CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2017|Reply: 0

Ketahui 4 Kawasan ‘Keras’ Dalam Lawang Sewu

[Copy link]
Post time 7-7-2021 09:54 PM | Show all posts |Read mode
Gedung Megah Sewaktu Era Penjajahan Belanda Dan Jepun, Ketahui 4 Kawasan ‘Keras’ Dalam Lawang Sewu



Lawang Sewu merupakan nama bagi sebuah bangunan dalam bahasa Jawa yang bermaksud seribu pintu. Realitinya, bangunan indah ini hanya memiliki 429 pintu sahaja.



Gedung megah ini terletak di Semarang, Indonesia. Ia dibina sewaktu era penjajahan Belanda 1904 dan kini menjadi satu daripada tempat pelancongan menarik di Indonesia. Menurut masyarakat Jawa, bangunan ini pernah menjadi saksi peperangan ketika Belanda dan Jepun menawan negara tersebut.



Jadi, apakah peristiwa yang mengatakan kononnya bangunan megah ini berhantu? Berikut merupakan kawasan paling ‘keras’ dalam gedung tersebut :

1. Sumur Tua



Dalam bangunan megah ini, terdapat satu perigi tua yang sentiasa dikunci. Perigi ini dahulunya digunakan oleh tentera Jepun untuk menyiksa tawanannya iaitu tentera belanda.

Maka, tidak hairanlah jika warga setempat mengatakan bahawa sering terdengar suara jeritan lelaki yang seakan-akan meronta kesakitan.

2. Noni Belanda



Di segenap lorong-lorong yang berada dalam bangunan ini kadangkala memperlihatkan susuk seorang wanita yang berpakaian seperti noni atau nyonya Belanda. Bukan setakat nampak sahaja, malah penjaga bangunan ini sering didendangkan dengan jeritan menggerunkan daripada penunggu yang dipercayai noni Belanda itu.

3. Penjara Bawah Tanah



Gedung besar ini turut mempunyai ruangan bawah tanah yang kini sudah di tutup akibat terlalu ‘keras’. Ruangan ini terdiri daripada dua jenis penjara iaitu penjara berdiri dan penjara bercangkung.



Sewaktu zaman dahulu, seramai lima hingga sembilan tahanan akan dimasukkan ke dalam penjara bercangkung yang berukuran 1.5 meter persegi dengan tinggi sebanyak 60 sentimeter. Ruangan sempit ini kemudiannya diisi dengan air sehingga paras leher dan ditutup menggunakan penghadang besi sehingga mereka mati.



Bagi penjara berdiri pula, keluasan ruangan ini adalah 1 meter kali 1 meter persegi. Sejumlah tujuh hingga lapan orang tahanan akan berdiri berhimpitan di dalam penjara tersebut. Setelah tahanan tewas, mayat akan dibuang ke dalam sungai yang terletak di belakang Lawang Sewu.

Lebih menyeramkan, para pengunjung menyatakan bahawa mereka sering terhidu bau-bauan hanyir yang busuk seperti darah tatkala berkunjung ke kawasan ini.

4. Ruang Utama



Ruang utama atau main lobby ini juga memberikan aura mistik kepada setiap pelancong yang datang berkunjung. Antara perkara misteri yang sering berlaku ialah kemunculan tangan hitam besar di sebalik kewujudan tingkap dalam bangunan tersebut.

Pada bahagian atapnya pula, beberapa pelancong akan dijamu dengan bayangan wajah seseorang yang kelihatan rosak atau hancur.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang berpeluang melihat suatu bayangan yang berlari menembusi dinding besar dalam ruangan utama tersebut.

Menyeramkan, bukan? Jadi, kepada sesiapa yang mahukan pengalaman mistik, anda digalakkan untuk berkunjung ke tempat ini. Selain menyimpan ribuan kisah aneh, ia sebahagian daripada sejarah yang boleh dipelajari sebagai ilmu.

Sumber:
duniaku.com, TribunJateng.com, One Web id
https://iamlejen.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.063994 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list