Isu hina agama Islam akan dibawa ke Majlis Raja-Raja, kata Zulkifli
FMT Reporters -June 15, 2021 5:56 PM
PETALING JAYA: Satu kertas kerja berkaitan penghinaan terhadap agama Islam yang kebelakangan ini kerap dilaporkan akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad.
Beliau berkata, pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyiapkan kertas kerja berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
“Umum mengetahui insiden berlaku baru-baru ini yang melibatkan sensitiviti keagamaan. Pihak berkuasa telah menjalankan siasatan dan kita sedia menanti keputusannya.
“Malaysia bukanlah baharu berumur setahun jagung. Kita sudah hidup lebih 60 tahun bersama. Jika diumpamakan seperti manusia, sudah memutih uban di kepala. Amat luas ilmu dan pengalamannya,” katanya di Facebook.
Zulkifli berkata, semangat muhibah yang dibina sejak puluhan tahun sudah pasti tidak mudah dirobohkan hanya kerana satu dua isu.
Namun katanya, perkara yang dipandang remeh itulah kadangkala boleh mencetuskan api yang amat marak dan memerlukan kebijaksanaan dalam mempertimbangkan isu dan permasalahan.
“Perbezaan adalah lumrah manusia. Kita ada hati, akal dan pengalaman yang sudah pasti membentuk sudut pandang yang berbeza dalam 1,001 perkara. Bersetuju untuk tidak bersetuju (agree to disagree) pada saya adalah selamanya ramuan terbaik dalam mengurus sebarang bentuk perbezaan.
“Sebagaimana bola dan kedai mamak boleh menyatukan semua bangsa tanpa mengira latar belakang politik, pendidikan dan warna kulit, saya fikir kita juga ada pelbagai bentuk alasan untuk terus hidup dalam semangat muhibah daripada memilih untuk berseteru dan menimbulkan provokasi pada prinsip-prinsip utama agama,” katanya.
Sebelum ini polis menahan enam lelaki warga tempatan berhubung insiden seorang pelanggan dipukul sekumpulan penghantar makanan di Sungai Way, Jumaat lalu, dipercayai berpunca daripada perbuatan menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama.
Post time 15-6-2021 10:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Gaji kau kasi raja raja sudah la...benda macam gini pun mustahil takda peruntukan perundangan undang2 serta perlembagaan yg telah sedia termaktub utk menanganinya kewww?
Berat sangat keww perkara begini sampai nak kena siapkan kertas kerja?
Post time 15-6-2021 11:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Makcik.Kiah replied at 15-6-2021 10:29 PM
Betul tu, semakin menjadi-jadi
Betu tu, sejak DAP jatuh:
- makin menjadi2 kes hina islam,
-kes dreba mabuk sampai ada polis mati.,
- kes Adib sonyap sunyi,
- cabutan no.judi naik ke 22kali,
- iklan judi Raya bak cendawan tumbuh,
-.operasi arak jalan even on MCO,
- ratu cantik ada balik,
... Memang gonen PN-UMNO yg.ngaku Melayu islam tak boleh diharap utk. Membela islam...