CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6381|Reply: 30

[SEJARAH] Pura Tanjung Sabtu Kuala Terengganu

[Copy link]
Post time 5-7-2021 08:47 PM | Show all posts |Read mode
PURA TANJUNG SABTU



Cantik tetapi terbiar usang”. Itulah kata-kata yang akan terdetik di hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke Pura Tanjung Sabtu yang terletak di Kampung Tanjung Sabtu di Manir, kira-kira 14 kilometer, dari Kuala Terengganu.

Jika dilihat dari luar Pura (bahasa Sanskrit bermaksud istana) Tanjung Sabtu kelihatan seperti istana lama yang sangat besar dan cantik. Namun apabila memasuki rumah tersebut dapat dilihat sesetengah bahagian lantainya diselaputi lumut dan barangan serta perabot di dalamnya dalam keadaan bersepah.

Turut dikenali sebagai Tujuh Rumah Putera, Pura Tanjung Sabtu merupakan gabungan tujuh buah rumah kayu tradisional Terengganu di kawasan tanah pusaka seluas 5.66 hektar dan berdekatan dengan tebing Sungai Nerus. Ada juga yang mendakwa salah sebuah rumah di situ merupakan istana lama.



Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tanjung Sabtu, Md Fauzi Mustaffa, berkata sebelum ini Pura Tanjung Sabtu merupakan sebuah inap desa yang diasaskan seorang kerabat diraja Terengganu, Allahyarham Tengku Ismail Tengku Su, kira-kira 30 tahun lalu.
Katanya. sekitar tahun 1990-an, Pura Tanjung Sabtu terkenal dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara terutama golongan orang kenamaan (VIP) dan kerabat diraja.

Rumah-rumah tradisional di Pura Tanjung Sabtu yang antaranya dinamakan Rumah Seberang Baroh, Rumah Rhu Rendang, Rumah Kuala Ibai dan Rumah Atas Tol berusia antara 100 hingga 200 tahun, katanya.



“Rumah-rumah tersebut dinamakan oleh Tengku Ismail mengikut tempat asal rumah itu diambil atau dibelinya. Menariknya, semua rumah tersebut dibina tanpa menggunakan paku, sebaliknya, berkonsepkan tanggam dan pasak,” katanya.

Malah, katanya, Allahyarham Tengku Ismail turut menjalankan perusahaan songket di salah sebuah rumah di Pura Tanjung Sabtu dengan songket yang dihasilkan menerima permintaan tinggi termasuk dari luar negara.

Namun, selepas Allahyarham Tengku Ismail, yang juga digelar ‘Putera Songket’ mangkat pada 2011, tiada siapa lagi yang menguruskan Pura Tanjung Sabtu sehingga ia terbiar usang seperti sekarang.



Md Fauzi, berkata, sebelum ini jalan masuk ke Pura Tanjung Sabtu dipenuhi semak samun, tetapi keadaannya berubah apabila sekumpulan penduduk kampung menjalankan kegiatan penanaman pisang berkelompok di atas sebahagian tanah di kawasan tersebut, bermula September lalu.
“Sebelum ini hendak masuk ke sini pun tidak boleh kerana kawasannya seperti hutan. Apabila pemegang amanah tanah membenarkan penduduk kampung menanam pisang di atas tanah seluas 3.23 hektar ini, secara tidak langsung kawasan persekitaran di sini pun telah dibersihkan.

“Saya juga difahamkan tanah di sebelah kebun pisang ini akan dibina sebuah pusat tahfiz, jadi kawasan sekitar Pura Tanjung Sabtu tidak akan lagi dipenuhi semak dan berhutan seperti sebelum ini,” katanya.



Sejak ia dibersihkan, katanya, kawasan tersebut turut menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pengunjung dari luar Terengganu untuk melihat dan mengambil gambar keunikan dan kecantikan seni binaannya.

Apatah lagi. katanya, terdapat beberapa penulis blog, portal dan ‘vlogger’ yang menulis serta menjalankan penggambaran di kawasan itu menyebabkan Pura Tanjung Sabtu kembali terkenal dalam kalangan orang ramai.



“Berdekatan dengan kawasan ini ada satu lubuk yang dikenali sebagai ‘Lubuk Aji’, orang-orang dahulu percaya lubuk tersebut ada ‘penunggu’ dan Pura Tanjung Sabtu turut terkena tempiasnya apabila ramai yang mengaitkannya dengan perkara mistik. Namun setakat ini kami (penduduk kampung) tidak pernah menyaksikan sebarang perkara yang aneh di sini,” katanya.

Walau bagaimanapun, Md Fauzi melahirkan kerisauannya kerana keadaan rumah tersebut yang semakin usang dan terdapat bahagian rumah itu seperti tangga telah dicuri.



“Kawasan ini berdekatan dengan sungai, jadi sesiapa sahaja boleh datang sama ada melalui jalan darat atau sungai untuk mengambil barang-barang seperti pasu bunga dan perabot. Kita (penduduk kampung) pun tidak tahu siapa yang keluar masuk ke kawasan ini,” katanya.



Justeru, pihaknya berharap supaya ada pihak termasuk kerajaan negeri yang sudi mengambil alih, menjaga dan menaikkan semula Pura Tanjung Sabtu sebagai lokasi pelancongan terkemuka seperti dahulu.

“Jika tiada siapa yang menjaga tempat ini, warisan seni bina Melayu ini akan terbiar begitu sahaja. Hendak membaik pulih tempat ini mungkin memerlukan kos yang tinggi tetapi saya percaya sekiranya ia dibangunkan semula atau dijadikan seperti muzium, ia akan memberikan pulangan yang lumayan,” katanya.

#creditBERNAMA
#PeristiwaNSejarah
Sumber:https://www.facebook.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Brp juta la nak maintain tempat gini ye
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 5-7-2021 10:07 PM
Brp juta la nak maintain tempat gini ye

Tak tau la.. berminat nak beli ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 04:29 PM | Show all posts
Bukan pihak muzium losong dah beli ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 6-7-2021 10:47 AM
Tak tau la.. berminat nak beli ke?

Hahaha...tempat.jin bertendang ke tu..scary dr jauh
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 6-7-2021 10:15 PM
Hahaha...tempat.jin bertendang ke tu..scary dr jauh

Hahaha.. tgk je la.. tak payah dok sana..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2021 02:10 PM | Show all posts
Kalau diluar negara bangunan lama macam ni gigih mereka baik pulih dan dijadikan tempat tarikan pelancong
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 04:00 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 8-7-2021 02:10 PM
Kalau diluar negara bangunan lama macam ni gigih mereka baik pulih dan dijadikan tempat tarikan pela ...

kat luar negara, org2 deme pi melawat tapak2 bersejarah.. kat mesia nih, mana la org rajin jenjalan kat tmpt mcm nih..
sbb tuh tmpt2 bersejarah deme voley survive la jugak.. plus, deme pandai promo tmpt2 bersejarah nih jadi tmpt yg fun, siap ada tmpt mkn, minum dan berehat.. giteww..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2021 05:06 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 8-7-2021 04:00 PM
kat luar negara, org2 deme pi melawat tapak2 bersejarah.. kat mesia nih, mana la org rajin jenjala ...

Boleh je cer buat macam mereka buat adakan tempat makan2 atau soping sesikit dekat area tu pasti ada yang nak datang
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 8-7-2021 05:06 PM
Boleh je cer buat macam mereka buat adakan tempat makan2 atau soping sesikit dekat area tu pasti a ...

Sambutan kat mesia tak memberangsangkan mcm kat luar negara.. kat mesia, bukak kedai 24jam ka 7-11 ka kedai makan ka, lagi beruntung.. tapi bkn masa jaman pandemik la
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 6-7-2021 09:15 PM
Hahaha...tempat.jin bertendang ke tu..scary dr jauh

Bestlah. Isolated. Cuma iols xsuka bangunan kayu camni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mula baikpulih. Nak dijadikan tahfiz.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 8-7-2021 01:10 PM
Kalau diluar negara bangunan lama macam ni gigih mereka baik pulih dan dijadikan tempat tarikan pela ...

Sini kalau camni sibuk hantu jin saka segala

Kat jepun ada mamat ni duduk kat abandoned school. Dia buka cafe kopi. Elok je tak kena makan dengan hantu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 01:14 PM | Show all posts
LadyCarefree replied at 9-7-2021 12:51 PM
Sini kalau camni sibuk hantu jin saka segala

Kat jepun ada mamat ni duduk kat abandoned school ...

hantu jepon tak cukup menakutkan kott...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 9-7-2021 12:49 PM
Bestlah. Isolated. Cuma iols xsuka bangunan kayu camni.

I penakut....terbayangkan mcm2 bila mcm ni....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 9-7-2021 01:03 PM
I penakut....terbayangkan mcm2 bila mcm ni....

Aduh. Pernah ke ada real orang nampak hantu? Takut orang jahat lagi real.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2021 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by LadyCarefree at 9-7-2021 01:54 PM
Tinot7 replied at 9-7-2021 12:14 PM
hantu jepon tak cukup menakutkan kott...


LOL. Kat Jepun, kubur kt kawasan perumahan camtu je. Jalan kat sidewalk boleh pegang batu nisan pun.

Kat UK lagilah graveyard lama dah macam taman. Kalau kt church, bench berehat kat sebelah crypt. Tak pulak iols ghaser takut.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 9-7-2021 02:52 PM
LOL. Kat Jepun, kubur kt kawasan perumahan camtu je. Jalan kat sidewalk boleh pegang batu nisan  ...

Hantu deme tak menakutkan.. takat mikel jekson punya thriller, apa la sgt
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 9-7-2021 02:42 PM
Hantu deme tak menakutkan.. takat mikel jekson punya thriller, apa la sgt

Tapi diorang superstitious juga. Rumah yg ada kes murder atau suicide harga murah gila.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 9-7-2021 03:56 PM
Tapi diorang superstitious juga. Rumah yg ada kes murder atau suicide harga murah gila.

Ye ke?
Kat sini, jual pun tak laku.. hahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 08:03 PM GMT+8 , Processed in 1.197523 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list