CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1711|Reply: 14

[Tempatan] Isu hina agama Islam akan dibawa ke Majlis Raja-Raja, kata Zulkifli. Makcik nak

  [Copy link]
Post time 15-6-2021 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Isu hina agama Islam akan dibawa ke Majlis Raja-Raja, kata Zulkifli
FMT Reporters -June 15, 2021 5:56 PM




PETALING JAYA: Satu kertas kerja berkaitan penghinaan terhadap agama Islam yang kebelakangan ini kerap dilaporkan akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyiapkan kertas kerja berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

“Umum mengetahui insiden berlaku baru-baru ini yang melibatkan sensitiviti keagamaan. Pihak berkuasa telah menjalankan siasatan dan kita sedia menanti keputusannya.

“Malaysia bukanlah baharu berumur setahun jagung. Kita sudah hidup lebih 60 tahun bersama. Jika diumpamakan seperti manusia, sudah memutih uban di kepala. Amat luas ilmu dan pengalamannya,” katanya di Facebook.

Zulkifli berkata, semangat muhibah yang dibina sejak puluhan tahun sudah pasti tidak mudah dirobohkan hanya kerana satu dua isu.

Namun katanya, perkara yang dipandang remeh itulah kadangkala boleh mencetuskan api yang amat marak dan memerlukan kebijaksanaan dalam mempertimbangkan isu dan permasalahan.

“Perbezaan adalah lumrah manusia. Kita ada hati, akal dan pengalaman yang sudah pasti membentuk sudut pandang yang berbeza dalam 1,001 perkara. Bersetuju untuk tidak bersetuju (agree to disagree) pada saya adalah selamanya ramuan terbaik dalam mengurus sebarang bentuk perbezaan.

“Sebagaimana bola dan kedai mamak boleh menyatukan semua bangsa tanpa mengira latar belakang politik, pendidikan dan warna kulit, saya fikir kita juga ada pelbagai bentuk alasan untuk terus hidup dalam semangat muhibah daripada memilih untuk berseteru dan menimbulkan provokasi pada prinsip-prinsip utama agama,” katanya.

Sebelum ini polis menahan enam lelaki warga tempatan berhubung insiden seorang pelanggan dipukul sekumpulan penghantar makanan di Sungai Way, Jumaat lalu, dipercayai berpunca daripada perbuatan menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2021 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Daulat Tuanku!

Institusi raja2 juga yang bagi kerakyatan kepada cina dan india kira2 65 tahun dulu

kini eksperimen yang dinamakan kontrak sosial teruji sekali lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2021 08:55 PM | Show all posts
Dalam seminggu ini sahaja sudah ada 3 insiden penghinaan terhadap Agama Islam




Bila ada orang Islam panas hati dan ambil tindakan agresif untuk pertahankan Islam, orang tu kena tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk sgt dah isu2 sendakan agama ni jadi.. yg sajat... etc etc.. tp sendu sgt tindakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2021 10:29 PM | Show all posts
Piramida replied at 15-6-2021 09:04 PM
Byk sgt dah isu2 sendakan agama ni jadi.. yg sajat... etc etc.. tp sendu sgt tindakan.

Betul tu, semakin menjadi-jadi
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde akta ke psl hina agama ni
Tu yg bwk smpi majlis raja2


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2021 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji kau kasi raja raja sudah la...benda macam gini pun mustahil  takda peruntukan perundangan undang2 serta perlembagaan yg telah sedia termaktub utk menanganinya kewww?

Berat sangat keww perkara begini sampai nak kena siapkan kertas kerja?

YOU WILL NEVER WALK ALONE uncle
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 15-6-2021 10:35 PM
Xde akta ke psl hina agama ni
Tu yg bwk smpi majlis raja2

Exactly...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2021 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik.Kiah replied at 15-6-2021 10:29 PM
Betul tu, semakin menjadi-jadi

Betu tu, sejak DAP jatuh:
- makin menjadi2 kes hina islam,
-kes dreba mabuk sampai ada polis mati.,
- kes Adib sonyap sunyi,
- cabutan no.judi naik ke 22kali,
- iklan judi Raya bak cendawan tumbuh,
-.operasi arak jalan even on MCO,
- ratu cantik ada balik,
... Memang gonen PN-UMNO yg.ngaku Melayu islam tak boleh diharap utk. Membela islam...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo  dah semua serah ke MRR

seolah kabinet langsung tak berfungsilah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ke pas yang perintah negara skrg? Menteri jpm pun org dia. Ke pas cuma sentap bila org kutuk2 ketua diorg mcm takiri, hadi bla bla
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 15-6-2021 11:03 PM
Betu tu, sejak DAP jatuh:
- makin menjadi2 kes hina islam,
-kes dreba mabuk sampai ada polis ma ...

Macam biasa, mesti over punya ko mengencing kan

kenapa ko bayangkan semua orang dalam porem ni bodoh sangat tak tau apa itu DAP
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 15-6-2021 08:53 PM
Daulat Tuanku!

Institusi raja2 juga yang bagi kerakyatan kepada cina dan india kira2 65 tahun dul ...

Yg.bagi kerakyatan pada cina tu UMNO jugak yg.gigih dok terima, takut British tak bagi kuasa pada depa waktu merdeka dulu.

Dasar Umno tamak haloba sanggup gadai negara demi kuasa & tunduk pada British. Umno jangan lari dari tanggungjawab yer
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 16-6-2021 01:50 AM
Yg.bagi kerakyatan pada cina tu UMNO jugak yg.gigih dok terima, takut British tak bagi kuasa pada  ...

Mujur juga dapat kerakyatan

kalo tak korang nak buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 12:48 PM | Show all posts
meropak khazanah negara olih oreng oreng Islam...menghina Islam jugak kanPutir belit pong menghina ajaran Islamkan

Quran tak ajar
Nabi pun tak ajar

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.056305 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list