View: 6008|Reply: 24
|
'Kalau jumpa 'Fauzi', memang aku terajang!' - Haeriyanto Hassan
[Copy link]
|
|
'Kalau jumpa 'Fauzi', memang aku terajang!' - Haeriyanto Hassan
Babak Haeriyanto dalam drama Derita Untuk Bahagia.
Kuala Lumpur: Pelakon Haerieyanto Hassan menjadi perhatian penonton ekoran watak Fauzi iaitu seorang kaki pukul, dayus dan penagih dadah lakonannya dalam drama Derita Untuk Bahagia di Slot Tiara, Astro Prima.
Haeriyanto berkata, babak memukul isteri antara yang paling 'ditakuti' kerana bimbang dia terpukul dengan betul pelakon yang melakonkan watak itu.
"Saya kaji watak Fauzi ini selepas membaca skrip. Awalnya watak ini tidak berapa jelas tetapi nampak dari dialog yang Fauzi adalah seorang dayus dan 'loser'. Dalam skrip dia tidak digambarkan sebagai penagih dadah, kaki judi dan kaki pukul, tetapi saya yang menjadikannya begitu. Saya cipta dan bayangkan sendiri selepas berbincang dengan pengarah.
"Sebenarnya saya tidak suka babak pukul isteri. Ini kerana saya lelaki, tangan kasar, kadang-kadang kalau terkena, sakit juga. Kalau penonton perasan setiap kali adegan pukul isteri, tangan saya nampak lembut. Saya sengaja lembutkan, takut terkena betul-betul dengan pelakon itu. Kalau kena memang sah berbisa," katanya.
Secara berseloroh, Haeriyanto akan 'bagi penerajang' jika berjumpa 'Fauzi' depan mata.
"Sebenarnya saya suka juga watak Fauzi ini. Saya tak suka watak yang bosan dan untuk Fauzi, saya boleh cipta yang dia seorang yang dayus dan hipokrit.
"Tapi, kalau saya jumpa Fauzi dan tahu mangsa dia ahli keluarga saya, memang pasti kena sepak terajang dengan saya," katanya.
Dalam masa sama, Haeriyanto mengakui dia seorang yang tidak banyak bercakap.
"Saya orang yang suka duduk di rumah bersama keluarga, berkebun dan memasak. Saya juga tak banyak cakap," katanya.
Selain Haeriyanto, drama 30 episod arahan Ejump Mohd dan terbitan MIG Productions Sdn Bhd itu turut menampilkan lakonan Azar Azmi, Amar Baharin, Hafreez Adam dan ramai lagi.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ko die nk tumbuk fauzi nawawi tu ye la jugak nk gosip.
Ni aku nk gosip pe de hal? |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaah sian pok cik ni. Dia pun nk merasa juga ada benang psl dia di bodgos ni pok cik ni berlakon tak kayu. Aku selalu confuse muka n nama dia ni dgn ustaz harryanto. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu pernah ingat dia & ustaz heryanto tu orang yang sama. dah la muka & cara bercakap tu nak sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang lalu.. |
|
|
|
|
|
|
|
mati2 ingt ko nk terajang si pozi nawawi tu. kussss semangat |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by awanearisu at 24-6-2021 12:26 AM
"Kerja, kerja kerja.. Ka ka ku ka ka 2x"
(Norbik, 2019) |
|
|
|
|
|
|
|
bukan aku daaa.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Antara drama siaran slot Rantaian #1 Astro Prima yang ramai penonton.. |
|
|
|
|
|
|
|
Oooo pak norbit..... ni antara pelakon yg bagus tapi tak boleh ingat nama dia..
Btw, "jambunya" wajah poji nawawi yg tt tepek atas tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
diorang memang takde kaitan ke.
sebab nama pun sama haeryanto
|
|
|
|
|
|
|
|
kiah_mai_pulak replied at 23-6-2021 11:16 PM
mati2 ingt ko nk terajang si pozi nawawi tu. kussss semangat
Hahaha sama la |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak cakap hal yg sama. Dua insan ni serupalah. Aku ingatkan haerieyanto tu dah jadi ustaz or ustaz dah jadi pelakon, cek2 rupanya dua orang yg mirip serupa, tapi berbeza.
|
|
|
|
|
|
|
|
Raline replied at 24-6-2021 12:32 AM
bukan aku daaa.....
mohon tempek gambar yg tengah tumbok sambal |
|
|
|
|
|
|
| |
|