View: 1631|Reply: 2
|
[Tempatan]
DBP lancar Pelan Strategik 2021-2025 sempena ulang tahun ke-65
[Copy link]
|
|
DBP lancar Pelan Strategik 2021-2025 sempena ulang tahun ke-65
Oleh Media Mulia 20 Jun 2021, 3:20 pm
PETALING JAYA : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan melancarkan Pelan Strategik 2021-2025 sempena sambutan hari ulang tahun penubuhannya yang ke-65 Selasa ini.
Pelan strategik tersebut dirangka sebagai simbol kesediaan agensi tersebut meneroka lebih banyak potensi bagi meluaskan peranan dalam kepesatan dunia digital, maklumat dan Revolusi Industri 4.0.
Menurut kenyataan medianya hari ini, 22 Jun membawa makna dalam sejarah perkembangan bahasa Melayu di negara ini kerana pada tarikh itulah DBP ditubuhkan
Majlis tersebut dijangka dirasmikan Menteri (Kanan) Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin.
Pada sambutan hari ulang tahun kali ini, DBP ini memilih tema Aksara Nan Hidup Sepanjang Zaman bagi mengajak masyarakat memahami asas penubuhan agensi berkenaan serta fungsinya dalam kontkes pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan sejak tahun 1956 sehingga kini.
Menurut kenyataan itu lagi, DBP turut mengambil inisiatif mempelbagaikan medium penyebaran demi memastikan kegiatan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan tetap dilaksanakan dan sampai kepada khalayaknya.
Walaupun sambutan ulang tahun itu tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka seperti kebiasaan, DBP menjadikan landasan media sosial sebagai laluan agar masyarakat turut merasa denyut nadi perjuangan mendaulatkan bahasa kebangsaan.
“DBP mengajak masyarakat untuk lebih memahami asas penubuhannya dengan siaran infografik Pertama di DBP melalui media sosial (Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram).
“Infografik ini akan memaparkan sejarah DBP yang meliputi pentadbiran, penerbitan , selain pengembangan bahasa,“ katanya.
Antara aktiviti yang dianjurkan termasuklah antaranya program Adik Berpantun melibatkan kanak-kanak seawal usia lima tahun.
Program tersebut yang pastinya mengundang pelbagai gelagat yang mencuit hati sewaktu sesi rakaman kepada ibu bapa.
Video yang terpilih disiarkan melalui media sosial DBP dan turut disiarkan melalui saluran Didik TV Kementerian Pendidikan.
Sepanjang bulan Jun ini juga, tersedia pelbagai pertandingan yang boleh disertai seperti Pertandingan Seni Coret Jawi dan Pertandingan Korus.
Orang ramai boleh mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti yang dilaksanakan serta pertandingan yang dianjurkan melalui media sosial DBP.
Pelbagai hadiah menarik disediakan serta sijil penyertaan juga diberikan kepada peserta.
Program lain termasuklah antaranya forum khas yang akan diadakan selepas berakhirnya majlis sambutan.
Forum tersebut membariskan panel jemputan iaitu Penerbit Eksekutif, Astro Awani, Nazri Kahar; Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat, Jaringan Industri dan Perhubungan Antarabangsa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof. Madya Dr. Jessica Ong Haw Liao dan Pengarah, Perancang Strategi Media, Firewood Marketing Logesh Kumaar.
Ketua Pusat Pengajian Teater, Universiti Teknologi MARA Dr. Norzizi Zulkifli bertindak sebagai moderator yang akan membincangkan isu serta cabaran DBP bertepatan dengan tema sambutan ulang tahun kali ini.
Daulatkan Bahasa Kebangsaan Kita. Bahasa Jiwa Bangsa – UTUSAN ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
banyakkan translate buku2 ilmiah
tapi jgn guna bahasa pelik2 |
|
|
|
|
|
|
|
mohon banyakkan juga bahan bacaan dalam format pdf ya. Yang terkini, DBP kerap muat naik edisi terkini majalah macam Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Dewan Sastera dan banyak lagi koleksi dalam bentuk pdf, secara percuma. Meols sukaaa! |
|
|
|
|
|
|
| |
|