CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3334|Reply: 20

[Tempatan] HSBC tutup 13 cawangan di Malaysia pada 31 Disember, 2021

  [Copy link]
Post time 15-6-2021 05:19 PM | Show all posts |Read mode
HSBC tutup 13 cawangan di Malaysia menjelang akhir tahun
Sharifah Pirdaus Syed Ali & Bernama
Diterbitkan 15 Jun 2021, 11:27 am

HSBC Bank Malaysia Bhd (HSBC) berkata Malaysia kekal sebagai pasaran pertumbuhan utama dan akan memperluaskan operasi perbankan digitalnya serta mengurangkan cawangan seiring dengan perkembangan terbaharu perkhidmatan kewangan dan perbankan.

Menjalankan operasi di Malaysia sejak 1884, transformasi itu melibatkan pelaburan dalam kemampuan digitalnya dengan membuat perubahan kepada teknologi dan cawangan untuk memenuhi harapan pelanggan dan kaedah yang lebih digemari mereka untuk berniaga dengan lebih baik.

"HSBC kini fokus dalam pelaburan untuk mengubah untuk masa depan perbankan melalui pendigitalan dan sebagai sebahagian daripada transformasi ini, sebanyak 13 cawangan bank kami akan ditutup pada 31 Disember, 2021.

“Pelanggan dapat terus melakukan urus niaga perbankan mereka melalui cawangan terdekat, mesin juruwang automatik (ATM), perbankan telefon atau platform perbankan digital kami seperti aplikasi perbankan HSBC Malaysia atau perbankan dalam talian HSBC.

"Kami ingin mengulangi komitmen berterusan terhadap perniagaan HSBC di Malaysia dan mengubah masa depan perbankan," kata HSBC dalam e-mel kepada Bernama.

Kumpulan HSBC menekankan bahawa cerminan komitmen itu merangkumi pelaburan US$250 juta HSBC Malaysia di ibu pejabat baharunya di Malaysia, iaitu di hab kewangan TRX.

Kumpulan itu juga telah melakukan pelaburan sebanyak US$40 juta dari tahun 2021 hingga 2023 untuk melengkapkan cawangannya dengan keupayaan digital yang dipertingkatkan dan teknologi baharu.

Ia adalah tambahan kepada US$18 juta yang dilaburkan dari tahun 2018 hingga 2020 untuk membolehkan bank itu mengembangkan format cawangan yang inovatif dan menggunakan cara baharu dalam memberi perkhidmatan pelanggan serta menyokong perjalanan kewangan mereka.

Komitmen itu melibatkan penciptaan lebih daripada 200 peranan baharu untuk menyesuaikan diri dengan landskap perbankan yang terus berkembang dan menempatkan kakitangan HSBC ke dalam peranan baharu ini dengan meningkatkan kemahiran pekerja tempatan bagi menyesuaikan diri dengan trend perbankan pengguna ketika ini dan pada masa depan, katanya.

"Kami mempunyai sejarah panjang lebih daripada 130 tahun di Malaysia dan merancang untuk terus berkhidmat kepada pelanggan kami dan membuat pelaburan untuk para pekerja, rangkaian dan perniagaan,” katanya.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2021 05:22 PM | Show all posts
2021
HSBC Malaysia dijangka buang 600 staf
https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1254269

2020
HSBC dijangka buang 35,000 staf
https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1190851

2015
HSBC akan buang 50,000 staf seluruh dunia
https://mforum.cari.com.my/forum ... read&tid=878955
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 05:23 PM | Show all posts
elok berenti lah meniaga...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 05:24 PM | Show all posts
aduhai, mcm mana la yang dah beli X50 flagship, nak kena bayar bulan2
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 05:30 PM | Show all posts
Dah mula satu yang lain tunggu masa je bakal berjangkit sama dah semua bakal didigitalkan.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 06:15 PM | Show all posts
welcome to digital money @ electronic currency
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2021 06:46 PM | Show all posts
totokreturn. replied at 15-6-2021 05:24 PM
aduhai, mcm mana la yang dah beli X50 flagship, nak kena bayar bulan2

staff hsbc kan gaji mahal bonus belas2 bulan.. patut x50 tu dah lama settle cash je
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 07:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2021 07:51 PM | Show all posts
Edited by Innrukia at 15-6-2021 08:06 PM

industry 4.0 automation & digitalization... kena ready la
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 08:04 PM | Show all posts
Edited by Innrukia at 15-6-2021 08:07 PM

Austria's AT&S to invest RM8.5b to set up plant in Malaysia, its first in Southeast Asia


KUALA LUMPUR (June 10): Austria-headquartered AT&S, a global manufacturer of high-end printed circuit boards (PCBs) and integrated circuit (IC) substrates, has chosen Malaysia for its first production plant in Southeast Asia. The facility, which involves a proposed total investment of RM8.5 billion will be set up in the Kulim Hi-Tech Park, Kedah, and produce high-end PCBs and IC substrates, Senior Minister and International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mohamed Azmin Ali said in a statement today. It is expected to create 5,000 high-tech and high-impact jobs, he said.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
semua mesti siap sedia dari skrg. pandai2 simpan duit
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 10:08 PM | Show all posts
HSBC bapak segala illuminati ada nak pikir ke pasal staff melayu isele ?

puihh puihhh

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima la hakikat Malaysia bukan lagi pilihan utama utk FDI

Now it’s Indonesia and Vietnam time
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2021 10:32 PM | Show all posts
HSBC buang staff bukan di Malaysia shj
seluruh dunia la
berita2 mcm ni mana ada dlm SR, MHDateline
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 09:58 AM | Show all posts
ada nampak semalam notification yang 13 cawangan yang ditutup tu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 09:59 AM | Show all posts
kecilkan operasi utk jimatkan kos..benda biasa la dlm meniaga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2021 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Brunei dh lama HSBC ni ceased operation. Klau xde krja tu lgi lh, dh biasa, rate pngangguran Brunei kat ASEAN nmbr satu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Actually bkn covid je yg buat ekonomi terjejas tapi revolusi it dan perkrmbangan semasa.. arah business yg berbeza ini juga antara faktor yg mrnyebabkan ekonomi terkesan..sepatutnya kita blh kurangkan impak dgn bijak merancang tapi msia selalunya reaktif dan bkn proaktif
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 11:18 AM | Show all posts
Edited by sidewinder at 18-6-2021 11:24 AM

biasa la ni.....dunia dah berubah semua pakai AI......semua online....generasi skrang mana suka pegi Q panjang kat bank dah.....semua buat kat dpn laptop....smartphone....yg dok suka pegi Q byr bil air, elektrik, bil tefon dll tu generasi yg lahir tahun 50an - 60an.....generasi yg lahir 80an semua dah tau pakai internet banking pada yg ada education laa
dulu aku ada seorg kawan ni....time tu aku belajar lagi....dia SPM jer....result tak der la teruk bole je kalu nak sambung belajar tp dia yg tak nak so dia pun apply keje bank....so dpt laa jd teller kat front desk tu....fuhhh dia punya bangga bukan main lagi....siap cakap.....ko belajar tinggi2 pun nanti keluar keje tak gak....baik keje dpt laa merasa duit....time tu aku diam je sbb aku pun x tau mcm mana aku nyer future mungkin betul apa yg dia cakap based on apa yg aku nampak time tu ramai je graduate tak der keje.....tp ada je yg jer keje lepas habis blaja....so aku pekak kan telinga....lagi pun time tu muda....buat apa2 nak susah2 cari duit melainkan ada benda buruk jd kat family baru laa pk....haaa skrang tu dia.....dia tgh struggle utk survive skrang.....aku lek2 je....nak keje bole je dpt kadang2 x perlu cari ......org yg akan cari aku dan offer keje.....sama ada nak ngan tak nak jer


Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
staf bank kena ready la cari keja lain. bank akan kecikan staf. 1 cwgn 2,3 staf dh ckup. selebihnya guna mesin. tambah la skang ni semua online.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.066609 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list