sahaja lokasi longgokan sampah untuk mencari barangan yang boleh dijual.

Katanya, dia akan meronda bermula dari Limbungan hingga ke Sungai Udang, manakala isteri dan anaknya, Nurul Siti Aisah, 5, ditinggalkan di sebuah gudang yang tidak digunakan di Klebang yang menjadi tempat barangan terpakai dihimpun sebelum dijual.

“Berbekal sebuah khemah uzur, di situlah isteri dan anak saya, kadang-kadang mereka duduk dan tidur menantikan saya balik membawa barangan terpakai.

“Sebelum ini saya bekerja di Batu Berendam, namun, terpaksa berhenti kerja selepas pergelangan tangan kirinya patah akibat terjatuh dari pokok kelapa, Februari lalu.

“Saya terpaksa berhenti kerja kerana hilang upaya apabila tangan kiri tidak lagi boleh memegang atau menggenggam,” katanya dengan penuh sayu ketika ditemui Utusan Malaysia.

Tambah Ridzuan, kehidupan terus malap akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjadi salah satu punca sukar untuk mencari pekerjaan baharu.

Ujarnya, tidak ada syarikat mahu menerimanya bekerja kerana kecacatan di pergelangan tangan kiri yang dialami.

“Demi mencari sesuap nasi untuk isteri dan anak, saya tidak ada pilihan lain, menyelongkar tong sampah bagi mendapatkan barang terpakai yang boleh dijual,” jelasnya.

Ridzuan yang menyewa rumah di Sungai Udang berkata, dia pernah dimasukkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan tangan kirinya.

“Apabila pihak hospital memberitahu perlu membayar kos rawatan tangan kiri sebanyak RM2,700, saya mengambil keputusan keluar dari situ kerana tidak mampu untuk membayarnya,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/selongkar-tong-sampah-demi-sesuap-nasi/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2021 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Family 2 belah ni xtolong ke? Ke 2 2 yatim piatu? Kesian kat anak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 06:31 AM | Show all posts
spital kerajaan pun kena bayaq mahai mcm tu kaa???

Ridzuan yang menyewa rumah di Sungai Udang berkata, dia pernah dimasukkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan tangan kirinya.

“Apabila pihak hospital memberitahu perlu membayar kos rawatan tangan kiri sebanyak RM2,700, saya mengambil keputusan keluar dari situ kerana tidak mampu untuk membayarnya,” katanya. – UTUSAN
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 06:52 AM | Show all posts
Berdasarkan pengalaman2 sebelum ni, agak susah sikit nak terus percaya cerita2 sedih yang disebarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah hai..muda belia lagi dah hidup melarat macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 07:02 AM | Show all posts
Masalah melayu kita, dah tau miskin ada berderet jugak. Kata sakit, tapi nak berenjut tak sakit pulak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2021 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingerchillax at 15-6-2021 07:14 AM
Babai replied at 15-6-2021 07:02 AM
Masalah melayu kita, dah tau miskin ada berderet jugak. Kata sakit, tapi nak berenjut tak sakit pula ...


Yg sakit tiada daya upaya tangan kirinya bukan belot dalam kainnya kheunz?....
bukanka orgasm itewww kemuncak segala kebahagian?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
org keliling tgk je ke, takde ke ketua kg ke, nazir masjid yg tlg apply kan zakat ke bantuan apa yg patut? kena dgr cerita sebelah pihak lg baru boleh komen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2021 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada juga sesetengah orang yang gunakan anak2 untuk raih simpati. Dah jumpa macam2 cara orang pusing konar untuk dapat duit cara tak payah kerja susah payah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu btl xde kudrat..moga ada pihak yy blh bantu..klu drug addicts mcm cite2 seblm ni hrp dpt pulihkan ketagihan dulu...awat muda sgt dah kahwin....aduhai
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 15-6-2021 06:31 AM
spital kerajaan pun kena bayaq mahai mcm tu kaa???

Ada kena byr.. Contoh besi yg tak dicover oleh kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape ketua kampung neh? Kasihan betul.
Tade yg tag UEL kah? Sementara instafamousn n retis berlumba  menayang hse tour, beli kete n rumah cash..

Teringat nasik lemak Limbungan zaman berchenta mengajar kt Bukit Katil duluk. Btw Melaka mmg syurga makanan ya. 24 jam ada je kt mna2 kedai mkn yg buka kot teragak
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik bukan kelate cystah..kalau xhabislah ketia kampung., penjual nasi, ustaz dan penyapu sampah akan dihina oleh oummah .
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 07:52 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 15-6-2021 06:31 AM
spital kerajaan pun kena bayaq mahai mcm tu kaa???

utk extra kena bayaq contoh kalo kena boh titanium sendiri tanggung selalu kalo kemalangan waktu keja socso cover semua
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 07:53 AM | Show all posts
sarah82 replied at 15-6-2021 07:36 AM
Ada kena byr.. Contoh besi yg tak dicover oleh kerajaan.

sumer besi kena bayaq ka? teruk kalau eksiden patah bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 07:55 AM | Show all posts
noell replied at 15-6-2021 07:52 AM
utk extra kena bayaq contoh kalo kena boh titanium sendiri tanggung selalu kalo kemalangan waktu k ...

susah noo kalau kemalangan camni...
ingatkan besi yg biasa2 takde bayaran mahai mcm nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2021 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 15-6-2021 06:31 AM
spital kerajaan pun kena bayaq mahai mcm tu kaa???

Harga besi kena caj..kan patah tangan tuu
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 15-6-2021 07:55 AM
susah noo kalau kemalangan camni...
ingatkan besi yg biasa2 takde bayaran mahai mcm nih..

kalau badan kau masuk besi karat ok la tonot...very cheap...sebab urat kau pun jenis urat dawai kheunz?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Org melaka bkan rajin2 ke..
Kalau kumpul sampah sarap pun still organize.
Kalau duduk kws sampah sarap camni biasa dadih je..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang untung kerja Gomen walopon dah bersara (kadang2 sengaja bersara awal sebab dapat pencen 60%......goyang telo pun duit masyuk). Kalau kena masuk besi ke,  stent ke......walopon kena bayar tapi bolih claim balik dari Gomen.  Untung.  Untung.  Tak lama lagi bangkrap la Kerajaan manjakan sangat staf Gomen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.067338 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list