CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 999|Reply: 3

[Tempatan] Wakil Ah Long simbah cat merah, bom petrol ke rumah peminjam

  [Copy link]
Post time 15-6-2021 11:27 PM | Show all posts |Read mode
Simbah cat, pembantu kedai kena jel 4 tahun
Oleh Essa Abu Yamin - Jun 15, 2021 @ 8:31pm


Antara kes simbah cat dan melempar bom petrol yang berlaku di Batu Pahat pada Mei lalu. Polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai pemberi pinjam wang haram atau along. - Foto fail ihsan polis

BATU PAHAT: Seorang pembantu kedai dijatuhi hukuman penjara empat tahun dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan terbabit dalam kes simbah cat dan khianat dengan api menggunakan bom petrol di sekitar daerah ini sepanjang bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata tertuduh, Hau Yong Hua, 40, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini dengan empat pertuduhan.

"Tiga pertuduhan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (Khianat Dengan Api) dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dikenakan ke atas tertuduh.

"Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu kedai mengaku bersalah bagi semua pertuduhan dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun dua bulan atas semua kesalahan itu," katanya dalam kenyataan di sini.

Ismail berkata, pada 29 Mei lalu, polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes menyimbah cat dan melempar bom petrol di daerah Batu Pahat dan Kluang.

"Siasatan telah dijalankan dan kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Rayadan polis mendapat arahan untuk menuduh suspek.

"Polis akan terus membanteras kegiatan ah long secara habis-habisan dan menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan khidmat pemberi pinjaman wang tanpa lesen," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
syabas pak polisi
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:58 PM | Show all posts
kat lembah klang ni bila nak ambik tindakan tegas pd AhLong?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:47 PM | Show all posts
Bagus cepat buat kerja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.068379 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list