CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4072|Reply: 22

[Politik] Kenapa proses vaksin rumit? Anwar jawab: Bengong

[Copy link]
Post time 16-6-2021 01:02 PM | Show all posts |Read mode


Kenapa proses vaksin rumit? Anwar jawab: Bengong

Diterbitkan 15 Jun 2021, 9:46 pm
Dikemaskini 15 Jun 2021, 10:12 pm

Presiden PKR Anwar Ibrahim ditanya selebriti Afdlin Shauki pada program bual bicara malam ini mengenai proses vaksin yang sangat rumit di Malaysia.

Afdlin memberi contoh laporan pemvaksinan di luar negara yang pantas dengan berbagai kaedah termasuk cara pandu lalu.

"Jawabnya bengong, menyampah aku dah.

"Selalu saya jaga bahasa. Tetapi ini saya cakap lepas sajalah," kata Anwar.

"Ini duduk isi-isi borang tak habis lagi. Apa ini? Orang mati," tegasnya mengulas proses birokrasi program imunisasi negara.

Setakat tengah hari ini, 101 kes kematian baru dilaporkan dengan jumlah keseluruhan korban seramai 4,069 orang.

Sementara itu, KKM melaporkan 922 pesakit sedang dirawat di UCU dengan 450 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Pun begitu, Anwar berkata sekarang ini berlaku sedikit perubahan dalam kelancaran vaksin.

"Setelah digasak, selepas Tuanku Sultan Selangor tegur," katanya.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 8 Jun lalu menzahirkan rasa terkejut dan kecewa baginda apabila mendapat tahu hanya 615,210 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada negeri itu dan bukan 2.9 juta seperti didakwa sebelumnya.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Mohamad Munir Bani berkata baginda bertitah peruntukan itu adalah tidak adil kerana ia sama sekali tidak seimbang dengan populasi keseluruhan penduduk Selangor.

Katanya baginda turut mahu agar jumlah pusat pemberian vaksin (PPV) di Selangor ditambah, khususnya di kawasan luar bandar.

Sementara itu, Anwar malam ini juga memberitahu Afdlin, dia turut membangkitkan isu program imunisasi yang dikritik ramai sebagai perlahan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pada 9 Jun lalu.

"Saya bila sembah laporan kepada Yang di-Pertuan Agong, saya beritahu Tuanku.

"Ampun Tuanku, rakyat sekarang banyak yang mati, yang boleh dielak kalau vaksin awal.

"Tuanku kata saya juga dapat maklumat dan sudah bagi tahu kepada kerajaan," jelas ketua pembangkang itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 01:05 PM | Show all posts
dia ni sembang mcm kari

ko punya gang dulu pun bagi peluang memerintah pun fail, ada hati nak komen, sembang je lebih, tak tahu la lepas ni nak kencing apa pulak utk dptkan kepercayaan rakyat. Selagi ko bersengkokol dgn DAP tu jangan harap la org nak picaya dekat PKR ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
diam lah orang tua gay.. kau tu yang patut mati dulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 01:08 PM | Show all posts
sabarlah..
kan dah banyak usaha kerajaan skrg ni
byk Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kat seluruh negara
tengok cara pemberian vaksin pun teratur, cepat
lagipun banyak nak keja jaga SOP
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 01:28 PM | Show all posts
Komplen, kritik .. memang senang..
kalau sendiri yang handle benda ni, mungkin baru tau la praktikal tidak semudah teori..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
aku sokong anwar bab ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2021 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tak nak komen pasal orng tak dtng vaksin ka?

Kat Labuan la champion kot masa awal2 2nd phase, sampai KKM CALL  suruh datang awal dri tarikh temujanji, mungkin sebab ramai tak hadir, atau masa tu dh strt nk cepatkan vaksin, atau ka sebab 2nd dos nak elak cuti raya.

Kecoh makcik2 kata sapa nak g vaksin awal sikit dari tarikh temujanji boleh dtng PPV. Tapi masa tu ramai tak nak g.

Tu nak kata kerajaan begong juga ka?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 01:42 PM | Show all posts
ingat vaksin boleh beli senang senang mcm beli ayam ka, benda sikit org nak ramai sama la konsep dia mcm x50 flagship
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 01:46 PM | Show all posts
selayaklah kna panggil bengong ngn bangnon..

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 02:01 PM | Show all posts
Eh hello...Ko ingat koboi ke apa terus main cucuk tak perlu register. Ko pegi tengok kat Singapore, Thailand, Australia semua tu...Satu lg vaccine ni very limited. Banyak negara lagi tengah tunggu  supply. Bukannya over the shelf sesenang dapat.  Dalam kita bercakaran pasal benda ni, Singapore diam2 dah sign 40 NDA agreement utk secure vaccine dr Pfizer, Astra semua tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan terlalu sibuk memburu orang tak mahu vaksin sampai terlupa orang mahu vaksin dan orang dipaksa vaksin sudah berjanggut menunggu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 02:18 PM | Show all posts
kalau terlepas tarikh vaksin, sbb tak perasan update di mysejahtera..
katanye akan bg sms.. tp xde pn.. tup2 dh terlepas tarikh..
bila call csr bgtau, mmg kkdg ade je terus dlm mysejahtera...

jadi mcm mana, boleh walk in je ke ppv tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahli politik ni..bila xde kuasa....bijak depa pakai akai...bila ada kuasa....akai letak tepi...guna jer kuasa yg ada...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo ph masih berkuasa, ntah2 dia pun buat x tau ja..dok sibuk melobi nk jadik piem ke 8... Bila jadik pembangkang pandai plk berkata2...sudahla semua pun sama je...nk nampak hero bila jadik pembangkang..kalo jadik kerajaan xdek plk nk pikir psl hal rakyat ..22 bln dh terbukti camne pemerintahan parti korg...kerajaan gila kuasa...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Minta reschedule balik je...dan setiap hari refresh mysejahtera tu..kt bhgn covid 19 vaccination tu... Ramai yg xtau kena refresh dan check kt bhgn tu...sbb tu agaknya ada yg dok tngu msg...iols mmg sentiasa bkk kt bhgn vaccination tu sbb nk tgk update psl vaksin kita...iols pun xde terima msg apa pun...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 16-6-2021 02:26 PM
Ahli politik ni..bila xde kuasa....bijak depa pakai akai...bila ada kuasa....akai letak tepi...guna  ...


Bila masa nuar penah ada kuasa?..dia penah jadi pm ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 16-6-2021 05:38 AM
Dia tak nak komen pasal orng tak dtng vaksin ka?

Kat Labuan la champion kot masa awal2 2nd phase, ...

Biar btol? Org labuan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CatMiow at 16-6-2021 03:36 PM
beloomberk replied at 16-6-2021 03:18 PM
Biar btol? Org labuan ke?


Ye,  betul,  mungkin ramai tak datang, atau tak daftar,  tak pasti la.

Masa mak saya vaksin sikit sangat warga emasnya.

Suami siap kena call ,dua kali kot kena call, suruh datang beberapa hari awal,  tapi dia tak nak,  sebab dah atur jadual keje, keje kan begilir2.

Masa suami vaksin tu nampak ramai la juga orang kat PPV.

Makcik2 ramai 2nd dos sehari sebelum raya atau dua hari lepas raya.

Sekarang ada variant india,banyak kes kematian,  semua mengelupur daftar vaksin. Masing2 show kat status.

Nuar nak cakap rakyat ke yang benggong? Kami esok2 kena rayu undi nuar, nak undi ke tak mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 16-6-2021 03:13 PM
Bila masa nuar penah ada kuasa?..dia penah jadi pm ke


bijak dan bnyk idea dia...bila x jd PM...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
tak perlu pub bazir duit buat pusat vaksin. delegate je tugas vaksin tu dkt GP2 swasta, klinik kesihatan, klinik desa. org kg pun sng la,xjauh. mcm satu lokaliti ni bley book, terus tarikh n masa yg available dkt GP terdekat guna mysejahtera,direct call klinik etc, kalau org tua xd hp canggih, ujudkan database guna mykad,bank pun bley print detail guna mykad, dlm tu kan da ade chip,bley la detect org tu penah vax,1st dos, 2nd dos.klu nak buat  vaksin drive pun sng mcm kat UK, dlm masjid pun NHS dtg nak bg vaksin.guna mykad ckup la.

mudahkan keje rakyat & govt tak perlu la membazir duit buat pusat vaksin, n konon nak cari sukarela. nama pun darurat, bley je kot guna undang2 paksa GP & private hospital bg vaks tanpa kos tu gov
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.095225 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list