CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 827|Reply: 1

[Tempatan] Peniaga nak buat personal loan RM100K tapi rugi RM116,945.21. Percaya iklan di F

[Copy link]
Post time 15-6-2021 11:35 PM | Show all posts |Read mode
Mahu buat pinjaman peribadi, peniaga rugi lebih RM100,000
    Oleh NOR AINNA HAMZAH
    15 Jun 2021, 8:22 pm


SEREMBAN: Hasrat seorang peniaga membuat pinjaman peribadi sebanyak RM100,000 tidak kesampaian malah rugi pula sebanyak RM116,945.21 selepas terpedaya dengan penipuan pinjaman tidak wujud di laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Ab. Ghani berkata, mangsa pada 7 Jun lalu, ketika berada di rumah melayari Facebook sebuah institusi kewangan dan tertarik dengan pinjaman dengan kadar rendah  yang ditawarkan.

Mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 40-an menekan pautan yang tertera di akaun Facebook berkenaan dan berhubung melalui WhatsApp dengan seorang individu bernama Jackie Ang yang memintanya menghantar butiran peribadi.

“Mangsa diminta mengisi borang pemohonan secara dalam talian dan diminta menunggu tiga hari untuk kelulusan pinjaman bank. Pada 10 Jun lalu, mangsa mendapat emel yang menyatakan pinjamannya yang berjumlah  RM100,000 telah lulus.

“Mangsa diminta membeli insuran pinjaman peribadi tersebut sebanyak RM1090.20 di akaun BSN  di bawah penama, Muhamad Zaki Roslan bagi tempoh pinjaman ansuran selama lima tahun dan selepas itu pinjaman berkenaan akan diproses,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aibee berkata, semasa proses kelulusan tersebut, mangsa diperdaya untuk menjelaskan beberapa bayaran ke dalam tiga buah akaun.

Mangsa melakukan beberapa transaksi sehingga semalam dengan jumlah kerugian bagi penipuan pinjaman tidak wujud yang dipohonnya pada 7 Jun lalu itu sebanyak adalah sebanyak RM42,425.21.

Menurut Aibee lagi, bagi permohonan kali kedua yang dibuat pada 8 Jun lalu, mangsa telah tertarik pada tawaran di akaun Facebook yang sama dan telah berhubung melalui WhatsApp dengan seorang individu bernama Sharon Ang.

“Mangsa diperdaya dengan cara yang sama dan melakukan beberapa transaksi ke lebih empat akaun. Pada permohonan kali ini, mangsa telah mengalami kerugian sebanyak RM74,520.

“Sehingga sekarang mangsa masih diminta untuk membuat bayaran bagi pelbagai proses kelulusan pinjaman dan mangsa akhirnya menyedari dirinya tertipu lalu membuat laporan polis di Balai Polis Mantin,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2021 11:49 PM | Show all posts
Lured by low 'interest rates', woman loses RM117,000 in two loan scams
By SARBAN SINGH
    Tuesday, 15 Jun 2021
    7:17 PM MYT

SEREMBAN: A 40-year-old woman from Mantin near here has been cheated of almost RM117,000 in separate loan scams.

Negri Sembilan Commercial Crime Investigation Department chief Supt Aibee Ab Ghani said the victim, who runs a motorcycle repair shop, came across low-interest loans purportedly offered by two banks on social media and decided to apply.

"She saw the first advertisement on June 7 offering an interest rate of only 1.38% and applied for it.

"The following day, she applied for a RM100,000 loan from another so-called bank which also offered 1.38% interest," he said on Tuesday (June 15).

In both cases, she was told to submit her personal details online and informed that her applications would be approved in three days.

"For the first application, she spoke to an individual by the name of Jackie Ang and for the second, she liaised with one Sharon Ang.

"On the third day, she received an email informing her that her applications were successful but that she had to pay for insurance coverage," he said.

Supt Aibee said the victim was also told to make payments if she wanted the process to be expedited and given the accounts of individuals with other banks.

"After she made the payments, the suspects told her she would have to pay refundable deposits for both loans as well as three months' instalments upfront," he added.

Supt Aibee said the victim ended up paying almost RM42,500 for the first "loan" and RM74,500 for the second.

She only realised that she had been conned when the suspects kept asking her to bank in more money.

The victim then lodged a police report on Tuesday morning.

The cases are being investigated under Section 420 of the Penal Code for cheating.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.435611 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list