Ivermectin: PPIM buat laporan polis terhadap KKM
Tuty Haryanti Ahmad Rodzi
Jun 23, 2021 @ 11:17am
bhnews@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis semalam terhadap Kementerian Kesihatan (KKM) susulan keengganan menggunakan Ivermectin sebagai rawatan bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.
Laporan polis itu dibuat kira-kira jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang turut dihadiri Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
PPIM dalam satu kenyataan memaklumkan laporan itu dibuat sebagai inisiatif inklusif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam memperjuangkan hak kepenggunaan yang dilihat seakan tiada kompromi daripada pihak atasan dalam mempertimbangkan kaedah dan rawatan alternatif sebagai usaha mencegah penularan COVID-19.
Katanya, keengganan KKM dalam mempertimbangkan keberkesanan penggunaan Ivermectin adalah satu kesalahan jenayah.
"Walaupun KKM sudah mendapat nasihat dan surat daripada doktor pakar di Malaysia mengenai Ivermectin, namun keengganan KKM seakan menjadi persoalan kepada seluruh rakyat.
"Sudah banyak kajian klinikal membuktikan keberkesanan Ivermectin dalam mengurangkan risiko jangkitan sebanyak 88 peratus dan kemampuannya mengurangkan kadar kematian sebanyak 83 peratus.
"Selain itu sudah banyak juga percubaan prophylaxis menunjukkan pengurangan yang menggalakkan penyebaran virus ini," katanya.
Kenyataan itu turut menjelaskan ketika ini jumlah kematian akibat COVID-19 semakin bertambah setiap hari dan jika lebih lambat, ia sudah pasti membimbangkan banyak pihak.
"Kita seharusnya bersikap terbuka dan menerima pandangan daripada pihak lain selagi ia terbukti berkesan bagi mencegah penularan COVID-19 ini," katanya.
Justeru, PPIM menggesa kerajaan dan pihak KKM bersedia untuk membuat kajian lanjut dan menerima kaedah rawatan penggunaan Ivermectin dengan membangunkan protokol rawatan yang selamat secara menyeluruh.
Katanya, ia terbukti berkesan di beberapa negara yang kini berjaya mengurangkan jumlah kes COVID-19 serta varian baharu.
Awal bulan ini, KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin untuk pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital bawah kementerian itu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA).
Ia digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.
Bagaimanapun belum ada bukti konklusif untuk mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat COVID-19.
Penggunaan 'off-label' Ivermectin meraih perhatian global berikutan ada beberapa kajian kes dan ujian klinikal menunjukkan keputusan yang baik.
Bagaimanapun FDA tidak meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat dan mencegah COVID0-19 ke atas manusia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga hanya mengesyorkan penggunaan Ivermectin dalam ujian klinikal, yang mana pesakit perlu dipantau dengan teliti oleh doktor pakar dan penyelidik berpengalaman untuk menjamin keselamatan serta keberkesanan.
Koser melayan si lokman ni, dari time itm bukan cerdik sangat pun asik kehulu kehilir bawa file merentas arus. Nak limelight je. Tak grad pun tapi kata grad.
kalau tak betul tak kan seluruh dunia dah tak kesah covid19, dah berkonsert sana sini, euro2020, sukan tnmt etc....dah declare bebas covid19...hidup normal tiada masker...kes tiba tiba turun...
Yang best nya, Merck yg manufacturer ivermectin in the States pun dah keluar statement kata no basis nak guna ivermectin for covid ni sebab no scientific evidence.
and this is the side effects of ivermectin yg semua yg promote dok ignore. Kalau takut sangat nak ambil vaccine tu konon boleh mati, ivermectin ni pun can cause death juga if tak dimonitor. Specifically read the warning to certain people with health issue tu. Tak tau la derang ni ingat telan dua bijik esok pagi terus baik dari covid ke.
This is why la KKM is still holding on to approve the use of it buat clinical test. I nak suggest orang2 PPIM dgn Lokman Adam volunteer try dulu ok tak drpd bising2 kat sana tu.
Btw, to the forumer yg suruh simpan stok cacing kerawit tu untuk rawat covid, Zentel is not an equal to Ivermectin.
Kalau jadi apa2 hal sapa nak tanggungjawab? PPIM dgn segala mala doktor pakar tu blh taggung?
KKM nak buat report polis againts PPIM dgn Doc2 pakar tu ke...blh ke mcm tu?
Post time 23-6-2021 05:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Masyarakat sudah hampir ketahap desperate than anything else...tak tahu yg mana satu jln terbaik untuk mereka langkahi...
Nak ikut kata WHO,vaksin the way ti go....there are many who have taken tapi masih tetap dijangkiti dan boleh menjangkiti...cuma jika dijangkiti...tidak separah jika tidak divaksin dan akhirnya jika mati..matinya iteww akan lebih bermaruah dan dlm iman(ketenangan)
In short...masysrakat dah terlalu letih utk memikirkan segalanya sedangkan pemimpin tetap macam hanat .promises they hardly ever deliver....
Thing is diaorg takkan bat mcm tu...kalau jadi apa2 kat diaorg pun akan tetap salahkan gomen tp bunyi dia lain sikit....ie: tak cukup effort nak halang penggunaan lah, tak bg maklumat cukuplah, gagal kawallah...dan mcm2 lagi lah....asalkan bukan salah diaorg...semua salah org
Post time 23-6-2021 06:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
budaktua replied at 23-6-2021 05:50 PM
ya lah..blh jd contoh..
cuma kena ingt dlm hal perubatan, ubat ngam utk seorg tidk ngam dgn or ...
Aik bukan haritu belas on off tepek article kata india nak bagi semua family kat sana ke to prevent covid.
I pula baca ada satu research manatah kata the more u ada cacing parasite dlm perut u the less severe covid infection u kena. U will still get it tapi tak teruk in fact asymptomatic.
The study was done comparing low income country where cacing kerawits still prevalent to mid ke high income countries.
So kiranya zentel ke ivermectin pun x bagus la kut ye.