CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1617|Reply: 10

06 Julai Hari Zoonosis Sedunia

[Copy link]
Post time 6-7-2021 08:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 6-7-2021 08:20 PM
FC terbaca ni tadi ...

rasa nya sesuai untuk Board Perubatan ni... kalo tak sesuai @adila39  boleh humban masuk gaung

Penyakit zoonosis adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh patogen (bakteria, virus dan parasit) yang disebarkan daripada haiwan kepada manusia atau sebaliknya.

Patogen ini pada mulanya mengjangkiti haiwan sebagai vektor atau pembawa yang kemudiannya menjangkiti manusia dan berpotensi menjadi pandemik.

Seperti juga COVID-19 yang bermula daripada haiwan, pandemik ini telah menyebabkan lebih 3.9 juta kematian di seluruh dunia.


Oleh itu, sempena sambutan Hari Zoonosis Sedunia pada 6 Julai, marilah kita meningkatkan kesedaran tentang penyakit bawaan haiwan ini dan menilai kembali tindakan kita dalam membendung pandemik ini.

Malah, usaha juga perlu ditingkatkan dalam meramalkan potensi pandemik seterusnya bagi mengurangkan impak terhadap kesihatan sejagat.

‘Let’s Break the Chain of Zoonotic Transmission’



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2021 08:21 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Definitely sesuai disini ..good one

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2021 09:17 PM | Show all posts
adila39 replied at 6-7-2021 09:13 PM
Definitely sesuai disini ..good one
Terimakasih

FC baru tau ada nya Hari Zoonosis


ketinggalan sungguh ...

kot2 ada yang sepesen ngan FC





Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Prediction is saying penyakit berjangkit dari haiwan will continue become a pandemic..mers apa lagi ...scary...and semua ni juga sama bahaya seperti covid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2021 09:27 PM | Show all posts
adila39 replied at 6-7-2021 09:20 PM
Prediction is saying penyakit berjangkit dari haiwan will continue become a pandemic..mers apa lagi  ...
itu lah yang FC baca tadi ...

lagi2 kat Sarawak ni ... takut terjangkit wabak demam babi afrika sebab Sarawak bersebelahan dengan Indonesia ...
sekarang ni wabak tu tengah hangat kat Indonesia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2021 03:51 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 6-7-2021 09:27 PM
itu lah yang FC baca tadi ...

lagi2 kat Sarawak ni ... takut terjangkit wabak demam babi afrika  ...

eh ...bahaya tu, harap xde la masuk ke negara kita..entahla depa ni suka makan pelik pelik...so bela la segala apa binatang ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2021 07:05 AM | Show all posts
adila39 replied at 7-7-2021 03:51 PM
eh ...bahaya tu, harap xde la masuk ke negara kita..entahla depa ni suka makan pelik pelik...so be ...
babi hutan yang bawak wabak ni ... tak d pelihara ...
liar kat dalam hutan nun...

sekarang dah ada amaran babi hutan ni tak boleh d buru lagi... bawah akta haiwan terlindung ...

lebihkurang macam ayam kat market tu dengan ayam kampung ... gtu la perbezaan rasa nya

local minat lagi babi hutan ni berbanding dengan babi pink2 tu same goes ngan orang tua kat kampung yang dah biasa makan ayam kampung




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2021 07:07 AM | Show all posts
Penyakit zoonosis turun sepanjang PKP


AMALAN kebersihan kendiri yang tinggi diterapkan oleh masyarakat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyumbang kepada penurunan jumlah kes penyakit zoonosis di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penyakit zoonosis adalah penyakit berjangkit yang berlaku antara haiwan dan manusia seperti leptospirosis (kencing tikus), rabies, brucellosis, Japanese Encephalitis (JE), Q Fever dan Malaria Knowlesi.

"Penyakit ini boleh disebabkan oleh pelbagai patogen penyakit seperti virus, bakteria, kulat dan parasit. Setiap tahun dijangkakan satu daripada tiga orang di dunia akan dijangkiti penyakit zoonosis.

"Jika dibandingkan prevalens penyakit zoonosis tahun-tahun sebelum ini, didapati terdapat penurunan kes penyakit ini," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini..

Menurut rekod, sehingga Jun lalu, penyakit leptospirosis mencatatkan 1,484 kes berbanding 5,217 tahun lalu; rabies (dua berbanding enam kes); brucellosis (tiada kes berbanding 10), JE (tujuh berbanding 36), Q Fever (tiada kes pada 2020 dan 2019) dan Malaria Knowlesi (1,16 berbanding 3,222).

Dr Noor Hisham berkata, sempena sambutan Hari Zoonosis Sedunia 2020, Kementerian Kesihatan (KKM) berharap pembabitan orang ramai dalam pencegahan penyakit zoonosis dapat dipertingkatkan.

Katanya, rakyat boleh mengamalkan kebersihan kendiri yang tinggi dengan kerap mencuci tangan dengan sabun dan air bersih terutamanya selepas mengendalikan haiwan, selain melindungi diri daripada digigit nyamuk, pinjal dan kutu.

"Selain itu, elakkan daripada digigit atau dicakar oleh haiwan, selain memasak, menyimpan dan kendalikan makanan dengan cara yang betul, selamat serta pastikan daging atau bahan mentah lain dimasak secukupnya sebelum dimakan.

"Masyarakat juga perlu memastikan aktiviti riadah atau rekreasi dilakukan di tempat yang diselenggara dengan baik serta dalam keadaan bersih," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2021 07:11 AM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 09:40 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 8-7-2021 07:05 AM
babi hutan yang bawak wabak ni ... tak d pelihara ...
liar kat dalam hutan nun...

i see...errr cemanala depa boleh selera nak makan babi hutan ni...semoga wabak ni tak spread out la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.061844 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list