CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5321|Reply: 40

[Tempatan] Cadangan penggabungan Celcom-Digi berjalan lancar. Nama baru Celcom Digi Bhd dgn

  [Copy link]
Post time 15-6-2021 07:12 PM | Show all posts |Read mode
Cadangan penggabungan Celcom-Digi berjalan lancar
Oleh Mahanum Abdul Aziz - Jun 15, 2021 @ 6:11pm

KUALA LUMPUR: Cadangan penggabungan Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Digi.com Bhd (Digi) berjalan lancar dan tiada sebarang isu luar biasa timbul untuk kedua-dua syarikat bergabung menjadi penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata Group Bhd, Datuk Izzaddin Idris, berkata Axiata Group dan Telenor ASA berharap dapat memeterai perjanjian definitif dalam tempoh terdekat dengan selesainya proses ketekunan wajar.

Beliau berkata, sebaik saja perjanjian definitif itu dimeterai, pihaknya akan segera mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi penggabungan itu.

"Pemegang saham sangat teruja dengan cadangan penggabungan. Nama syarikat penggabungan ialah Celcom Digi Bhd.

"Setakat ini, proses berjalan lancar dan tidak ada sebarang isu yang luar biasa yang timbul," katanya pada sidang media secara maya sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Axiata, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terkini cadangan penggabungan Celcom dan Digi yang diumumkan pada April lalu.

Jika penggabungan membabitkan Celcom dan Digi itu menjadi kenyataan, ia akan mewujudkan pendapatan pro forma sekitar RM12.4 bilion, sementara pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) pra sinergi mencecah RM5.7 bilion.

Penggabungan Celcom-Digi juga akan membentuk 19.1 juta pelanggan di seluruh negara, sekali gus menjadikan Celcom Digi sebagai peneraju pasaran.

Pembentukan Celcom Digi akan menyaksikan Axiata dan Telenor masing-masing menguasai 33.1 peratus pegangan, manakala selebihnya dikuasai pemegang saham institusi dan rakyat Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada urus niaga penggabungan, Axiata akan menerima saham baharu yang diterbitkan dalam Digi mewakili 33.1 peratus pegangan saham pasca bernilai RM2 bilion.

Daripada itu, RM1.7 bilion adalah daripada Digi menerusi penerbitan hutang baharu, manakala baki RM300 juta lagi daripada Telenor.

Mengenai rancangan anak syarikat Axiata, Boost Holdings Sdn Bhd membentuk konsortium dengan Kumpulan Perbankan RHB memohon lesen perbankan digital daripada Bank Negara Malaysia (BNM), Izzaddin berkata, kerjasama strategik itu sejajar dengan visi kumpulan untuk memacu keterangkuman digital di Malaysia dan serantau.

Beliau berkata, setakat ini, draf permohonan lesen perbankan digital itu sudah siap dan pihaknya akan mendapatkan kelulusan lembaga pengarah untuk tujuan itu.

Katanya, Axiata optimis dan berada dalam landasan untuk menghantar permohonan lesen perbankan digital itu sebelum 30 Jun ini.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2021 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tunggu latest offer ja dari celcom + digi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 07:32 PM | Show all posts
iols baru je terminate Digi sbb line hauk..bila complaint, CS punya solution suruh restart device..tapi line tetap hauk jua..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
elokla bergabung digi line pn selalu hauk
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 15-6-2021 07:32 PM
iols baru je terminate Digi sbb line hauk..bila complaint, CS punya solution suruh restart device..t ...

Tgk tpt jgk kot..dkt tpt i digi je ok... Line lain sume xle pakai..asik tersangkut2 je.. I guna data digi fully without unifi...bole guna utk hp, laptop buat keja and sambil2 tgk tv guna wifi utk youtube atau muvi online at one time... So far okla...guna 80gb data sebln & 100gb utk youtube x penah habis...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
umobile ngn maxis  xmaw gabung ka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2021 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ekselen replied at 15-6-2021 12:50 PM
Tgk tpt jgk kot..dkt tpt i digi je ok... Line lain sume xle pakai..asik tersangkut2 je.. I guna da ...

Bab data digi no problem. Boleh share hotspot utk banyak device. Ini experience I masa pkp 1 dulu. Celcom hauk, share hotspot dgn 1 mobile pun tak lepas. Both postpaid.
Now celcom aku dah tukar ke prepaid digi. Ada la beza kelajuan prepaid (bukan yg unlimited data) & postpaid digi.

Masalah digi adalah line call hauk. Tempat I ni asyik hilang line je, tgah call senyap, manjang unstable.

Customer service paling sakit hati celcom lah. Sebab utama bertukar ke telco lain. Last2 dua ni bergabung, customer jgk yg ken tipu.. Ciss betul
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 15-6-2021 09:32 PM
Bab data digi no problem. Boleh share hotspot utk banyak device. Ini experience I masa pkp 1 dulu. ...

i punya intenet n call dedua ok je...line smooth... Harap2 ada improvement lg lah kalo dh bergabung..jgn lg hauk sudah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2021 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 best tak kerja kat company besar mcm celcomdigi tu nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerexxx replied at 15-6-2021 09:37 PM
Agak2 best tak kerja kat company besar mcm celcomdigi tu nanti?

Perkara pertama slps merger biasanya akn ada.vss..bersiap sedialah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ekselen replied at 15-6-2021 08:50 PM
Tgk tpt jgk kot..dkt tpt i digi je ok... Line lain sume xle pakai..asik tersangkut2 je.. I guna da ...

Iols pkai digi same mcm uols 90gb slme ni ok very smooth...tppppp sejak2 pkp 3.0 jd hauk
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat dah terminate celcom
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerexxx replied at 15-6-2021 09:37 PM
Agak2 best tak kerja kat company besar mcm celcomdigi tu nanti?

dulu penah dengar citer celcom tu high turnover..dulu la, latest taktau
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
NurAlia14 replied at 15-6-2021 10:16 PM
Iols pkai digi same mcm uols 90gb slme ni ok very smooth...tppppp sejak2 pkp 3.0 jd hauk

Sbb dah ramai guna intenet kt umah kot...bdr la, pdpr la, main game lg...mau x slow... Iols nk kat2 tgh mlm je line hauk sikit... Time2 lain normally ok je...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Maxis hotlink teruk juga pun.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ABCD Axiata Berhad Celcom Digi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehh akak la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah elok2 haku pakai telco kokesen nan indah, masok pulak umah kepam berkerak. Dah jatuh martabat jadi telco Pprt. Hadooiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2021 03:27 PM | Show all posts
Gabungan Celcom Dan Digi Dijangka Selesai Menjelang Suku Kedua 2022
Diterbitkan pada 21 Jun 2021. oleh Aman.

Celcom dan Digi hari ini telah memuktamadkan gabungan mereka, dan menandatangani  perjanjian untuk bergabung selepas melalui proses semakan antara syarikat lanjutan daripada pengumuman hasrat untuk bergabung pada April lepas.

Dengan gabungan, syarikat baharu Celcom Digi Berhad akan mempunyai sekitar 19 juta pelanggan, dengan pendapatan RM12.4 bilion.

Syarikat gabungan juga dijangka mempunyai nilai ekuiti mencapai RM50 bilion.

Lanjutan pengumuman hari ini, ia dijangka akan melalui proses semakan dan pengesahan oleh pihak berkuasa. Axiata mengatakan gabungan menjadi satu syarikat ini dijangka selesai menjelang suku kedua 2022 – iaitu dalam tempoh setahun lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 04:06 PM | Show all posts
lepas tu buat plan data rega yahudi tapi speed mcm siput
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.093362 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list