CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8262|Reply: 9

Telaga Barhout yang Dikatakan Pintu ke Neraka

[Copy link]
Post time 2-7-2021 12:16 AM | Show all posts |Read mode
Telaga Barhout yang Dikatakan Pintu ke Neraka




AL-MAHRA, YAMAN, 21 JUN – Diselubungi misteri dan kisah hantu, Telaga Barhout di kawasan timur Yaman – dikenali sebagai ‘Telaga Neraka’ – merupakan keajaiban semula jadi yang tidak diketahui.

Terletak lebih dekat dengan sempadan Oman berbanding ibu negara Sanaa kira-kira 1,300 kilometer jauhnya, lubang gergasi di padang pasir wilayah Al-Mahra itu mempunyai saiz 30 meter lebar dan 100 dan 250 meter dalam.



Penduduk tempatan berkata ia diwujudkan sebagai penjara untuk syaitan – reputasi yang diperkukuhkan oleh bau busuk yang keluar daripada bahagian dalamnya.

Pegawai Yaman berkata mereka tidak tahu apa yang ada di dalam lubang itu.

“Ia amat dalam, kami tidak pernah sampai ke dasar telaga ini kerana tidak adanya oksigen dan pengudaraan,” kata Salah Babhair, pengarah kajian geologi dan pihak berkuasa sumber galian Mahra.


Pemandangan udara menunjukkan Telaga Barhout, dikenali sebagai ‘Telaga Neraka’ di padang pasir wilayah Al-Mahra di Yaman. – AFP

“Kami pernah mengunjungi kawasan itu dan memasuki telaga, mencecah lebih 50-60 meter ke dalam. Kami mendapati perkara ganjil di dalam. Kami juga terhidu sesuatu yang pelik..Ia adalah situasi bermisteri.”

Babhair berkata telaga itu berusia ‘berjuta-juta’ tahun. “Tempat berkenaan memerlukan lebih banyak kajian, penyelidikan dan siasatan,” katanya.

Ramai penduduk tempatan masih keberatan untuk melawat lubang besar itu atau bercakap mengenainya, khuatir ditimpa nasib malang daripada lubang yang menurut legenda, mengancam kehidupan di Bumi itu sendiri. – AFP


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2021 12:20 AM | Show all posts
PENJELASAN RINGKAS ISU KISAH TELAGA BARAHUT.

*Baca sehingga tamat. Sebelum kesimpulan disertakan 7 qaul berkenaan tempat roh berada setelah keluar daripada jasad. Pendapat yg ditarjihkan Ibn Qayyim itu adalah pendapat yang diterima pakai.

a) HADIS, ATHAR DAN PANDANGAN ULAMA' BERHUBUNG TELAGA BARAHUT
1. HADIS
• Daripada Ibn Abbas R.Anhuma Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ، فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ، وَشِفَاءٌ مِنَ السَّقَمِ، وَاللَّهِ مَا عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءٌ شَرٌّ مِنْ مَاءِ بِئْرٍ بِوَادِي بَرْهُوتَ، كَرِجْلِ الْـجَرَادِ مِنَ الْـهَوَامِّ، يُصْبِحُ يَتَدَفَّقُ وَيُمْسِي لَا بِلَالَ بِهَا
Maksudnya: “Sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam zam, padanya makanan daripada segala makanan, dan penawar bagi segala penyakit, dan seburuk-buruk air di muka bumi air di lembah Barahut berhampiran qubah Hadramaut seperti kaki belalang daripada serangga jadilah ia membuak-buak pada waktu pagi dan pada waktu petang tanpa sebarang basahan.”
• Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasululalh SAW pernah bersabda:
إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا حَضَرَهُ الْمَوْتُ، حَضَرَتْهُ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ، فَإِذَا قُبِضَتْ نَفْسُهُ، جُعِلَتْ فِي حَرِيرَةٍ بَيْضَاءَ، فَيُنْطَلَقُ بِهَا إِلَى بَابِ السَّمَاءِ، فَيَقُولُونَ: مَا وَجَدْنَا رِيحًا أَطْيَبَ مِنْ هَذِهِ، فَيُقَالَ: دَعُوهُ يَسْتَرِيحُ، فَإِنَّهُ كَانَ فِي غُمٍّ، فَيُسْأَلُ: مَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَا فَعَلَتْ فُلَانَةُ؟ وَأَمَّا الْكَافِرُ، فَإِذَا قُبِضَتْ نَفْسُهُ، وَذَهَبَ بِهَا إِلَى بَابِ الْأَرْضِ، يَقُولُ خَزَنَةُ الْأَرْضِ، مَا وَجَدْنَا رِيحًا أَنْتُنَ مِنْ هَذِهِ، فَتَبْلُغُ بِهَا إِلَى الْأَرْضِ السُّفْلَى

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman apabila datang waktu kematian nescaya datang Malaikat rahmat. Apabila diambil nyawanya, maka dijadikan pada sutera putih yang di bawa dengannya ke pintu langit dan mereka berkata: Kami tidak dapati bau yang lebih harum daripada ini. Maka dikatakan: tinggalkanlahnya untuk dia beristirehat, maka sesungguhnya dia berada dalam keadaan dukacita. Lantas ditanya apa yang dilakukan oleh si fulan? Apa pula yang dilakukan oleh si fulan? Apa pula yang dilakukan oleh si fulanah? Adapun orang kafir apabila diambil nyawanya dan dibawa dengannya ke pintu bumi, lalu berkata penjaga bumi: “Kami tidak dapati bau yang lebih busuk daripada ini, sehingga sampai kepada perut bumi yang terkebawah.”

• Rasulullah SAW bersabda:
أَنَّ فِيهَا أَرْوَاحَ الْكفَّار وَالْمـُنَافِقِينَ وَهِي بِئْرٌ عَادِيِةٌ قَدِيْمَةٌ عَمِيْقَةٌ فِي فَلَاةٍ وَوَادٍ مُظْلِمٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya pada telaga Barahut terdapat roh-roh orang kafir dan Munafiq, ia merupakan telaga yang berbahaya, dalam, lama pada tempat yang jauh dan wadi (lembah) yang gelap.”

2. ATHAR
• Saidina Ali RA berkata:
اَبْغَضُ الْبِقَاع إِلَى الله تَعَالَى وَادي بَرَهُوْتَ بِحَضْرَ مَوْتَ فِيهِ بِئْر مَاؤُهُ أَسْوَدُ مُنْتِنٌ تَأْوِى إِلَيْهِ أَرْوَاحُ الْكفَّارِ
Maksudnya: “Tempat yang paling dibenci Allah ialah wadi (lembah) Barahut di Hadramaut. Padanya telaga air hitam busuk dan menjadi himpunan perut orang kafir.”
• Diriwayatkan daripada Abu Bakar al-Najad daripada Ali Bin Abi Talib RA, katanya:
خَيْرُ وَادِي النَّاسِ وَادَي مَكَّةَ، وَشَرُّ وَادِي النَّاسِ وَادِي الأَحْقَافِ، وَادٍ بِحَضْرَمَوْت يُقَالُ لَهُ: بَرَهُوْت فِيهِ أَرْوَاحُ الكُفَّارِ
Maksudnya: “Sebaik-baik lembah kepada manusia ialah lembah Mekah, dan seburuk-buruk lembah manusia ialah lembah Ahqaf, iaitu lembah di Hadramaut, dikatakan dengan nama Barahut di mana terdapat padanya ruh-ruh orang kafir.”

• Riwayat Ali bin Abi Thalib berkata:
خَيْرُ وَادِيَيْنِ فِي النَّاسِ وَادِي مَكة وَوَادِي اِرَم بِأِرْضِ الِهنْدِ، وَشَرُّ وَادِيَيْن ِفي النَّاسِ وَادِي الأَحْقَاف وَوَادِ بِحَضْرَمَوْت يُدْعَى بَرَهُوْت يُلْقَى فِيْهِ أَرْوَاحُ الْكُفَّارِ
Maksudnya: “Sebaik-baik dua wadi bagi manusia ialah, wadi Mekah dan Iram di bumi India. Seburuk-buruk dua wadi bagi manusia ialah wadi Ahqaf dan wadi Hadramaut yang dikenali sebagai Barahut, dicampak baginya roh orang kafir.”

• Berkata Qatadah: Seorang lelaki menceritakan kepadaku, daripada Sa’id Ibn Musayyib daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma, katanya:
أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ تُجْمَعُ بِالْجـَابِيَتَيْنِ وَأَرْوَاحُ الْكُفَّارِ تُجْمَعُ بِبَرَهُوْتِ: سَبْخَةِ بِحَضْرَ مَوْت
Maksudnya: “Arwah-arwah orang Mu’min akan dikumpulkan di al-Jabiyataini dan arwah-arwah orang kafir akan dihimpunkan di telaga Barahut (satu kawasan berhampiran di Hadramaut).”

• Berkata Abu Hatim RA: Khabar ini diriwayatkan oleh Mu’az bin Hisyam daripada ayahnya daripada Qatadah daripada Qasamah bin Zuhair daripada Abi Hurairah secara marfu’
اَلْـجَابِيَتَانِ بِالْيَمَنِ وَبَرَهُوْتُ مِنْ نَاحِيَةِ الْيَمَنِ
Maksudnya: “Al-Jabiyatan di Yaman dan Barahut daripada pihak Yaman.”
• Daripada Sa’id Bin Musayyib, katanya:
أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ بِأَرْضِ الجَابِيَةِ، وَأَرْوَاحُ الكُفَّارُ بِسَبْخَةِ حَضْرَمَوْت
Maksudnya: “Arwah-arwah orang mukmin di tanah al-Jabiah dan arwah-arwah orang kuffar di sabkhah di Hadramaut.”

3. PANDANGAN ULAM
Ramai ulama mengemukakan pandangan dan kisah berkenaan telaga Barahut, antaranya:
• Al-Asmu’ie berkata riwayat seorang lelaki Hadrami menyebut:
أنا نجد من ناحية برهوت رائحة منتنة فظيعة جدا فيأتينا الخبر أن عظيما من عظماء الكفار مات
Maksudnya: “Sesungguhnya kami dapati di satu sudut telaga Barahut bau yang sangat busuk. Kemudian datang khabar kepada kami bahawa seorang pembesar kafir mati di situ. Dan kami dapatinya bau tersebut memang dari situ.”

• Al-Zamakhsyari berkata: “Barahut ialah telaga di Yaman, dikatakan bahawa padanya ditempatkan ruh-ruh orang kafir, dan dinamakan negeri yang terletaknya telaga itu ialah Yaman.”

• Dihikayatkan seorang lelaki tidur berhampiran wadi Barahut dan berkata:
كُنْتُ أَسْمَعُ طُوْلَ اللَيْلِ يَا دَوْمَة. يَا دَوْمَةَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِبَعْضِ أَهْلِ العِلْمِ فَقَالَ: إِنَّ المَلَكَ المُوَكِّلَ بِأَرْوَاحِ الكُفَّارِ إِسْمُهُ دَوْمَه
Maksudnya: “Aku mendengar sepanjang malam sebutan “Ya Daumah”. Lalu aku bertanya kepada ahli ilmu. Dia menjawab: “Sesungguhnya Malaikat yang diwakilkan untuk roh-roh orang-orang kafir namanya Daumah.”

Cerita yang hampir sama diriwayatkan oleh Abban bin Taghlib.
• Imam Syafie telah menyebut dalam mazhabnya:
إنَّ المَاءَ المَكْرُوْهَ ثَمَانِيَةُ أَنْوَاعِ: اَلـْمُشَمَّسُ، وَشَدِيْدُ الحَرَارَةِ، وَشَدِيْدُ الْبُرُوْدَةِ، وَمَاءُ دِيَارِ ثَمُوْدَ إِلَّا بِئْرُ النَاقَةِ، وَمَاءُ دِيَارِ قَوْمِ لُوْط، وَمَاءُ بِئْرِ بَرَهُوْت، وَمَاءُ أَرْضِ بَابِل، وَمَاءُ بِئْرِ ذَرْوَان
Maksudnya: “Sesungguhnya air yang makruh digunakan ada 8 jenis, antaranya: Air Musyammas, air yang sangat panas, air yang sangat sejuk, air dari perkampungan Thamud kecuali telaga Naqah, air perkampungan kaum Lut, air telaga Barahut, air bumi Babil dan air telaga Zarwan.”
• Sufian berkata: “kami telah bertanya penduduk Hadramaut, lantas mereka menjawab: “Tidak ada seorang yang mampu untuk tidur di kawasan tersebut pada waktu malam.”

• Al-A’masy pernah berkata: “Adalah Mujahid tidak akan mendengar perkara yang pelik kecuali beliau pergi ke situ dan melihatnya sendiri. Beliau pernah pergi ke telaga Barahut di Hadramaut dan pergi ke Babil…… "

• Abu Muhammad Abdullah bin Muslim al-Dainuri yang masyhur dengan gelaran Ibn Qutaibah berkata: “Semua ruh ahli neraka ditelaga di kawasan Hadramaut dikenali sebagai Barahut.”

• Ibn Uyainah berkata: “Telah dikhabarkan kepadaku seorang lelaki berada pada waktu petang berhampiran telaga Barahut, katanya: “Seolah-olah padanya terdapat suara-suara yang bertelingkah dan aku tanya penduduk Hadramaut tentang itu, mereka menjawab: “Tidak mampu seseorang berada di situ pada waktu petang.

• Dalam Kitab al-Mustathraf fi Kulli Fanni al-Mustazraf oleh Syihabuddin Muhammad Bin Ahmad al-Absyihi hlm, 420, seperti berikut: “Telaga Barahut terletak di Hadramaut dimana Nabi SAW bersabda: “Ia adalah himpunan roh orang kafir.”

TARJIH
Selepas melihat pendapat ulama, saya lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan ruh orang yang beriman di Jabiyah dan orang kafir di Barahut. Hal ini, dikuatkan oleh pendapat Ibn Qayyim yang menolak pandangan Ibn Hazm yang berpendapat ini adalah sumber daripada Syiah Rafidhah. Sebenarnya bukan begitu bahkan telah disebut oleh ramai dikalangan sahabat dan tabien dalam kalangan ahli Sunnah. Inilah juga pendapat Ibn Mandah yang menyebut riwayat ramai para sahabat dan para tabi'en.

*************
b) KISAH TELAGA BARAHUT
Cerita yang diambil oleh Sahib al-Fadhilah Ustaz Don daripada saya ialah seperti berikut:
Diriwayatkan bahawa seorang lelaki yang telah menuju ke Baitullah al-Haram (Kaabah) untuk menunaikan haji. Setelah tiba di Kota Mekah, lalu dia menyimpan wang sebanyak 1000 dinar pada seorang yang jujur dan berakhlak mulia. Kemudian orang kaya itu menuju ke Arafah untuk berwukuf di sana.

Setelah selesai dari wukuf dan amalan hajinya yang lain, dia kembali ke Mekah dan mendatangi rumah orang yang dititipkan wangnya dahulu itu, maka didapatinya orang itu sudah mati. Orang kaya tersebut lalu bertanya hal itu kepada keluarganya tentang wang yang disimpan pada orang itu dan keluarganya menjawab: Kami tidak tahu apa pun tentang simpanan itu.

Akhirnya orang kaya itu bertanya kepada seorang ulama di Mekah dengan memberitahu tentang keadaannya dan wangnya yang disimpan kepada orang yang jujur itu. Ulama itu menjawab: Nanti di tengah malam, pergilah engkau ke perigi Zamzam, dan lihat ke dalamnya. Kemudian panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk dalam penghuni syurga, maka dia akan menjawab panggilanmu.

Maka orang kaya itu pergilah menuju ke perigi Zamzam pada waktu malam, lalu memanggil nama orang itu, sekali dan dua kali, dan seterusnya, namun tidak ada yang menjawab panggilan itu. Pada keesokannya, orang kaya itu menemui sekali lagi ulama Mekah itu, serta menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi.

Mendengar khabar itu, ulama itu terus mengucapkan kalimah istirja’ iaitu innalillahi wainna ilaihi raji'un. Aku khuatir bahawa temanmu itu, jangan-jangan dia tidak termasuk penghuni syurga. Sekarang cuba kamu pergi ke Yaman, di sana ada satu perigi Barhut namanya, yang pernah dikatakan orang bahawa perigi itu adalah mulut neraka Jahannam. Lalu datanglah dia di malam hari, serta panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk penghuni neraka, maka dia akan menjawab panggilanmu itu, dan tanyakanlah kepadanya tentang wangmu itu, di mana?

Maka pergilah orang kaya itu menuju ke Yaman, lalu bertanya kepada orang tentang tempat beradanya perigi Barhut itu. Akhirnya dia ditunjukkan orang tempatnya. Pada malamnya, dia datang ke perigi Barhut itu, lalu memanggil nama orang yang pernah menerima barang simpanannya itu. Maka dengan serta merta orang itu menjawab. Orang kaya itu bertanya: Di manakah engkau simpankan wang emas (dinar) aku itu? Orang itu menjawab: Aku telah menyimpannya di suatu tempat di rumahku. Dan aku tidak percaya kepada sesiapapun, sekalipun anakku sendiri. Sekarang pergilah engkau ke tempat ini dan itu, dan galilah di situ, nescaya engkau akan menemui wang dinarmu itu.

Kemudian orang kaya itu bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau berada di sini, sedangkan engkau orang baik, dan kami semua bersangka baik terhadapmu? Maka orang itu menjawab: Aku mempunyai seorang saudara perempuan yang miskin, dan aku tidak mempedulikannya dan bertanyakan hal keadaannya serta tidak merasa kasihan kepadanya, maka kerana itulah Allah telah menyeksaku di sini dan menempatkanku di neraka jahannam.
Untuk membenarkan cerita ini, disebutkan di dalam sebuah hadis. Nabi SAW bersabda:
لاَ يَدْخُلُ الْـجَنَّةَ قَاطِعُ رَحِمٍ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim.”

SUMBER KISAH INI
Saya akan menyebut isu ini secara poin untuk memudahkan kefahaman.
1. Kisah ini diambil daripada kitab al-Kabai'r oleh Imam al-Zahabi dan memuatkannya dalam buku Lu’lu’ lil Mukminin (Permata Buat Orang Beriman), kitab himpunan hadis jilid pertama yang saya susun.
2. Saya begitu yakin kepada al-Imam al-Zahabi yang banyak mengkaryakan sirah Rasulullah dan sejarah Islam melalui beberapa bukunya seperti Tarikh al-Islami dan juga Siyar ‘a’lam al-Nubala’. Saya telah menyebut biografi Syeikhul Muhaddithin Imam al-Zahabi secara ringkas di dalam buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' untuk sama-sama difahami oleh pembaca yang mana beliau merupakan Tuan Guru dan ulama yang amat terkenal dalam bidang hadis, sejarah, dan lain-lain berdasarkan pujian tokoh-tokoh ulama silam, seperti Ibn Kathir dan lain-lain.
3. Kisah yang hampir sama telah diceritakan oleh Umar bin Sulaiman, katanya: “Telah mati serorang lelaki di kalangan yahudi, sedangkan beliau pernah menyimpan barangan bagi seorang Islam. Orang Yahudi tersebut mempunyai seorang anak yang beragama Islam, dan dia tidak mengetahuo di mana diletakkan barang simpanan tersebut, lalu bertanya kepada Syu’aib al-Jubbai, kemudian katanya: “Pergilah kamu ke telaga Barahut, jika kamu datang pada hari sabtu maka tujulah kepadanya sehingga sampai berhampiran mata air telaga di sana Kemudian serulah nama ayahmu, nescaya ia akan menjawab panggilanmu. Ketika itu tanyalah daripada apa yang kamu mahu dan lelaki tersebut melakukan suruhan Syeikh Syu’aib itu dengan pergi ke mata air seterusnya menyeru nama abahnya dua kali atau tiga kali. Selepas itu abahnya menjawab dan dia bertanya: “Dimanakah barang simpanan si fulan itu? Jawab abahnya: “Dibawah bendul pintu, maka angkatlah.” Cerita ini telah disebut dalam buku Bi’ru Barahut Rehlah Istiksyafiyah, Geografiyah al-Sunnah al-Nabawiyyah karya Dr. Anmar bin Yahya al-Jufri.
4. Ulama Islam bermazhab Syafie yang terkenal Imam Ibn Hajar al-Haitami juga telah menyebut cerita yang sama seperti ini dalam kitabnya yang masyhur al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2021 12:21 AM | Show all posts
ULASAN SAYA
Mungkin ada sebahagian asatizah yang menggunakan hujah berdasar kepada pengtahqiq kitab al-Kabair iaitu Sayyid Ibrahim dan Sayyid al-Arabi, antara lain berpendapat: "Dimulakan kisah ini dengan kenyatan pengarang (Imam al-Zahabi) dengan perkataan Hukiya (حكي) yang memberi maksud dihikayatkan. Di dalam bahasa istilah ulama Sighah Mabni lil Majhul merupakan Sighah Tamrid (sakit dan dhaif) yakni tidak kuat dan dia termasuk daripada riwayat yang batil yang tidak wajib disebutnya sekalipun dalam bab Mau’izah (nasihat) kerana ia menafikan aqidah sahih dan akal yang sejahtera."
• Saya secara peribadi boleh menerima kisah yang dinukilkan oleh Imam al-Zahabi kerana ia bukanlah hadis tetapi penceritaan yang diterima daripada yang terdahulu.
• Disebut dengan perkataan hukiya (حكي) yang memberi maksud 'dihikayatkan' menunjukkan betapa Imam al-Zahabi begitu mencermati dalam menyampaikan maklumat supaya statusnya bukanlah menjadi hujah qat’i tetapi lebih kepada mau’izah (peringatan) semata-mata. Justeru, tidak ada masalah untuk mengambil kisah ini sebagai peringatan dengan syarat tidak menjadikannya sebagai dalil.
• Cukuplah dengan penukilan daripada ramai ulama, seperti Imam Ibn Hajar al-Haitami dan pujian para ulama terhadap kitab al-Kabair, membuatkan kita thiqah dengan Imam al-Zahabi.
[ADMIN]
DI MANA ROH SELEPAS KELUAR DARIPADA JASAD?
Antara pendapat ulama ialah:
Pertama: Jumhur ulama berpendapat ruh orang yang beriman berada dalam tembolok burung dalam syurga yang bebas berterbangan. Ini berdasarkan beberapa riwayat hadis, Antaranya, Abdullah Bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:
أَرْوَاحُهُمْ فِي جَوْفِ طَيْرٍ خُضْرٍ، لَهَا قَنَادِيلُ مُعَلَّقَةٌ بِالْعَرْشِ، تَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شَاءَتْ، ثُمَّ تَأْوِي إِلَى تِلْكَ الْقَنَادِيلِ، فَاطَّلَعَ إِلَيْهِمْ رَبُّهُمُ اطِّلَاعَةً
Maksudnya: “Semua ruh para syuhada’ berada dalam tembolok burung-burung hijau, mereka bebas berterbangan dalam syurga mengikut kemahuan kemudian bertenggek di pelita-pelita (قنديل), maka Tuhan mereka melihat dan memerhatikan mereka.”
Riwayat Muslim dalam sahihnya (3/1502) dan al-Tayalisi dalam Musnadnya (1/38)
Kedua: Sebahagian sahabat dan tabien berpendapat: Semua ruh orang yang beriman berada di sisi Allah dan mereka tidak membincangkan lebih daripada itu, mereka berhujahkan hadis riwayat Ibn Umar R.Anhuma daripada Nabi SAW:
الْأَرْوَاح عِنْد الله فِي السَّمَاء
Maksudnya: “Semua ruh berada di sisi Allah di langit.”
Riwayat Sa’id Bin Mansur dalam al-Sunan dan al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (314)
Ketiga: Sebahagian daripada sahabat dan tabien berpendapat bahawa semua ruh dihimpun di satu tempat di bumi, maka ruh orang yang beriman di simpan berhampiran Jabiyah, ruh orang kafir di telaga Barahut. Ada pendapat di Jordan dan ada pendapat di antara langit dan bumi. Mereka berhujahkan dengan dua hadis:
• Abdullah bin Amr R.Anhuma menyebut:
إن أَرْوَاح الْمـُؤمنِينَ تجمع بالْـجَابِيَة وأرواح الْكفَّار تجمع ببئر برهوت
Maksudnya: “Sesungguhnya semua ruh orang yang beriman dihimpunkan di Jabiyah dan semua ruh orang kafir dihimpunkan di telaga Barahut.”
Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya (7/283), al-Haithami dalam Mawarid al-Zam’an (1/187), al-Dailami dalam al-Firdaus (1/418) dan Ibn Qayyim menyebutnya dalam kitab al-Ruh hlm (146)
• Daripada Ali berkata:
أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ بِبِئْرِ زَمْزَم، وَأَرْوَاحُ الكُفَّارِ بِبِئْرِ بَرَهُوْتِ
Maksudnya: “Semua ruh orang yang beriman dihimpun di telaga zam zam dan semua ruh orang kafir dihimpun di telaga Barahut.”
Riwayat Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Qayyim menyebutnya dalam al-Ruh hlm (146)
Keempat: Sebahagian ulama berpendapat, bahawa ruh orang yang beriman dalam syurga dan ruh orang kafir dalam neraka. Mereka berhujah dengan hadis Ummu Mubassyir Binti al-Bara R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:
إنَّ نَسَمَةَ المُؤمنِ تَسَرَحُ في الجنَّةِ حَيثُ شاءَتْ، ونَسمةُ الكافِرِ في سِجِّينٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya jiwa orang yang beriman bebas pergi mari dalam syurga mengikut kehendaknya, sedangkan ruh orang kafir berada dalam Sijjin.”
Riwayat Ibn Majah (1449), al-Tabarani dalam al-Kabir (19/65), al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid (2/329) dan al-Baihaqi (153) dengan sanad yang hasan
Kelima: Sebahagian ulama berpendapat bahawa ruh orang yang beriman berada di sebelah kanan nabi Adam dan ruh orang yang kafir berada di sebelah kirinya, mereka berhujahkan hadis Isra’ Mi’raj.
Muhammad Bin Nasr al-Marwazi berkata: “Sesungguhnya Ishaq bin Rahawaih berkata: “Di atas dasar inilah telah ijma’ ahli ilmu.”
Ibn Hazm berkata: “Inilah pendapat semua ahli ilmu.” Lihat al-Fasl fi al-Milali wa Ahwa' al-Nihali oleh Ibn Hazm (4/590).
Keenam: Sebahagian ulama berpendapat: “Sesungguhnya semua ruh orang yang beriman dan kafir berada dalam kubur kecuali ruh para syuhada’, mereka dimasukkan ke dalam syurga.” Inilah yang dihikayatkan oleh Ibn Hazm daripada kebanyakan ahli hadis.
Ketujuh: Sebahagian ulama berpendapat: “Sesungguhnya ruh orang yang beriman berada dalam Illiyyin dan ruh orang kafir berada dalam Sijjin.” Inilah yang ditarjihkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar yang disebut oleh Imam al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (325).
Berdasarkan kepada tujuh pendapat di atas, imam al-Qurtubi lebih cenderung kepada pendapat bahawa ruh orang yang mati syahid dalam syurga dan bukan ruh orang lain. Pendapat seperti ini juga telah dipilih oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya al-Ruh.
.
.
Sila kongsikan untuk rakan2
.
Semoga dapat mengambil manfaat bersama...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih tt. Sangat menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq TT. Banyak pengajaran dr telaga barahut ni. Serammmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2021 01:44 PM | Show all posts
Afna replied at 2-7-2021 12:25 PM
Tq TT. Banyak pengajaran dr telaga barahut ni. Serammmm

masih tertanya2 betul ke misteri nya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2021 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 2-7-2021 01:44 PM
masih tertanya2 betul ke misteri nya?

Jujur, 1st time dgr nama dia. Selama ni dgr kisah yang jutawan tu x dinyatakan telaga mana.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 11:15 PM | Show all posts
interesting  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2021 11:19 PM | Show all posts
patut la macam dejavu jer aku tengok  thread nih,
ropa nya video ni dah lalu my video feed pagi tadi,
tapi tak sempat tengok.

jom tengok sama2


Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 05:04 PM | Show all posts
baru juga belajar masa kelas hadis minggu lepas. apa yg ditulis sama dengan apa yg ustaz tu cerita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.057847 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list