Rundingan isu pembantu rumah diteruskan selepas 'lockdown' di Indonesia tamat Samadi Ahmad - Jun 24, 2021 @ 4:50pm
PUTRAJAYA: Perbincangan di antara Malaysia-Indonesia membabitkan isu pembantu rumah asing akan dimulakan semula sejurus pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) di negara jiran itu tamat, minggu depan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata kementeriannya mengambil maklum dan prihatin dengan bebanan ditanggung majikan tempatan, khususnya apabila tiada kemasukan pembantu rumah warga asing ketika pandemik COVID-19.
Katanya, pihaknya sudah mengadakan perbincangan secara dalam talian dengan rakan sejawat, Menteri Tenaga Kerja Republik Indonesia, Ida Fauziyah, pada 6 Mei lalu, mengenai perkara itu.
Katanya, perbincangan bersama wakil Kerajaan Indonesia itu bagi memulakan rundingan semula dalam memuktamadkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Pengambilan dan Penempatan Perkhidmatan Domestik Indonesia (PDI) dengan segera.
"Dalam perbincangan ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk memulakan rundingan mengenai MoU itu di peringkat pegawai kanan kedua-dua kementerian terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika lawatan kerja ke Jakarta, Indonesia pada 4 dan 5 Februari lalu, mencapai persetujuan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk mempercepatkan pemeteraian MoU PDI Protokol MoU yang tamat pada 30 Mei 2016.
Saravanan berkata, KSM sudah memaklumkan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara dalam talian, bagaimanapun rundingan itu tertangguh susulan pelaksanaan SPP di Jakarta, bermula pada 15 Jun hingga 28 Jun.
Katanya, selain itu terdapat beberapa kes positif COVID-19 membabitkan pegawai di Kementerian Tenaga Kerja Republik Indonesia.
"Perbincangan akan dimulakan segera sebaik tempoh `lockdown' di Indonesia tamat dan pegawai Kementerian Tenaga Kerja Republik Indonesia kembali bertugas.
"Isu pembantu rumah warga asing ini timbul berikutan tiadanya kemasukan pekerja warga asing baharu ke negara ini dari negara sumber susulan pelaksanaan PKP, mulai 18 Mac tahun lalu," katanya.
Beliau berkata, kemasukan pekerja warga asing baharu termasuk pembantu rumah warga asing dijangka tidak akan berlaku sehingga hujung tahun ini.
Saravanan berkata, kementeriannya turut berterima kasih kepada Perdana Menteri yang memahami keperluan majikan di Malaysia untuk menggajikan khidmat pembantu rumah warga asing.
Katanya, sebilangan besar pembantu rumah warga asing di Malaysia terdiri daripada warga Indonesia dan sehingga 28 Februari 2021 terdapat seramai 73,173 pembantu rumah warga dari negara itu di sini.
bibik friska sekor ni pun dah tak tentu hala kt malaysia kerja rosakkan rumah tangga orang perampas suami orang. pastikan bibik yang masuk benar2 ikhlas bekerja dan punyai rekod baik. majikan pula jgn buli tak bagi makan minum masa rehat dan bayaran setimpal.
dh dpt bibik bagus baik tu bersyukur bukan senang. ada sampai 8 kali tukar bibik baru dapat yang elok .
bibik yang tak bagus jgn jd perampas suami orang macam bibik friska kami wanita malaysia tak ingin dimadukan sama bibik friska.
Sempat 2 tahun saya bisnis agen pembantu rumah tangga, khususnya pembantu rumah tangga dari Sumatera. Capek dan ribet jadinya, banyak prosedural, birokrasi ditambah dengan tingkah pembantu dan majikan.
Terus saya lihat di Malaysia ada banyak pabrik pakai pekerja Indonesia, saya punya ide buat catering khusus buat asrama pekerja Indonesia, alhamdulillah berhasil karena bumbunya saya usahakan yang asli mirip seperti yang ada di Indonesia.
Terus setelah ada catering, ada warga Malaysia order menu makanan dari saya, ya ternyata senang mereka sehingga ada kantor pemerintah Malaysia order catering saya. Ditakdirkan gara-gara urusan catering buat kantor pemerintah Malaysia, saya ketemu jodoh sama warga Malaysia. Suami bilang, jatuh cinta sama Soto Medan catering saya.
FYI, Soto Medan itu pakai santan beda sama Soto Madura, ndak pakai santan.
Syukur banget, pemerintah Malaysia bagi izin untuk pabrik terus dibuka, jadi catering saya jalan terus.
Masih ada klien lama saya telpon cari pembantu rumah tangga dari Indonesia, kalau saya kenal, ya saya bantuin.
ohw yess.
ingat nak cari sorang bibik indon rupa cenggini.
buat keje kemas rumah jer, dan masak best2 time lunch hour.
weeken teman iols pegi sopping dan tengok movie kat rumah.
lepas tu time malam sebelum masuk beradu, dancing cenggini sampai iols terlelap.
iols bagi gaji 3 juta rupiah, makan pakai di tanggung,
tempat tinggal di sediakan,
pegi spa sebulan sekali,
dan naik gaji dan tiket balik kampung tiap tahun.
73k tu akan lari dari rumah - nak kerja pub sbb kata acik Trisna bibik pun perlukan hiburan lari ikut jantan, kawen somi majikan, dera anak majikan, bunuh majikan etc Hanya 173 org yg benar2 berhati suci datang utk mencari REJEKI