CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2027|Reply: 1

Keterujaan memandu kereta mewah bernilai lebih RM1 juta

[Copy link]
Post time 16-6-2021 08:50 AM | Show all posts |Read mode

REKAAN hadapannya mempesona dengan signatur spindle.

Keterujaan memandu kereta mewah bernilai lebih RM1 juta

MEMANDU sebuah jentera sport mewah buatan Jepun bernilai lebih RM1 juta merupakan perkara yang luar biasa bagi golongan kebanyakan.

Peluang yang diberikan oleh Lexus Malaysia kepada penulis baru-baru ini untuk memandu uji model LC500 Convertible digunakan sebaik mungkin untuk merasai pengalaman sebenar pemanduan jentera mewah selama beberapa hari.

Penulis difahamkan, LC500 Convertible boleh dianggap rare kerana tidak banyak berada di atas jalan raya Malaysia dan kelibatnya mungkin boleh dikira dengan jari, berbanding rakan seangkatan seperti Porsche dan Ferrari.

Sebaik memulakan pemanduan kereta sport ini, penulis dapat merasakan LC500 Convertible lengkap dengan prestasi yang dinamik dan bukan semata-mata berpaksikan keterujaan pemanduan.

LC500 Convertible mempunyai lebar 1,920 milimeter (mm), manakala panjang 4,770mm dan tinggi 1,350mm.

Tidak semestinya apabila kita memandu kenderaan berprestasi tinggi, kita mahu memecut laju sahaja. Apabila penulis memandunya lebih santai, secara automatik perasaan agresif itu hilang. Memang sesuai kalau memandu kereta ini di tepi pantai sambil membuka bumbung.

Proses untuk membuka bumbung LC500 Convertible ini tidak mengambil masa yang lama. Sebagai contoh, untuk membuka hanya memerlukan masa 15 saat dan menutupnya pula 16 saat.

Fungsi itu boleh dilakukan dengan cepat kerana mekanisme lipatan bumbungnya berkuasa hidraulik dan ia tersimpan kemas di ruang belakang.


PEMANDUAN dengan bumbung terbuka cukup memberikan kepuasan terutama semasa memandu santai.

Malah, proses membuka dan menutup bumbung LC500 Convertible ini boleh dilaksanakan ketika kenderaan sedang bergerak dengan syarat kelajuan tidak melebihi 50 kilometer sejam (km/j).

Sepanjang tempoh pandu uji ini, penulis beberapa kali memandu dalam keadaan bumbung terbuka dan penulis menyedari kadar bunyi angin tidak mengganggu perbualan dengan orang di sebelah.

Menariknya, sekiranya LC500 Convertible ini dikesan akan terbalik semasa bumbungnya terbuka, palang olengan aktif akan berfungsi sebagai satu langkah sokongan tetapi sekiranya tidak diperlukan, ia disorokkan dengan kemas daripada pandangan.

Berbalik kepada aspek pemanduan, apabila pemandu ingin memandu dalam mod-mod prestasi, butang kawalan mod pemanduannya berada di sebelah kiri meter kluster, justeru mudah dicapai. Ia juga mudah digunakan iaitu dengan cara memusingkannya sahaja.

LC500 Convertible menawarkan enam mod pemanduan seperti Normal, Eco, Comfort, Sport S, Sport S+ dan Custom.

Enjin 5.0 liter V8 dan transmisi 10 kelajuan menggerakkan kereta ini dengan menggunakan pacuan roda belakang.

Kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 470hp pada 7,100rpm dan tork maksimum 540Nm pada 4,800rpm.

Atas kertas, kelajuan maksimum LC500 Convertible mampu mencapai 270 km/j. Dari pegun hingga 100 km/j hanya mengambil masa 4.9 saat.


REKA bentuk belakang kereta mewah ini cukup menarik dengan lampu belakang berefek cermin.

LC500 Convertible menggunakan 82 liter petrol. Untuk tangki penuh yang pertama, penulis mampu bergerak sejauh 320 kilometer bagi kombinasi perjalanan lebuh raya dan bandar.

Dari segi pengendalian pula agak baik dan berfungsi mengikut gaya pemanduan pemandu. Penulis dimaklumkan LC500 Convertible ini menggunakan suspensi depan dan belakang jenis multilink.

Sistem suspensi kereta ini juga telah ditala dengan optimum bagi memberikan keselesaan dan pada masa sama menawarkan prestasi serta kepuasan pemanduan.

Apa yang penting, sistem keselamatan bagi model LC500 Convertible terbaru ini juga dilengkapi dengan Lexus Safety System+ (LSS+) dengan ciri-ciri keselamatan terkini yang direka bertujuan menghindari kejadian tidak diingini.

Ini termasuklah sistem praperlanggaran, amaran menukar lorong dengan bantuan mengekalkan lorong, kawalan melayar radar dinamik serta lampu tinggi automatik.

LC500 Convertible ini juga dilengkapi dengan enam beg udara, peninjau titik buta dan amaran lintasan trafik di belakang yang merupakan ciri standard.

Pada bahagian luarannya pula, jentera ini menggunakan rim bersaiz 21 inci dengan tayar ran flat.


RUANG dalaman yang tampak kemas dan moden memberikan keselesaan sewaktu melakukan pemanduan berprestasi tinggi dengan seleksi mod.

Jeriji hadapan signatur Lexus jenis spindle dilengkapkan lagi dengan lampu utama jenis LED. Lampu belakang dengan rekaan unik hadir bersama efek cermin membuatkan kenderaan ini tampak lebih moden.

Masuk ke ruang kabin, LC500 Convertible menggunakan konfigurasi 2+2 bermaksud dua tempat duduk depan dan dua tempat duduk belakang yang sesuai untuk kanak-kanak kecil.

Ciri-ciri menarik yang lain ialah sistem audio Mark Levinson yang hadir dengan 13 pembesar suara mampu memperdengarkan lagu dengan kualiti yang cemerlang.

Ruang simpanan barang bersaiz 197 liter agak kecil, namun sudah memadai bagi sebuah kereta sport mewah.

Kesimpulannya, kereta ini dibina bukan untuk semua orang dengan tanda harganya melebihi RM1 juta, namun sekiranya anda berkemampuan dan inginkan kelainan dari segi pemanduan selain kepuasan tersendiri, kereta ini sesuai untuk dijadikan pilihan.

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 10:56 AM | Show all posts
lexus super car macam LFA ni semua tak dapat review menarik dari reviewer luar. mungkin juga lexus ni bukan pemain kereta super car menyebabkan reputasinya tak sebaik yg lain.  dengan harga tersebut yg lebih menarik dan proper super car dikalangan jenama itali/eropah atau dari Honda/Acura NS-X
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.081643 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list