CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53949|Reply: 261

[Jenayah] Pembunuh (Perogol?) Anak Tiri Sempurna Jalani Hukuman 18 Tahun Semenjak 2003 -&g

  [Copy link]
Post time 19-6-2021 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Saksikan video terkini yang membongkar semula kes anak kecil malang ini:


>> https://youtu.be/CVOe3ZTZy6U

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2021 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Mahathirina at 19-6-2021 05:39 PM



Hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop mengarahkan Shahrul Izwan menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap pada 8 Jan 2003.

Panel hakim itu menolak sabitan dan hukuman mati ke atas Shahrul.

Pada 8 September 2006, Mahkamah Tinggi Taiping menjatuhkan hukuman mati ke atas Shahrul Izwan selepas mendapati dia bersalah membunuh Nur Syafrida Md Shukor di sebuah rumah di Kampung Pasir, Kamunting, Taiping pada kira-kira pukul 7 malam pada 25 Jun, 2002.

Shahrul Izwan mengahwini ibu mangsa yang mempunyai tiga anak daripada perkahwinan terdahulu termasuk Nur Syafrida yang merupakan anak bongsu. Shahrul dan ibu mangsa mempunyai dua anak yang kini berumur tujuh dan lapan tahun.

Sebelum tinggal bersama ibunya, mangsa dan dua adik beradiknya dipelihara datuk sebelah ibunya di Gemas, Negeri Sembilan.

Menurut fakta kes, Shahrul Izwan membawa kanak-kanak itu untuk dimandikan di rumah mereka kerana ibunya pada masa itu mengandung lapan bulan.

Ibu mangsa kemudian terdengar air dipercikkan ke lantai dengan hos getah dan kira-kira setengah jam kemudian, tertuduh membawa Nur Syafrida dan meletakkan kanak-kanak itu di atas tikar di ruang tamu rumah itu bagi menyedarkannya.

Ibu mangsa juga memberi keterangan bahawa apabila beliau mengangkat kaki kanak-kanak itu beliau ternampak "ada lubang besar dan beliau tidak pasti sama ada lubang di faraj atau duburnya dan lihat seperti ada usus yang macam nak terkeluar daripada lubang itu".

Mangsa tidak bergerak dan tertuduh meminjam kereta kawannya untuk membawa mangsa. Tertuduh dan ibu mangsa kemudian mengebumikan jenazah Nur Syafrida di dalam kubur yang cetek di Sungai Siput, kira-kira 50 km dari rumah mereka.

Datuknya kemudian datang untuk membawa Nur Syafrida pulang tetapi diberitahu oleh ibu mangsa bahawa kanak-kanak itu hilang semasa melawat bandar peranginan Bukit Merah.

Ibu mangsa membuat laporan polis berikutan bapanya enggan pulang dan semasa disoal siasat, ibu mangsa mendedahkan bahawa anaknya mati dan dikebumikan di Sungai Siput.

Polis menemui tinggalan rangka kanak-kanak itu enam bulan kemudian yang membawa kepada penangkapan Shahrul Izwan.

Sebelum itu, peguam bela Shahrul Izwan, K.Subramaniam meminta mahkamah mengenakan hukuman penjara yang berpatutan ke atas anak guamnya tetapi Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.

Sambil merujuk kepada gambar si mati, beliau berkata kanak-kanak itu comel dan "bayangkan kalau anak itu dapat membesar menjadi dewasa.

Namun, katanya, ia hanya tinggal kenangan kerana satu nyawa sudah hilang dan hukuman yang dijatuhi mahkamah pasti tidak akan mengembalikan anak itu. - BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ^CUN_GILA~. at 20-6-2021 03:05 PM
noor2 replied at 19-6-2021 06:28 PM
Senyum orang gila. ...stress tengok muka beliau ni

Ni muka tua jebek:

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2021 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Blackrose87 replied at 19-6-2021 07:23 PM
Sedihnya baca kes ni..
Dia rogol anak tiri sampai terkeluar usus ke? Tp tak ada tertulis kes rogol ...


>> https://m.youtube.com/watch?v=JTkHq3yTOUM

Berbekalkan muka gini boleh dia terlepas tali gantung.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 08:00 PM | Show all posts

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TAIPING

PERBICARAAN JENAYAH NO: 45-10-2003

PENDAKWA RAYA

LAWAN

SHAHRUL IZWAN BIN AHMAD ZAIDI

ALASAN-ALASAN PENGHAKIMAN

Pertuduhan keatas Tertuduh adalah seperti berikut:-

"Bahawa kamu pada 25 Jun 2002 antara jam lebih kurang 7.00 malam di rumah No. 13D, Bafu 41/2, Kampung Pasir, Kamunting, Taiping di dalam Daerah Larut Matang dalam Negeri Perak, telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian kepada Nur Syafrida bt Md. Shukor, No. Sijil Kelahiran: L 208293. Degan ini kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama".

Tertuduh menuntut dibicarakan.

Kes Pendakwaan

Keterangan SP10

Kes pendakwaan banyak bergantung kepada keterangan SP10 iaitu ibu kandung kepada simati dan isteri kepada Tertuduh.

SP10, seorang janda telah berkahwin dengan Tertuduh, seorang anggota tentera, dalam bulan Disember 2001.

Dengan bekas suami pertamanya, SP10 mempunyai 3 orang anak. Simati adalah anak bongsunya dan pada ketika kejadian baru berusia 4 1/2 tahun. Ketiga tiga anak simati dipelihara oleh ibubapa SP10 di Felda Palong 2, Gemas, Negeri Sembilan sejak mereka kecil lagi.

SP10 juga mempunyai seorang anak di luar nikah hasil hubungannya dengan Tertuduh, bernama Ahmad Daniel. Selepas anak itu dilahirkan ianya dipelihara oleh ibu bapa Tertuduh di Sg. Siput (U).

Selepas berkahwin dengan Tertuduh, SP10 telah membawa simati tinggal bersamanya dan Tertuduh di Kg. Pasir, Kamunting, Perak.

Hubungan Tertuduh dengan simati ketika itu adalah baik.

Sebulan kemudian Tertuduh dan SP10 telah mengambil semula anak mereka Ahmad Daniel dari jagaan ibu Tertuduh untuk tinggal bersama mereka. Ketika itu hubungan di antara Tertuduh dengan simati masih baik.

Bagaimanapun sebulan kemudian ibu bapa Tertuduh telah datang ke rumah Tertuduh semasa Tertuduh bekerja dan mengambil semula Ahmad Daniel untuk tinggal bersama mereka di Sg. Siput.

Sejak hari itu menurut SP10, Tertuduh berubah sikap dan menjadi panas baran. Tertuduh memberitahu SP10 beliau bosan kerana asyik melihat muka SP10 dan simati sahaja. Layanan Tertuduh terhadap simati juga mula berubah. Tertuduh kerap memarahi simati atas kesalahan-kesalahan kecil seperti simati tidak boleh membaca. Simati juga tidak dibenarkan bermain di luar rumah. Simati kerap dipukul sama ada dengan tangan atau dengan tuala muka "Good Morning' yang diikat di hujungnya. Simati juga kerap diragging secara tentera seperti berdiri sebelah kaki, bertinggung dengan kedua-dua tangan di bawah pelipat paha, lari dari penjuru ke penjuru dalam rumah, didera mengangkat kotak berisi bantal dan buku. Adakalanya Tertuduh meragging simati walaupun simati tidak melakukan sebarang kesalahan. Sekiranya SP10 cuba menghalang penderaan, simati akan didera lebih teruk dan SP10 sendiri akan dimarahi.

Menurut SP10 beliau takut untuk memberitahu ibubapanya di Gemas mengenai penderaan itu kerana beliau takutkan Tertuduh. Tertuduh juga kerap memukulnya. Beliau juga tidak mempunyai wang untuk pulang ke kampung.

Keterangan SP10 mengenai kematian simati adalah seperti berikut:-

"Saya keluar ke rumah Kak Normi lebih kurang 5.00 p.m. Baru duduk di rumah Kak Normi sekejap saja hati saya rasa tidak sedap. Saya balik ke rumah dan saya lihat simati sedang diragging - saya lihat simati dalam keadaan mencangkung dengan kedua-dua tangan di belakang pelipat paha. Ketika itu OKT sedang baring di depan simati sambil menghayun-hayunkan tuala good morning yang bucunya diikat. Masa itu simati cuma memakai seluar pendek saja. Masa saya tinggalkannya tadi dia pakai baju dan skirt.

Bila nampak saya simati beritahu saya dia (simati) hendak mandi. Saya pun beritahu OKT 'abang sudahlah tu'. OKT terus cakap kepada simati 'Oo bila nampak mama kau, berani kau minta itu dan ini". Dia suruh simati bangun dan berlari ke bilik ambil tuala, tidak boleh berjalan, mesti lari.

OKT kemudian ikut simati ke bilik air. Mereka berdua masuk ke bilik air. Biasanya OKT yang mandikan simati kerana saya sedang mengandung.

Dalam bilik saya tidak dengar apa-apa atau lihat apa-apa kerana saya menonton tv.

Lebih kurang 15 minit kemudian saya dengar bunyi air, bunyi air dan getah paip diarahkan ke lantai. Tiba-tiba hati saya rasa tersentak seperti ada perkara tidak baik berlaku tetapi saya tidak pergi melihat dalam bilik air.

Tidak lama kemudian OKT keluar dari bilik air dengan mendukung simati dengan badan simati menghala kepada saya sambil berkata "Ayang, baby dah mati'.

Saya bangun dan terus bertanya "kenapa baby boleh mati' berkali-kali. Ia jawab 'Abang tak tahu, abang tak bunuh' sambil meletakkan simati di ruang tamu atas carpet.

Saya menangis sambil cuba buat pernafasan mulut (resuscitation) tetapi tiada tindak balas. OKT juga lakukan pernafasan keatas simati -juga tidak ada tindak balas.

Saya minta OKT dapatkan bantuan Kak Normi dan Kak Nah jiran kami tetapi OKT kata 'diam, abang tak bunuh'. Saya benar-benar takut dengan OKT dan diam.

OKT masuk ke bilik dan ambil baju kurung simati dan dia pakaikan simati dengan baju. Bila dia hendak pakaikan kain simati dia suruh saya angkat kaki simati.

Bila saya angkat kaki simati saya lihat ada lubang besar. Saya tidak pasti sama ada lubang di faraj atau duburnya dan lihat seperti ada usus yang macam nak terkeluar dari lubang itu. Saya lihat ada kesan lebam bulat-bulat pada tundun simati. Pertama kali lihat lebam dan lubang itu.

Bila saya lihat lubang dan usus yang macam hendak terkeluar saya tanya OKT 'abang ni apa'. Dia jawab, 'sudah, baby dah mati'.

Saya duduk mengadap mayat dan OKT beritahu supaya duduk diam kerana dia hendak keluar cari kereta. Selepas azan Maghrib dia keluar.

Sepanjang masa OKT keluar saya cuma duduk menatap mayat. Tidak tahu hendak buat apa.

Setengah jam kemudian OKT balik bawa sebuah kereta Proton warna coklat. Nombor tidak ingat. Dia memang biasa pinjam kereta ini.

Kami lihat Kak Noh dan Kak Normi ada di belakang rumah Kak Nah. Kami tunggu hingga mereka masuk rumah. Bila mereka masuk ke rumah, baru OKT angkat simati masuk ke kereta. (Zaiton bt Hashim dipanggil masuk) Ini yang saya panggil sebagai Kak Nah. (Normah bt Hashim dipanggil masuk) Ini yang saya panggil Kak Normi.

OKT letakkan mayat di tempat duduk belakang.

Kemudian OKT suruh saya bersiap. Saya pun bersiap dan dia suruh saya bawa sekali barang-barang keperluan untuk bersalin. Masa itu saya mengandung 8 bulan. Kami bertolak dengan kereta Proton.

Semasa hendak bertolak Kak Nah dan Kak Normi bertanya saya hendak ke mana. Saya jawab hendak balik kampung. OKT memandu ke rumah in-chargenya Sjn. Zali di Kamunting. OKT tinggalkan saya dalam kereta dan dia jalan kaki ke rumah Sjn. Zali. Ia pergi lebih kurang 20 minit. Dan dalam kereta saya dengar OKT kata kepada Sjn. Zali dia hendak pinjam RM20/-. Saya nampak Sjn. Zali beri duit kepada OKT.

Kemudian OKT memandu berpusing di Kamunting dan kemudian memandu ke arah Sg. Siput.

Di Sg. Siput OKT memandu kereta ke rumah opahnya di sebuah Rancangan Felda. Bila saya tanya hendak kemana kerana itu kawasan hutan, dia marah dan suruh saya diam. Kemudian dia memandu masuk ke arah kampung opahnya. Kami sampai satu kawasan berair. Bila saya tanya itu lautkah dia kata kawasan lombong. Kami berpatah balik dan berhenti di hadapan rumah lama OKT. Kami lihat lampu minyak dalam rumah. OKT turun seorang dan mengelilingi rumah itu dan kemudian naik kereta semula dan pandu ke arah Rancangan Perumahan Awam Rimba Panjang.

OKT berhentikan kereta di belakang rumah emaknya. Dia turun dan suruh saya tunggu dalam kereta. Rumah ibunya rumah hujung (corner lot). Dia pergi ke hadapan rumah ibunya. Di hadapan rumah itu ayah OKT ada buat kebun dan di belakang kebun itu ada belukar. Dia balik semula ke kereta dan beritahu saya biar dia seorang saja yang pergi dan saya tunggu dalam kereta. Saya beritahu saya hendak ikut juga.

Dia pandu dan parking depan rumah emaknya. Kami turun dari kereta. OKT suruh saya dukung mayat. Saya pun dukung tetapi sekerat jalan saya tidak berdaya kerana saya sarat mengandung. Fikiran saya tidak menentu. Dia ambil mayat dari saya dan marah kerana saya yang hendak ikut. Dia masuk ke dalam belukar dan saya ikut sama.

Bila berada dalam belukar dia suruh saya pangku mayat dan dia gali lubang. Setelah lubang siap OKT ambil lampin dan lapik dalam lubang dan letak mayat dalam lubang dan mula kambus tanah. Sambil mengambus tanah saya dengar OKT kata "Baby, uncle tak sengaja, uncle tak bunuh, uncle minta maaf. Dia ada cakap lagi tetapi saya tidak dengar.

Setelah kambus lubang dia suruh saya baca doa. Saya tidak baca. Dia sendiri baca doa. Selepas selesai baca doa OKT masih berkata 'uncle minta maaf, uncle minta maaf.

Kemudian kami pun keluar dari belukar dan terus balik ke Kamunting.

Bila sampai di Jambatan Sg. Perak dia berhentikan kereta dan suruh saya buang skop (scoop) yang digunakan untuk gali lubang ke dalam Sg. Perak.

Kami pun balik ke rumah. Saya tidak adukan perkara ini kepada sesiapa. OKT berpesan sekiranya orang bertanya simati di mana, katakan telah dihantar ke rumah saudara di Sg. Manik, Teluk Intan.

Saya tidak beritahu sesiapa akan kejadian ini kerana saya takutkan OKT kerana dia selalu memukul dan mengugut saya. Dia kata kalau cakap bukan-bukan dia akan bunuh saya, emak, ayah dan anak-anak saya dikampung.

(P5, P6 dirujuk kepada saksi). Ini ialah gambar anak saya Nur Syafrida dan surat beranaknya.

P9A-H adalah gambar rumah saya.

Gambar 5 gambar dalam bilik air.

Gambar ini diambil 6 bulan selepas kejadian. Masa itu kami masih menyewa rumah ini. Mayat anak saya diletakkan atas carpet dalam gambar 2.

Pada 21.12.02 lebih kurang 7.00 pagi ayah saya bersama ibu saya, 2 anak saya dan adik lelaki saya sampai ke rumah saya. Masa itu OKT sedang tidur.

Saya kejutkan OKT dan beritahunya emak ayah saya sampai. OKT macam tak percaya.

Bila OKT buka pintu saya dengar ayah saya bertanya 'di mana cucu aku?' OKT suruh ayah saya masuk dulu. Yang datang semua masuk ke rumah dan duduk. OKT sediakan minuman. Kemudian emak saya bertanya kepada saya di mana cucunya. Sebelum itu OKT berpesan jika ada orang bertanya di mana simati saya hendaklah mereka-reka cerita. Saya pun tipu ibu bapa saya. Saya beritahu ibu dan ayah saya "Baby hilang mak, di Lake Town Bukit Merah".

Ayah saya tanya OKT 'macam mana cucu aku boleh hilang?' OKT jawab memang baby hilang masa kami bawa di Lake Town Bukit Merah.

Ayah saya berkeras mahukan cucunya juga dan dia beritahu dia hendak buat repot polis. OKT terus pegang kaki ayah saya dan berkata 'ayah, tolonglah jangan buat repot. Kasihankanlah saya dan anak saya. Masa itu saya sudah bersalin. Ayah saya terus keluar sambil beritahu dia hendak buat repot polis. Ibu saya, adik dan 2 anak saya ikut pergi.

20 minit kemudian ayah balik semula ke rumah saya dengan keretanya dengan ditemani seorang anggota polis. Polis minta OKT ikutnya ke balai kerana ayah saya ada buat repot cucunya hilang. Polis itu beritahu kerana anak itu dalam jagaan saya dan OKT, kami berdua perlu buat repot.

Sebelum ke balai OKT berpesan kepada saya dalam repot sebut anak hilang di Lake Town Bukit Merah.

Bila sampai di Balai Polis Kamunting saya buat repot polis kerana OKT sebelum itu telah berpesan supaya saya yang buat repot polis.

(P3 dirujuk kepada saksi) Inilah repot yang saya buat.

Selepas buat repot saya balik ke rumah. Ibu bapa dan 2 anak saya terus pulang ke kampung.

Keesokan harinya ayah, ibu dan bekas suami saya datang sama ke Kamunting. Saya jumpa mereka di Balai Polis Semanggol. Saya ke balai polis dengan OKT kerana dipanggil polis.

Lagi sekali OKT suruh saya buat repot di Balai Polis Semanggol. Dia berpesan cakap cerita yang sama iaitu anak hilang di Lake Town Bukit Merah. Itulah cerita yang sama yang saya sebut kepada polis.

Q: Kamu beri statement atau buat repot.

A: Saya beri statement.

Semasa beri statement OKT ada bersama-sama saya. Dia tokok tambah cerita saya. Sebelum itu OKT telah ugut saya jika saya buka cerita dia akan buat anak kami yang baru lahir sama seperti apa yang dia buat pada simati. Anak kecil saya masa itu berumur lebih kurang 4 bulan'.

(Lihat nota keterangan m/s 23-28)

SP10 dan Tertuduh kemudiannya telah ditangkap polis. Setelah ditangkap keterangan SP10 seterusnya mengenai penemuan mayat simati adalah seperti berikut:-

"Di Sg. Siput kami berhenti di Taman Perumahan Awam Rimba Panjang. Kemudian kami ke rumah ibu OKT.

Di situ saya tunjukkan tempat di mana mayat simati ditanam. Polis pun gali tetapi tidak jumpai. Bila polis cuba gali di tempat kedua, saya beritahu bukan di situ mayat ditanam. Saya beritahu saya tidak pasti tempat (spot) dimana simati ditanam. Saya minta polis tunggu OKT sampai.

Bila OKT sampai ia tunjukkan tempat di belakang rumpun pisang. Saya beritahu bukan di situ tempatnya. Polis kemudian bertanya kepada OKT cuba ingat di mana kamu tanam. Saya lihat OKT macam tidak pasti.

Masa itu lebih kurang 8.00 malam. Polis padam lampu. Dalam gelap itu polis beritahu OKT 'ingat semula tempat dimana kamu tanam'.

Masa tanam mayat dulu lebih kurang 2.00 - 3.00 pagi. Keadaan samar-samar. Ada sedikit cahaya bulan.

Polis matikan lampu supaya keadaan tidak terang sama seperti masa mayat ditanam. 2 kali OKT pergi ke tempat ditanam mayat tetapi OKT tidak ingat. Pada kali ketiga baru OKT ingat di mana ditanam mayat. OKT tunjukkan tempat (the spot) dan polis gali pakai back-hoe dan kami lihat tulang-tulang simati. Polis terus gali dengan tangan.

Dan lubang di jumpai baju kurung, kain lampin berwarna lumpur (kuning) dan rangka tulang. Baju kurung sepasang lengkap baju dan kain. Saya dan OKT kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sg. Siput. Saya ditahan di lokap tetapi tidak ingat balai mana.

Pada 21.1.03 saya dibebaskan di Mahkamah Taiping.

Sebenarnya selepas mayat dijumpai saya tidak ditangkap. Saya cuma ditangkap pada 8.1.03 dirumah. Saya dibebaskan di Mahkamah Taiping pada 21.1.03"

(M/s 29-30 Nota Keterangan).

Semasa disoalbalas oleh peguambela, SP10 mengatakan kandungan laporan polisnya (P3) yang simati hilang di Bukit Merah Lake Town adalah laporannya tetapi dibuat atas ugutan Tertuduh.

Peguambela kemudiannya mencadangkan kepada SP10 bahawa kematian simati adalah disebabkan oleh SP10 sendiri. Ini dinafikan oleh SP10. Keterangannya adalah seperti berikut:-

"Katakan: Kamu yang bawa simati ke bilik air.

A: Tidak setuju.

Katakan: Pada masa kamu bawa simati ke bilik air OKT berada di meja komputer dan main game.

A: Tidak setuju.

Katakan: Selepas kamu berada dengan simati dalam bilik air selama 20 minit kamu panggil OKT dan kata 'abang, datang ke sini baby telah pengsan'.

A: Tidak setuju.

Katakan: Selepas memanggil OKT, OKT pergi ke bilik mandi dan bila OKT lihat baby terbaring pengsan atas lantai, OKT bertanya kepada kamu 'apa dan jadi' tetapi kamu berdiam diri saja.

A: Tidak setuju.

Katakan: Kamu tidak laporkan perkara ini dan tidak membenarkan OKT melaporkan perkara ini kepada pihak polis kerana kejadian ini berlaku ketika kamu berada dengan simati dalam bilik air.

A: Tidak setuju.

Katakan: Segala cerita kamu dalam mahkamah adalah rekaan kamu supaya OKT disabitkan.

A: Tidak setuju.

Q: Selepas kejadian siapa yang bawa simati keluar dari bilik air.

A: OKT yang bawa keluar sambil berkata 'baby sudah mati'

Katakan: Selepas OKT bawa keluar simati dan bilik air, kamu telah pegang kaki OKT dan minta maaf dari OKT.

A: Tidak setuju.

Katakan: Selepas kamu minta maaf dari OKT kamu beritahu OKT cari guni supaya mayat simati dapat dimasukkan ke dalam guni supaya mayat itu dibuang dalam sungai.

A: Tidak setuju

Katakan: OKT tidak mengeluar kata-kata 'saya tidak bunuhnya'.

A: Tidak setuju. Ia ada kata begitu".

(Lihat m/s 47-48 Nota Keterangan)

Keteranaan SP2 - (bapa kepada SP10).

Menurut SP2 pada 14.4.02 selepas SP10 berkahwin dengan Tertuduh mereka telah datang ke rumahnya di Felda Palong 2, Gemas, Negeri Sembilan dan membawa simati ke Taiping. Beliau membenarkannya dengan syarat simati dikembalikan pada 1.5.02. Pada 1.5.02 simati tidak dikembalikan dan beliau terus menunggu.

Pada 22.12.02 beliau dan isteri telah ke rumah Tertuduh di Taiping untuk mengambil semula simati. Menurut SP2:-

"Bila sampai ke rumah mereka, saya bertanya anak saya dan OKT di mana cucu saya. Mereka berdua beritahu simati telah hilang di Bukit Merah.

Saya tanya berapa lama sudah hilang. Mereka jawab sejak bulan tujuh. Saya tanya pada mereka perkara ini sudah repot polis belurn. OKT jawab 'tolong jangan repot, tolong jangan repot kalau repot kerja saya akan habis'.

Saya terus ke Balai Polis Kamunting untuk buat repot simati yang hilang. Pihak polis Kamunting enggan terima repot saya kerana simati tidak tinggal dengan saya. Dia suruh ibu simati sendiri buat repot kerana saya beritahu polis simati tinggal dengan ibunya.

Seorang anggota polis berpangkat L/Kpl. ikut saya ke rumah anak saya dan eskot anak saya ke balai polis Kamunting. Di Balai Polis Kamunting anak saya buat repot simati hilang. Selepas itu saya balik ke Felda Palong".

(Lihat m/s 6-7 Nota Keterangan)

Semasa disoal semula SP2 memberitahu Mahkamah:-

"Bila saya tanya di mana cucu saya mereka berdua mengelak-elak. Saya tidak puas hati dan naik radang. Saya hampir hendak tendang anak saya. OKT terus kata "Noor Rasilah tidak bersalah. Saya yang salah". Saya terus tanya OKT - kalau cucu saya benar hidup atau mati di mana kuburnya. Saya terus ke balai polis untuk buat repot kerana saya syak sesuatu yang tidak baik telah berlaku kepada simati'.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak boleh ignore je??? Sick!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2021 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknye x kene ape ke???
Kalau tgk kat CI, kalau omputih mak pun blh didakwa sama sbb sembunyi kematian.
Sayang setan lebih dr sayang anak sendri ke ni.
kesiannya anak tu

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak lbh syg kote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2021 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp le aku baca cite ni.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2021 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Video tu adminnya tersasul sebut dia anggota polis pula di pertengahan video tu.  Tapi takpa la kita overlook sudah.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukuman lgsg xstimpal dgn ksalahan. Btw mak nyaa tlepas ke..? Bukn mak nya dikira bsubahat ka..?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah...knp maknya mcm tu..rela sembunyikn kematian ank sndri...ksian bdk tu xbsalah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 19-6-2021 05:53 PM
Knp le aku baca cite ni.....

Aku baru hilang mood baca kes arwah norazita pegawau ambank yg mati ditembak pada 2013 tu....ni pula duk pandang wajah sinis pembunuh anak tiri yg mak dia bersubahat ...
Terganggu betul emosi petang ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2021 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
CikYaYaYa replied at 19-6-2021 05:56 PM
Hukuman lgsg xstimpal dgn ksalahan. Btw mak nyaa tlepas ke..? Bukn mak nya dikira bsubahat ka..?

Harap datuk tu tak mati lagi.  Kalau dah mati tepuk tangan la setan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 06:01 PM | Show all posts
kenapa tak dikasi ciknek heshe? sama juga perogol lain, potong aje. baru tak berani buat
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm biasa la...betina meleis birah mak2 ni lebih pentingkan kotey drpd anak sendiri kan

Sory la ye..aku mmg pandang sinis kt pompuan2 janda yg dh ada anak masih kecil dr previous marriage, pastu kawen baru or ada boyfren
Kalo anak tu dah besar ke,takpe la jugak
Sbb dah byk kali dgr news psl bapak tiri an boyfren hangsuang lahanat ni
Susah aku nk husnozan sbb mana mungkin pak tiri and boyfren bleh tolerate dgn anak yg bukan dr darah daging sendiri esp bila anak kecil tu tantrum...dah byk kes bunuh,kene cabul and as usual, mak2 diam 1000 bahasa
Korang lgsg takde penyesalan dlm diri ke? Anak yg ko kandung 9 bln senang2 dibunuh oleh laki baru or boyfren ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2021 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Emak arwah tu masih bersama si penjenayah sampai sekarang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
seram ada lubang siap ada usus terkeluar..mak nya memang binatang.laki bini binatang..binatang pon tak malu di bandingan dengan diaorang
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 19-6-2021 05:58 PM
Aku baru hilang mood baca kes arwah norazita pegawau ambank yg mati ditembak pada 2013 tu....ni pu ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullah

Muka setan jantan nie macam muka orang jahat!!

Kenapa emaknya begitu kejam???budak nie diliwat atau camna mati dibunuh??? Kesian atoknya mesti rasa penyesalan yg tidak terkata
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa nak maki je tertuduh ngan isterinya
Yg mak arwah xsyg lgsg ke kt ank tu..sanggup ikut lakinya g tanam arwah..
Moga kejadian ni menghantui maknya smp bila2
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
^CUN_GILA~. replied at 19-6-2021 06:26 PM

Senyum orang gila. ...stress tengok muka beliau ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 19-6-2021 05:58 PM
Aku baru hilang mood baca kes arwah norazita pegawau ambank yg mati ditembak pada 2013 tu....ni pu ...

Ape ending kes tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.097187 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list